Wednesday, April 29, 2009

"Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan..."



Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (sekalian makhluk), (1)Dia menjadikan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq:1-5)

Aku rasa semua org mmg dh sedia maklum n hafal petikan Surah Al-Alaq yg aku quotekan kt atas...semua org pon dh tau surah Al-Alaq nih laa wahyu 1st yg diturunkan kt Rasulullah S.A.W...n rasanya semua org dh tau ttg tafsiran surah Al-Alaq nih...tp ada 2 perkara yg aku nk bangkitkan kt cni; Salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat n idea2 org bukan Islam??Adakah patut kita terhadkan bacaan kita kpd tulisan scholars Islam semata-mata atas alasan peribadi mereka menjauhi org yg fasiq dan menjamin paradigma berfikir yg berasaskan Quran n Sunnah??

Maka, tersesatkah aku dr manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh semata-mata aku membaca buku2 tulisan Edward De Bono, Tony Buzan dan Sigmund Freud???

Owh ye, sblom aku pegi lebeh jauh, aku nk tegor sikap kebanyakan sahabat aku dlm blog nih...dr byk pattern n pola comment kt cni, 1 masalah yg aku tgok adalah;PREJUDIS...masing2 mmg pandai berselindung di sebalik ayat2 pjg yg berjela-jela, tp sgt mencerminkan sikap PREJUDIS tuh ...mungkin terasa diri ini SUPERIOR sbb ada background dr sekolah agama dan berjaya conduct usrah dkat hampir2 50 anak usrah kot...maka, org yg xde background sekolah agama dianggap 'X LAYAK' memberi komen@pandangan ttg agama...oklaa..sbb dh tercakap, aku bg laa reason sbb ape 'GENG USRAH' nih dibenci@dipandang slek dr kacamata masyarakat luar kelompok klik korng..korng mmg xkan nmpak@tau, sbb korng bergaul sesama korng je...aku mintak maap sbb membuat GENERALIZATION kt cni..mmg ramai Naqib@naqibah yg baek dan sgt disenangi...byk ilmu yg aku dpt dr diorg...tp ramai gak yg 'bwat taik' dlm organisasi tuh...yg aku nk bashing nih adalah golongan yg ‘bwat taik’ tu…salah 1 penyebabnye adalah PREJUDIS nih laa..terigt lg tulisan seorg sahabat di blog beliau(www.acutewriter.blogspot.com) bertajuk 'HablumMinallah HablumMinannas'...beliau menceritakan dr pengalaman beliau sendirik kt KMB..antaranya:

Ada skali tu kwn saya yang jarang pegi surau dan kaki rokok ni pegi azan kt surau (sy kurang ingt waktu ape). Boleh plak bdk2 yang bajet alim ni tgk die semacam je. Habis solat je perli2 mamat ni. Mcm mane die nk slalu dtg surau kalau kene perli je. Lepas tu bila nk buat program berunsur keagamaan je, buat sesama mereka. Pada saya dakwah tu tak mencapai matlamat sebab sepatutnya target audience nye adalah orang yang kureng sket pasal agama ni. Kesudahannye, yang alim bertambah alim, yang buta bertambah buta. When the blind lead the blind, both shall fall into the ditch. Tu lah kisahnye.

Kpd yg terasa dirinya tuh SUPERIOR berbanding org laen(mayb sbb rase amal kebajikan tu dh cukup byk kot), sile renungkan ayat2 berikut:

1)Luqman Al-Hakim penah berpesan kpd anaknya iaitu:

“Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak…”

2) Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud Rasulullah S.A.W. bersabda: Dia yang ada dalam hatinya sombong seberat biji sawi tidak akan masuk syurga. Seorang berkata; Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian yang cantik, dan kasut yang cantik. Baginda bersabda;Sesungguhnya Allah Maha Indah dan sukakan keindahan. Kesombongan ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang. (Sahih Muslim 1:164)

Kpd pembaca blog nih, korng mmg xkan kenal@paham pemikiran aku klau korng hanya judge aku dr 4 menda nih:

1)2-3 entry yg rasa seronok n menarik utk dibaca dan direspon...

2)profile blog aku...

3)Anak2 usrah se 'KMB' ngan aku yg hanya 'kenal-kenal ayam' dan hanya penah bersembang 2-3 kali je ngan aku...

4) Mutu bahasa pasar blog aku...

Sesungguhnya, medium2 di atas bukan lah penanda aras sebenar dlm mengukur level ilmu seseorg...aku tulis nih bukan semata-mata nk defend diri aku, tp aku nk defend sahabat2 yg laen cm saudara Hasta dan Khairi…aku kenal diorg secara personal dan aku tau betapa tingginya tahap ilmu n pemikiran diorg...mmg kami masing2 berbeza pahaman politik, tp langsung x jadik masalah utk berdiskas sama ada bersembang@ thru YM...kpd rakan2 yg ingin bertukar pandangan ngan aku ttg sesuatu isu, silalah add aku kt YM...azlan_fazly

Aku admit mmg dlm perjalanan hidop aku, aku byk melakukan perkara2 jahiliyyah...dan byk sahabat aku yg masih terpalit ngan lumpur2 jahiliyyah nih…tp aku bersyukur dpt kenal jahiliyyah sbb atas perkenalan dan pengalaman inilah yg menjadi guidance dlm hidop aku dan pembekal semangat dlm menarik kembali rakan2 yg masih bergelumang ngan lumpur jahiliyyah…Syed Qutb sendirik tak pernah menyesal walaupun dia mula mendapat kesedaran Islamik tym umur 40 tahun!! Kerana setiap langkah hidupnya dia mengenal jahiliyyah itulah yang dpt digunakan utk sisa hidupnya di kemudian hari...Alhamdulillah, dia berjaya mati sebagai seorg syuhada’...

Oklaa, kita berbalik kpd maudhu’, iaitu soal BACA nihh…perlu diingatkan, yg BACA dan PERCAYA adalah 2 connotation yg berbeza…bila kita baca, x semestinya 100% kita percaya…cthnye, kalau aku baca buku “Serious Mind” tulisan Edward De Bono, x semestinya aku percaya bulat2 ttg teori ‘The mechanism of mind’ yg terkandung dlm buku tuh…utk PERCAYA, kita perlu MENGKAJI dan MENYELIDIK…dan utk mengkaji nih, kita perlu byk sumber rujukan dan bertanya org2 yg lebih arif..dan klau teori tuh selari ngan kajian2 saintifik dan terbukti TIDAK BERTENTANGAN dgn Al Quran dan Sunnah, maka

Harus untuk kita mempercayai teori itu(Harus, bukan Wajib)…oklaa, aku amek cth yg paling senang..TEORI BUMI BERBENTUK SFERA…kepercayaan kuno ckap ‘Bumi Ini Mendatar’…teori nih dikemukakan oleh Nikolaus Copernicus, namun x disenangi oleh pihak gereja dan beliau dihukum bunuh…namun dunia hari ini menerima teori Nikolaus itu…apakah kita nak menolak teori Nikolaus Copernicus semata-mata dia seorang yg berpahaman Kristian dan dikhuatiri keperibadiannya tu?? Dia bukan saja fasiq, malah kafir… Mungkin masih ada yg menganggap “Bumi Ini Mendatar” agaknya =D

Tp, sbgai seorng pelajar jurusan Sains, for sure kita penah denga dan belajar ttg teori “Hukum Dinamik Newton”…Salah 1 hukum ckap, “Daya dipindahkan dari 1 bentuk ke bentuk yg lain…daya itu tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan”…So, ape komen korng?? Mayb ramai yg percaya…tp sebagai sorng yg beragama dan beriman kpd Allah SWT, aku mengambek pendirian utk menolak hukum tu…sbb aku percaya “Daya itu boleh dicipta dan dimusnahkan”…Allah SWT sahaja yg berhak@berupaya melakukan semua tuh…Wallahualam…

Dari Surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'

Dlm surah Hujurat ayat 6, ada dinyatakan 3 part penting, iaitu “Orang yang beriman”, “fasiq” dan “Selidik”….Ibnu Kathir pn amat menitikberatkan psal SELIDIK ni…mmg itulah sikap yg wajib ada dlm diri org2 yg beriman…Maka, utk mencapai mksud SELIDIK tuh, kita WAJIB menggunakan segala sumber yg ada…sama ada dr aspek pembacaan ataupon pertanyaan…sesuai dgn apa yg aku mksudkan dkat atas, BACA dan PERCAYA tuh 2 connotation yg berbeza..utk mencapai maksud PERCAYA tuh, kita bukan bleh sedap2 denga dr 1 sumber je, terus percaya bulat2…tp dlm ayat tuh sendirik, XDE LANGSUNG tertulis; JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ…tp yg dinyatakan, SELIDIK TERLEBIH DAHULU…aku pun dh usha dr byk sumber tulisan scholars Islam, mmg xde yg mention psal JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ tuh…klau sesiape ade, sila kemukakan…mksudnye, BUKAN SEMUA yg dinyatakan oleh org fasiq tuh salah dan x betul…ada jugak kebenaran dari percakapan diorg tuh..yang penting, kita BERHATI-HATI dan SELIDIK terlebih dahulu…oklaa, aku mintak maap bebanyak sbb drag kan unsur politik sket…mayb dlm pemikiran kebanyakan org terutamanya yg berpahaman pembangkang, segala berita dari media arus perdana dan blog2 penyokong kerajaan wajar utk ditolak mentah2 semata-mata berpegang ngan ayat dr surah Hujurat nih laa…tp, apakah line@garis yg menentukan seorg tuh fasiq atau x??Sile pikir balek dr sabda Nabi S.A.W berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W; “Memaki orang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Perlu diingatkan, dinyatakan di atas ialah “Muslim”(sesiapa sahaja penganut Islam, tak kira berdosa besar@tidak), bukan “Mukmin”(Org yg percaya penuh dgn AQIDAH ISLAM)…maksudnya, x kiralah seseorg tuh berdosa besar@sesat, sebagai seorng MUKMIN, bukanlah hak kita utk memaki die…Kalau hadith Nabi di atas dijadikan indikator@kayu ukur dlm menentukan kefasiqan seseorg, aku rase dlm Pakatan Rakyat(terutamanya PAS dan Keadilan) sendirik, bukan saje ramai, tp bersepah org yg fasiq nih…bukan saje di kalangan ahli, tp kebanyakan penceramah2 jugak…try bukak forum2 pembangkang cm Tranungkite…kutuk2@maki2@jatuhkan maruah org mcm jadik mainan…yg sedehnya, yg bwat keja2 cmni bukan sembarangan org…bg aku, kategori terpelajar laa…sbb bile berhujah keluar nas2 Quran n perkataan2 Arab yg terbelit lidah nak menyebutnya…tp otak letak dkat kepala lutut.. .suka sgt maki org especially Mufti…sedeh betol…klau x setuju pon,xsahlah smpai tahap letak maruah Mufti tuh bwak tapak kasut…klau dr attitude para penceramahnye, masing2 dah tau kot…sendirik mau igt laaa…semata-mata atas dasar mendapatkan “aura” ceramah n xmau pendengar bosan, kutukan2 berapi jugak laa yg jadik pilihan…matlamat menghalalkan carakah?? Lupakah dgn isu “Bapak Setan”???

Sabda Rasulullah S.A.W, “Tidak sempurna Islam seseorang itu melainkan apabila mereka mengambil tahu apa yang mereka patut tahu”…..Kalau diajukan hadith Nabi nih kpd aku, personally, Alhamdulillah…dlm aku membaca@mengkaji tulisan orientalis2 Barat, aku x penah lupa tanggungjawab menceduk ilmu FARDHU AIN…Aku x lupa teras@core aku… Sebagai seorng yg berdiri atas manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh, mmg aku sentiasa merujuk tulisan2 scholars Islam terlebih dahulu klau ada kemusykilan terutamanya bab Ibadah n Hukum-hakam…tp aku nk membangkitkan persoalan kt cni, APAKAH KAYU UKUR YG MENENTUKAN SAMA ADA KITA MEMENUHI SPESIFIKASI HADITH NABI DI ATAS?? Adakah bila kita dh memenuhi undangan 200 sesi usrah dan selesai membaca 50 kitab ulamak yg muktabar?? Tapi pd masa yg sama, kita x penah tegor@bimbing@amek tau psal rakan2 serumah yg kerap tonggang Arak dan berclubbing??Even penderitaan masyarakat Melayu yg hampir dikristiankan(dlm entry sebelom ni) pon kita x amek tau?? Adakah kita dikira memenuhi spesifikasi hadith Nabi di atas?? Wallahualam….Pakat2 laa kita renungkan diri…

Oklaa…salah ke kalau kita x membaca buku2@jurnal2@hasil penulisan org bukan Islam nih?? Yaa..mmg x salah dr AQIDAH ISLAMIYYAH…tp sila pikirkan dr keterangan2 kt bawah…

1) MEMAHAMI AGENDA ZIONIS

Kemasyhuran dan kejatuhan sesuatu peradaban tuh mcm 1 circle of life…ini mmg janji Allah;

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”

(Ali Imran 3:140)

Dr aspek sejarah, peradaban Islam mencapai kemasyhurannya dr abad ke- 6 Masihi(kelahiran Nabi Muhammad S.A.W) hingga laa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah pd 1924…Sepanjang abad ke 6 hingga 15 masihi, dunia berpaksikan kejayaan Islam dr aspek sosio-politik-ekonomi dunia…tp disebabkan KEBODOHAN dan KEBEBALAN umat Islam sendiri akibat peperangan antara mazhab, perebutan wilayah dan kuasa politik serta kecelaruan peribadi pemimpin, maka Tamadun Kristian Barat yg mendominasi dunia n menjadik paksi pd perkembangan manusia…dan Gerakan Zionis dgn penguasaan ekonomi,politik n teknologi dkat US n Eropah mengamek alih hegemoni tersebut dan digantikan dgn Tamadun Yahudi-Zionis yg menguasai dunia dr pelbagai aspek smpai laa sekarang…

Professor Norman Cantor menegaskan hakikat hegemoni Zionis dalam bukunya The Sacred Chain (hal. 406-407) seperti berikut:

Jews in the four decades after 1940 came home in American Society to suburban comfort, to penetration of academia and the privileged bastions of the learned professions, to corporate business, to politics and government and controlling levels of the media. Jews were over represented in the learned professions by a factor of five or six. Nothing in Jewish history equaled this degree of Jewish accession to power, wealth and prominence. Not in Muslim Spain, not in early 20th century Germany not in Israel itself, because there were no comparable levels of wealth and Power on a world-class scale in that small Country to attain.

Zalim ke Allah tetapkan suratan mcm ni?? Allah x zalim…tp Allah sgt adil..umat Islam dh kuasai dunia selama 14 abad…tp sek2 kuffar nih baru kuasai dunia x smpai 100 tahun…tp x mustahil diorg akan extend penguasaan diorg ke 14 abad gak klau org2 Islam stil x sedar…aku x suke menyalahkan kerajaan Israel, US dan Zionis 100% pasal keadaan umat Islam skang..t.p umat Islam sendrik kena sedar ttg KESALAHAN dan KEBEBALAN DIRI sendirik…

Dlm buku bertajuk “The International Jew”, Henry Ford ada jelaskan ttg maksud 2 line biru dlm bendera Israel…iaitu kewujudan kerajaan “Greater Israel” antara Sungai Nil dan Furat(Euphrates)…Kita perlu sedar, agenda Zionis bukanlah menguasai Baitul Maqdis@Jerusalem semata-mata…tp diorg ada agenda yg lebeh besar n sedang berusaha ke arah itu…berapa byk tanah bangsa Arab dan kerajaan yg akan dirampas nnt klau kite x sedar dr sekarang?? Dan Zionis dah melancarkan agenda tu thru Perang Iraq 2003…Menurut Michael Collin Piper dari bukunya yg bertajuk ‘The Highest Priests of War”(Halaman 5);

The Iraq war was simply part of a plan to establish the age-old Zionist dream of establishing a “Greater Israel” (an area that stretches from the Nile to Euphrates), of dismantling the Arab states and redrawing a new Middle East map of seizing absolute control of Arab oil once and for all.

Tp yg sedehnya, orang2 Islam sendirik bersekongkol ngan Zionis dlm menjayakan plan diorg…Zionis take advantage terhadap peperangan mazhab(antara Ahli sunnah ngan Syiah) di Iraq utk pengaruh puak2 Syiah dlm membantu kempen perang diorg…sentimen kebencian terhadap Ahli sunnah dan Saddam Hussien ditiup hebat…sebab nk dpt nikmat kesenangan yg sementara, rakyat Iraq terpaksa bayar dgn harga yg cukup mahal smpai skang…mmg terbukti Saddam Hussien tuh kejam, tp adakah rakyat Iraq hidup lebeh aman lpas US amek alih Iraq?? TIDAK SAMA SEKALI…keadaan bertambah buruk n disaster…Menurut Al Islam keluaran Mei 2009, rakyat Iraq terutamanya wanita n kanak2 terpaksa merempat n mintak sedekah tepi jalan demi sesuap nasik…bunuh membunuh antara mazhab bertambah teruk dan xde kawalan…

Kalau korng baca buku “The Procotol of Zion” tuh, intipati utama Zionis dlm menghancurkan sesuatu bangsa adalah thru konsep “Divide And Rule@Pecah Dan Perintah”…Apakah Divide And Rule tu?? Oklaa…aku bg 1 cth...terdapat byk teori yg mengatakan Mustapha Kamal Attarturk tuh seorg ejen Zionis yg dihantar khusus utk melaksanakan Divide And Rule dlm kerajaan Turki Uthmaniyyah…klau dr sejarahnya, Mustapha Kamal Attarturk mmg seorng General tentera..tym dlm tentera tuh laa, die gunakan pengaruh die sebagai General tentera utk menyebarkan api kebencian terhadap sistem pemerintahan Uthmaniyyah dan seterusnya bwat rampasan kuasa…bile kerajaan Turki Uthmaniyyah dh jatuh, kerajaan2 Islam terus dipecahkan kpd unit2 yg lebih kecik…ini bg mengelakkan PERPADUAN sesama umat Islam…dan formula tuh terbukti berkesan..bila PERPADUAN umat Islam sgtlaa lemah smpai sekarang…so, itulaa yg dimaksudkan ngan Divide And Rule tuh…Utk difikirkan bersama; Dgn keadaan umat Islam di Malaysia yg SANGATLAH TIDAK BERSATU dan penuh dgn perang politik, adakah kita sudah terkena Divide And Rule tuh?? Wallahualam…

Dlm entry aku sblom nih bertajuk “Teruskan Bergaduh Bangsaku”, aku ada masukkan psal Israel-Palestine tuh…for sure laa ramai yg emo kn??? “Jangan dipersoal perjuangan suci ini!!!” Mayb lebeh kuang cm2 aa kot ayat2 yg dihamburkan…Kpd rakan2 yg hanya menumpukan sepenuh perhatian kpd isu Israel-Palestine SAHAJA, tanpa amek tau isu global yg laen, aku ada peringatan yg nk dibagi… Segalanya bermula dgn AGENDA ZIONIS…Isu Israel-Palestine hanyalah “Tip of iceberg” dlm AGENDA ZIONIS nih...mcm aku bgtau kt atas, tujuan utama Israel bukanlah mendapatkan Jerusalem semata-mata..tp diorg nk tubuhkan “Greater Israel”, dan diorg sedang berusaha kearah itu tanpa kita sedari…Kita kena sedar yg AGENDA ZIONIS melampaui batas dan sempadan geografi…bukan meliputi kawasan Asia Barat tuh aje…selama nih, AGENDA ZIONIS yg kita sedar hanyalah thru budaya2 hedonisme dan francais2 makanan yg perlu diboikot mcm Starbucks, McD, Nestle dsb…tp tuh hanyalah selapis dr pelbagai lapis AGENDA ZIONIS yg dh direncana lebih dr 100 taun yg lepas..Oklaa...aku bg 1 cth;

Sistem pemerintahan demokrasi…spt mana yg kita tau, US mmg melobi negara2 yg masih x mengamalkan sistem demokrasi utk implement sistem nih kt negara masing2…taun 1972, hanya 40 je negara yg implement sistem nih..tp latest nih, dh 123 negara yg mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi…ramai yg ckap, “Sistem demokrasi yg kita amalkan selama nih mmg bertepatan dgn ajaran Islam …Demokrasi itu kesamarataan semua orang…itulah keadilan…”

Tapi, adakah sistem demokrasi ini selari dgn prinsip2 Islam??? Aku xmau ulas pjg...Silalah berkunjung ke laman sesawang Dr Asri dan baca entry beliau bertajuk “Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu”…

Dlm “The Protocol of Zion”:

1) Protokol ke 11 ( The Universal Suffrage@ Hak Mengundi Sejagat….The term Universal Suffrage is associated only with the the right to vote and ignores the other aspect, the frequency that an incumbent government consults the electorate…)

2)Protokol ke 13( Creating the impression of the existence of freedom of speech, freedom of press, human rights and DEMOCRACY, all of which are subsequently undermined and become mere illusions or deceptive smokescreens behind which actual oppression lies…)

So, ape komen korng ttg menda nih??? Sedar@x sedar perkara nih?? Pakat2 laa kita pikirkan reramai k….Byk lg contoh sebenanye…nk tau lebeh lanjut, YM saje aku…

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:

“Sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, seterusnya sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) pun kamu akan mengikutinya.” Lalu kami bertanya:“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu orang Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi sekiranya bukan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298)


2) TEKNOLOGI DAN SAINS

Kita kena terima hakikat, yg teknologi dan sains zaman sekarang nih kebanyakannya dikuasai oleh org bukan Islam…kita jgn jadik BODOH SOMBONG…xmau terima ilmu yg dibawak oleh org Barat semata-mata diorg tuh kafir…kita hanyalah umat PENGGUNA, bukan PERINTIS…cubalah contohi scholars Islam zaman dulukala yg snggup blaja bahasa Yunani semata-mata nk ceduk ilmu tokoh2 Yunani dan ditranslate kn ke bahasa Arab…klau dulu diorg amek pendirian, “Ehh...mane bleh menuntut ilmu dari org kafir…diorg bukan saja fasiq, tp kafir…takut tersesat nanti..” Maka akan wujudkah tokoh2 kegemilangan Islam mcm Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Ghazali dan Al-Biruni??? Al-Ghazali dlm buku beliau “Tahafut Al-Filasifat” sendirik menggunakan teori kaedah penghujahan sains Yunani utk menyokong agama…Menurut Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah(Jabatan Fizik, UM) dlm penulisan bertajuk “Ayat Alam”, “Pemikir Islam bukan shj mempanjangkan ilmu sains Yunani ini kpd Barat, tetapi mereka juga membuat modifikasi-modifikasi yang bermakna.”

Maka, salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat kalau ianya demi kebaikan???

Oklaa..aku bg 1 lg cth...psal TEORI EVOLUSI DARWIN…kita semua sedia maklum yg teori nih WAJIB ditolak…tp, dapatkah kita meyakinkan org laen utk menolak teori nih kalau kita sendirik x penah blaja n paham psal teori nih???…adakah kita nk bg hujah nih semata-mata, “Pikir logik aa kawan...xkan aa manusia berasal dr beruk…”…Mayb hujah nih x sesuai utk meyakinkan org2 yg berpegang teguh pd hujah2 saintifik…Terdapat 6 tonggak bg TEORI EVOLUSI nih iaitu;

  1. Emergence by naturalistic processes of the universe from disordered matter and emergence of life from nonlife;
  2. The sufficiency of mutation and natural selection in bringing about development of present living kinds from simple earlier kinds;
  3. Emergence by mutation and natural selection of present living kinds from simple earlier kinds;
  4. Emergence of man from a common ancestor with apes;
  5. Explanation of the earth's geology and the evolutionary sequence by uniformitarianism; and
  6. An inception several billion years ago of the earth and somewhat later of life.

Kalau Harun Yahya tuh sendirik x penah denga pasal 6 perkara nih, dapatkah dia menyangkal TEORI EVOLUSI DARWIN dan menghasilkan buku “The Collapse of the Theory of Evolution” dan “The Dark Face of Darwinism”??? Itu korng pikir-pikirkan sendirik…Wallahualam…

Tp, aku lucu gak aa kan..klau ilmu dari org2 kafir n diragui keperibadiannye tuh x leh dipakai lngsung, maka rakan2 yg amek Medik kt UK, Ireland, Czech, Aussie,NZ n Russia kena balek Msia laa...xpon kena transfer ke Mesir, Jordan, Yemen n Syria…untung2 bleh bwat double degree...amek medik n kaji wahyu@hadith..jimat pon jimat…tambah ngan kegawatan ekonomi skang..ye x?? Owh ye, bukan ke Ireland tuh sendiri digelar “The land of saints ”?? Lagi kesian dkat sahabat2 yg blaja kt Trinity College(Bukan ke Trinity tuh konsep tauhid agama Kristian??)…Hmmm…


3)TUNTUTAN DAKWAH

Tetibe aku terigt tym join Nadwah Kepimpinan Islam 2003 dkat SMAP Kajang dlu…ade 1 sesi tuh, Encik Shah Kirit bg talk…Tp ttibe die cm emo bila die citekan detik2 pengislaman die iaitu thru perkahwinan…So, die ckap, “Masyarakat kita nih suka sgt pandang negatif dkat mualaf2 yg masuk Islam sbb perkahwinan…tp tanya laa diri kita sendiri; Apa tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah Islam kpd bukan Islam??? Sepanjang hidup saya dr kecil smpai laa saya berkahwin, hampir 90% rakan-rakan saya adalah org Melayu yg beragama Islam…tp xde sorng pn yg penah cerita psal Islam dkat saya…kalau sy x sempat terima Islam dan mati, saya akan tuntut dkat semua rakan saya tuh di akhirat kelak!!!”

Lebeh kurang cm2 aa ayat die..n aku xleh lupa smpai skrang…So, try renung n tnya diri kita balik..adakah kita dh jalankan tanggungjawab tu??? Sanggup ke kita tgok kawan2 kita yg setiap hari bergelak ketawa ngan kita jadik kayu bakar dkat neraka kelak???Sanggup ke kita hadapi tuntutan diorg dkat Pdg Mahsyar nnt???

Dlm konsep berhujah dgn rakan2 yg beragama lain, kita kena persiapkan diri kita dgn ilmu ttg agama diorg gak…bermaksud, kita kena dedahkan diri kita dgn tonggak2 n prinsip2 ajaran dlm agama diorg…barulah hujah2 kita berkesan…kita xleh gunakan hujah2 dr Quran n Hadith semata-mata…sedangkan ahli keluarga n para sahabat Nabi sendirik ramai yg x kenal, apatah lg tokoh2 Islam mcm Ibnu Taimiyyah, Ibnu Baz dan Ibnu Kathir???Sebab tu Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut, ayat 46:

“Jangan kamu berdebat dengan ahli kitab(Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik…”

Aku rase ramai yg kenal dgn Allahyarham Ahmad Deedat…mcm mana beliau gunakan hujah2 n kelemahan2 dr Bible sendirik utk mematahkan hujah2 pendakwah Kristian…tp ramai yg xtau method@approach Allahyarham Ahmad Deedat nih penah digunakan oleh seorng ulamak dr nusantara hampir 40 taun yg lpas…Kalau sesape penah bace buku DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS tulisan Ustaz K.D Bahaudin Mudhary (terbitan Persatuan Ulama’ Malaysia), Ustaz Bahaudin Mudhary sendirik gunakan approach yg sama dlm berdialog ngan sorng penganut Kristian bernama Antonius…Alhamdulillah, dlm masa 9 mlm je Ustaz Bahaudin berjaya meyakinkan Antonius utk memeluk Islam…dlm 1 part ttg ISU PENEBUS DOSA, Antonius mempercayai bahawa kedatangan Jesus utk menebus dosa thru ayat;

“Ia inilah diangkat oleh tangan kanan Allah menjadi raja dan juru selamat akan mengurniakan taubat kepada bani Israil dan jalan keampunan dosa.” (Perbuatan Rasul-rasul, 5:31)

Tp dibidas oleh Ustaz Bahaudin dgn berkata, “Susunan kata itu diucapkan oleh St. Patrick, bukan perkataan Jesus dan bukan wahyu dari Tuhan.”

Dan ini bermaksud, beliau bukan saje menghafal ayat2 dlm Bible tuh sendirik, tp ayat2 dr kitab karangan St. Patrick utk memantapkan lg kefahaman beliau ttg Bible…

Ketika ditanya Antonius, “Bagaimana ustaz boleh hafal ayat-ayat Bible?Keistimewaan ustaz ini saya merasa kagum!”..Dan Ustaz Bahaudin menjawab, “Itu adalah petunjuk Allah. Alhamdulillah saya memang mempelajari bermacam agama. Akhirnya saya bertambah yakin akan kebenaran Islam..”

Inilah beberapa point yg aku nk smpaikan ttg JANGAN TERHADKAN SUMBER BACAAN ANDA…Sesatkah aku semata-mata aku membaca karya2 orientalis2 Barat dan mereka yg diragui keperibadiannya?? Alhamdulillah, dlm membaca n mengkaji penulisan2 diorg, kepercayaan aku akan kebenaran Islam bukan semakin berkurang, tp semakin bertambah…byk contohnye...insyaAllah aku akan letakkan dlm entry2 akan dtg…percayalah, hanya dgn membaca, minda kita akan terbukak, n kita akan memandang sesuatu isu tuh dr pelbagai aspek..kita akan byk memikirkan pro n cons sebelum bertindak… xdela ikot org laen membuta tuli je...bila housem8 ckap ITU HARAM…kite join haramkan itu..bile housem8 ckap INI HARAM…kite join haramkan ini gak...tp sendirik xtau ape yg DIHARAMKAN tu…xtau apakah wujud khilaf@perdebatan ulamak ttg isu tuh…atau ambik kira hukum yg qat’i atau tak….

Sepanjang aku mengkaji, aku langsung x penah jumpa dalil2 naqli yg MENGHARAMKAN pembacaan kitab2@buku2 tulisan org bukan Islam…tp yg penting, dlm mindset mesti ada SELIDIK TERLEBIH DAHULU…dan yg paling penting, dlm baca membaca nih, JANGAN kita lupa priority@core@teras kita sbgai seorng Mukmin iaitu;

Dalam Khutbah Wida’ baginda, Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”


P/S: Tetibe terigt kisah pengharaman buku 'Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri' karya Za'ba pd 1930an semata-mata tak memenuhi selera ulamak2 konservatif tym tuh...n kisah org2 tua dulukala yg mengharamkan anak2 belajar di sekolah aliran Inggeris@Convent atas alasan 'takut murtad'....Hmmm...

Saturday, April 25, 2009

Jundullah@Laskar Allah???


First of all, aku nk ucapkan bebanyak tima kaseh kpd saudara/i Guest yg bangkitkan psal Jundullah nih...mmg kena sesangat pd waktu dan tempatnye ngan ape yg aku nk smpaikan...bile beliau menyebut Jundullah, tetibe aku terigt kenangan kt KMB...waktu tgh addict maen Counter Strike(CS) tym akhir2 sem 2...aku mmg prefer amek Terrorist compare to Counter Terrorist..especially IRA..tp ade skali tym tgh maen tu, sorang member(aku x igt sape) bwat lawak, "Laaa..xde Al-Qaeda ke?? Hizbullah ke..Jundullah ke..."

Jundullah@Laskar Allah@Iranian People's Resistance Movement merupakan pertubuhan berfahaman ahli sunnah wal jamaah yang berpengkalan kt Balochistan, sempadan Iran dan Pakistan...Jundullah dikenali ramai sbb terbabit dlm 'high profile assaults' terhadap pegawai2 tinggi kerajaan...dan pertubuhan nih claim diorg berjuang demi hak penganut Islam berfahaman ahli sunnah kt Iran...dipercayai yg Jundullah nih mempunyai hampir 1000 org pejuang dan mendakwa diorg dh bunuh 400 org askar Iran...Kerajaan Iran dan Pakistan melabelkan Jundullah nih sebagai terrorist dan ramai yg percaya Jundullah nih ade kaitan ngan Al-Qaeda...adelaa jugak teori2 yg mengaitkan pembabitan kerajaan US ngan Jundullah nih..ade pendapat yg mengatakan kerajaan US bg sapot dr aspek bantuan senjata dan latihan ketenteraan(military training) dkat pejuang2 Jundullah nih...

Dlm 1 telephone interview ngan Rooz(syarikat paper online Iran), Abdul Malek Rigi(pemimpin tertinggi Jundullah) pertahan tindakan diorg yg gunakan keganasan dlm memperjuangkan nasib bangsa Baloch dan penganut ahli sunnah...dan approach keganasan tuh jugak bertujuan menarik perhatian terhadap kedhaifan ekonomi dan diskriminasi terhadap bangsa Baloch, yg disifatkan oleh beliau sebagai bangsa termiskin kt Iran...tym diinterview oleh Al-Arabiya TV pd 17 Oktober 2008, Abdul Malek Rigi ckap, " The only thing we ask of the Iranian government is to be citizens. We want to have the same rights as the Iranian Shiite people. That's it." dan beliau gak menafikan pembabitan Al-Qaeda dan Taliban dlm modus operandi Jundullah...

Dlm bulan April 2007, 1 report dh dibuat oleh Brian Ross dan Christopher Isham dr ABC NEWS yg mensabitkan connection antara kerajaan US ngan Jundullah...Kerajaan US dh bg advice dan guidance dkat Jundullah dlm beberapa siri serangannya kt Iran...Report tuh gak ckap yg kerajaan US mula bg dana secara rahsia dkat Jundullah start taun 2005...tp report nih dinafikan oleh kerajaan Pakistan...Antara siri serangan Jundullah:

1) Zahedan Bombing taun 2007
Pd 14 Februari 2007, sebuah kereta dibom dan 18 org Islamic Revolutionary Guards Cops terbunuh dlm 1 siri tembak-menembak...Jundullah mengaku bertanggungjawab pd keesokan harinye...

2) Penculikan beramai-ramai
Pd 19 Ogos 2007, militan Jundullah telah menculik 21 org pemandu trak dkat Chabar dan diorg diseludup ke Pakistan..tp pihak berkuasa Pakistan dpt bebaskan diorg...

3) Penculikan pihak polis
Pd 13 Jun 2008, 16 org anggota polis telah diculik dkat tenggara Iran dan diseludup ke Pakistan...dlm bulan Disember 2008, Jundullah mengumumkan yg diorg dh bunuh kesemua tebusan...

4) Tragedi Saravan
Pd 29 Disember 2008, 'suicide bombing' terjadik kt bangunan keselamatan kt Saravan,Iran yg membunuh 4 org rakyat Iran...dan pd 25 Januari 2009, 12 org anggota polis Iran telah di 'ambush' dan dibunuh oleh Jundullah...

So, ape komen korng ttg pertubuhan Jundullah nih??? Adakah sbb aku nk label diorg "terrorist"?? Wallahualam....tp aku nk bangkitkan 2 perkara kt cni:

1)Kpd rakan2 yg begitu mengidolakan kerajaan Islam Iran, aku mintak korng suma pandang isu nih dr luar norma pemikiran korang@out of box...dlm kita memandang Iran sebagai sebuah negara Islam ideal yg berani mengkritik US dan Israel, adakah kita nk terlepas pandang isu nih??adakah kita nk nafikan diskriminasi kaum@fahaman yg Iran bwat semata-mata Ahmadinejad berani mengkritik Bush dan Shimon Perez dlm persidangan2 antarabangsa?? Aku agak percaya pd penglibatan US dlm isu nih..sbb sejarah dh membuktikan..mcm mane US membantu golongan mujahidin dlm menghalau tentera Soviet dr bumi Afghanistan taun 1989...tp dlm pandangan aku, kalaupun US terlibat, adakah Jundullah nih sanggup pergadai nyawa angkat senjata klau keperluan dan hak diorg diberi perhatian oleh kerajaan Iran???
2) Adakah kita perlu sokong perjuangan Jundullah semata-mata diorg berfahaman ahli sunnah wal jamaah mcm kite gak??? Dan simpati dgn diskriminasi yg dibuat oleh kerajaan Iran?? Bukankah matlamat tak menghalalkan cara???

So, ape kaitan entry nih ngan "Liberation of Palestine"??? InsyaAllah aku akan ulas dlm entry2 akan dtg...owh ye, sile amek perhatian k terutamanya kpd sesape yg terase dielah GOLONGAN YG BERUSRAH 24 JAM tu, x terlintas dlm ati aku nk kritik institusi usrah ni...bg aku, usrah nih sesuatu yg mulia dan aku sendrik dibesarkan ngan tarbiyah usrah...aku cume bashing orang yg berusrah...sbb dlm korng x sedar, korng sendirik yg busukkan institusi usrah tu...korng mmg xkan nmpak point yg aku nk smpaikan klau korng just bace 1-2 entry je...bile ade entry yg terkena batang idong, barulah menggelabah nk respon...klau korng follow blog aku,insyaAllah korng akan nmpak dan paham ape yg aku nk smpaikan...

Dari surah Ali Imran ayat 142;

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

Wallahualam...

P/S: Tetibe terigt cite "Kingdom of Heaven"....bile Count of Tiberias ckap, "I thought we were fighting for God, but actually we are fighting for wealth and land..."

Wednesday, April 22, 2009

Kisah Hantu Asrama


Salams...Kekadang buhsan gak klau duk cite@ulas psal isu2 yg berat kn?? So skali skale chill aa eh..ringan2 kn otak..owh ye, saje je aku letak poster filem Histeria nih..mcm xde kaitan sgt pon sebenanye..tp sbb ade Scha Al Yahya berlakon dowhh..hahahaha....entry kali nih aku nk cite aa sedikit sebanyak kisah2 hantu yg menghantui hidup aku sepanjang hidop di asrama dari form 1 smpai laa kt KMB...klau korng penah duduk asrama,mmg byk laa akan denga cite2 hantu nih...sama ada betul2 terjadik kt korng,kt member,member kpd member,and the list goes on...ataupon denga2 angin je...terus terang ckap laa, aku bukannye berani sgt..aku kire dlm kategori penakut gakle(Hahahaha)...klau dari segi teorinye, mmg kite sedia maklum yg xde tertera dlm mana2 ayat Quran@Hadis psal hantu nih..Iblis, jin dan syaithon ade lee...dlm mane2 kuliah pn mmg mengkategorikan hantu nih sebagai syaithon yg nk sesatkan anak cucu Nabi Adam..dan adelaa sorng sahabat aku cite, "Kite x patut takut hantu nih..sbb diorg nih makhluk Allah gak...sepatutnye kite lebih takutkan Allah dr hantu ni..."...Mmg betol ape yg die ckap..aku setuju bulat2...tp klau ttibe 'benda' tuh ade dpan mate, kecut perut gak kn?? Hehehe...dan sahabat aku yg ckap tu, terus menjerit ketakutan bile aku sergah die tym maen game hantu bertajuk 'Nosferatu'...hahahahahaha!!!

Dkat Jenan: Aku masuk sekolah Jenan nih tym f1..n stay sane smpai laa abes f5...owh ye, sekolah aku tuh diberi nickname Jenan sbb terletak dlm kawasan ladang getah yg bernama Jenan kt Jitra...mmg standard aa kn,mlm 1st tuh,wat sesi taaruf@berkenal-kenalan ngan senior2 nih...terus diorg bantai cite hantu kt kitorg...(arghhh!!!)..diorg cite laa, yg dlm sejarah underground sekolah nih, mmg akan ade Tahun Melawat Jenan setiap 4 taun sekali...Tahun Melawat Jenan?? ape tuh??kitorg 1st year mcm blur lg tym tu...mcm Tahun Melawat Msia ke?? bile denga je, terus senior2 kitorg gelak..diorg ckap, sebenanye, 4 tahun sekali, hantu2 nih akan dtg ke Jenan nih...cm diorg wat reunion laa..dlm tahun melawat tu,kes2 histeria dan terjumpa hantu2 nih mmg paling tnggi laaa...kebetulan taun 2000 mmg tahun melawat laa sbb last skali taun 1996..(arghhhhh!!! tidakkkk!!! aku menjerit dlm ati..nak balek!!!nak balek!!!x mau duduk asrama!!!) Dlm 3 bulan mengharung hidop kt sane, kitorg dikejutkan pulak ngan 1 insiden..tym tu tgh prep petang...tym tgh bwat homework, ttibe kitorg dikejutkan ngan jeritan kt kelas sebelah..yakni kelas 1 Ceria(Kelas Awang,amir yokies n syafeeq ridzam)...sume mmg jadik cuak laa n bergegas ke kelas 1 Ceria...tgok2 sorng brader form 3 bernama Alip tgh bersilat n meracau sorng diri...ramai laa cekgu n senior bergegas dtg tgok...maka, tersebarlah cite yg brader Alip nih bersilat ngan hantu@jin dlm kelas tu..tmbah brader nih plak, die ade kebolehan nmpak hantu sbb amalkan Bismillah 6(Ape tuh???smpai skang aku xtau)...so, byk laa org percaya ngan dakwaan mamat nih,majoritinye budak2 form 1 laa sbb suma masih naif n x cerdik...smpai ade skali tuh, brader Alip nih rekrut beberapa org form 1 jadik skuad azan die..sbb die ckap, die nk bersilat ngan seekor jin kt padang sekolah tym mlm jumaat...klau nmpak die cm teruk kene blasah, maka budak2 nih kena laa azan...tp segala pembohongan brader Alip nih terbongkar gak akhirnye bile Ketua Naqib tym tu, brader Hanan Azmi berdebat ngan die 1 mlm tu...at last, die mengaku gak yg die tipu sbb mental die mmg x stabil tym tu..sbb nk release stress..Mmg kitorg sume emo laa.."S*al, psiko punye mamat!!!seb baek ko senior,klau batch kitorg,mmg dah mati kene blasah laa!!!" Sejak tu laa, brader nih dpt gelaran "Alip Jin" smpai laa die abes sekolah...hahahahaha!!! (P/S: Kpd Awang, klau ko ade membaca entry nih, sedar2 aa diri tuh eh..ko dlu jambu Alip Jin n join skuad azan die..hahahaha!!!)
Owh ye, sepanjang blaja kt cni, byk lg laa cite2 antu hostel yg aku denga...tp bile makin besar, keberanian tu makin mantap laa(hahahaa)...antara cite2 hantu popular kt skool aku dlu;
1) Green Lady yg akan membukak selimut budak2 yg ade tabiat tido selubung 1 badan.
2) Hantu atas locker yg kire "Katil 1 dah tido..katil 2 dah tido..katil 3..haaaa...katil 3 x tido lg..jgn pura2...nenek tau kamu x tido lg..."
3) Hantu Ragbi yg xde kepala dan berlari ngan memegang kepalanya...
4) Hantu Masjid...owh ye, ade 1 urban legend kt skool aku dulu..sesape yg tido kt Masjid, x digalakkan tido kt 3 saf depan...bile terjaga dr tido, korng dah ade kt memane..kt pdg luar masjid even kt atas bumbung masjid..xtau le betol ke tidak..Wallahualam...
5) Lukisan mural air terjun kt blok akademik yg akan mengalirkan air terjun sekali-sekala...
6) Lukisan seorng lelaki berambut pjg tgh menunjukkan jari telunjuk kt blok akademik...lukisan nih dh xde tym aku form 2 bile bangun akademik dicat balik...org ckap, kekadang warna baju mamat nih berubah..kekadang mata die bergerak-gerak...Wallahualam...
7) Hantu kt jamban dorm Wira 4...aku denga jamban Wira 4 paling 'keras'...ape yg kerasnye,aku pon xtau..mayb korng leh tnye Awang sendrik sbb die penghuni Wira 4 dlu...
8) Hantu Jepun kawad kt Dataran Bakti...cakap2 org mengatakan tapak sekolah Jenan nih dulunya markas tentera Jepun...kn dlm subjek Sejarah PMR yg kite blaja, markas pertama tentera Jepun terletak kt Jitra..so, org mendakwa tapak tu kt skool kitorg laa...

Tp papepon, saat@moment yg paling aku x suke dlu adalah klau tgh tido,pastu ttibe terjaga sorng2 tgh mlm pukul 3-4 pagi...arghhhh!!! disaster siot..tmbah plak klau hujan lebat ngan kilat sabung menyabung...mmg "put icing on the cake" laaa..hahaha..selalu gak keadaan nih terjadik kt aku...ape yg aku bwat?? aku hanyalah memejamkan mata serapat-rapatnya smbil meminimakan pergerakan badan...dlm ati berdoa supaya mata kembali terlelap secepat mungkin dan tiadalah suara2 sumbang mengira " Katil 1 dah tido...katil 2 dah tido..." Hahahaha!!!

Dkat PASUM:
Lpas abes skool, aku smpat masuk PASUM jap sblom g KMB...overall, xde cite hantu yg aku denga..tp ade cite menarik yg agak seram tym mlm last kt sane..tym mlm last kt sane,aku ngan rumm8 aku kt D405, Mizan round2 aa satu UM ngan beskal...adelaa dlm kol 1-2 pagi tym tu...sblom balek Kolej 11@Kolej Ungku Aziz tuh, kitorg maen beskal kt kawasan bukit@hutan blakang Kolej 11 tu..yg dkat susur keluar ke highway tu...mmg sunyi laa tym tu..xde kereta lngsung...almaklum laa dh dkat 2 pagi..sepanjang maen n bwat skill kt ctu, xdelaa plak aku perasan ape2...n kitorg pon blah laa balek ke hostel tanpa sebarang pengalaman mengerikan..tp esoknye, tym kt KL Sentral tnggu tren ke Kedah, baru laa si Mizan nih bukak cite.."Ko x prasan ape2 ke mlm td tym kite kt bukit tu??" "Eh, xdelaa plak..asal??" Aku tnye balik..lpas tu baru laa die cite..mmg die nmpak laa 'benda' terbabit yg berwarna putih, tgh bergayut atas pokok..tp die xmo laa cite kt aku mlm tu sbb xmo takutkan aku...tp aku cm percaya laa cite die..sbb setau aku mamat nih x pernah bwat lawak menda2 cmnih..tmbah plak die jenis warak n aktif bersilat..mayb sense die sensitip sket kt menda2 cmni...tp papepon, Alhamdulillah...seb baek laa aku dah blahh...hehehe...

Dkat KMB: Dkat KMB pon,byk gak cite antu yg aku denga...mayb antara korng ramai yg tau, ramai yg xtau gak...cite mistik 1st adalah tym jerebu teruk taun 2005...kn tym tu budak2 KMB dpt cuti awal kn?? Cekgu2 mmg ckap cuti awal tu sbb jerebu makin teruk..tp ade kesah di belakang tabir yg aku denga...aku denga sebenanye nk licinkan proses 'pemagaran' semula KMB...Ustaz Harun Din yg dipanggil utk bwat upacara tuh...(Kalau cite2 mistik nih, x sah klau xde watak Ustaz Harun Din...walaupun yg bwat tu org laen,tp mesti nama Harun Din gak yg kuar...masyarakat kite lebih mengenali beliau sebagai pembasmi hantu@ghost buster berbanding jawatannye sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS)..entahlah, aku pon x pasti kesahihan cite nih...tp aku penah denga dr budak2 yg blaja dengan Ustazah Mardhiah,diorg cite yg zaman dlu2 sebelom KMB nih 'dipagar', mmg byk sgt kes student encounter ngan menda2 mistik nih..klau duduk sorng diri,mmg konpem jumpa laaa...tp skrang dh kurang laaa....antara port2 keras yg aku penah denga adalah kt tangki air blok A, Taska Sayangku ngan dobi...tym dekat2 exam final IB, geng2 kitorg slalu jalan amek angin malam kt area2 DS tu...smbil refill air reverse osmosis tuh...tp ade 1 mlm tu,aku x join Shafiq Ajmal n Bito g refill air...so balek dr refill air tuh, diorg cite laa yg diorg terdenga bunyik bising kt bangunan Taska Sayangku tu...tp diorg wat dunno jelaa...hermm..xkan laa tgh2 malam pukul 1-2 pagi Si Ijoy@Busut ngan Ehsan Fadhli melayan anak2 cekgu lg kot??tmbah plak aktiviti CAS dh stop tym tu...so,siapakah gerangannya dlm bangunan tu??? Encik Saleh kah?? Xkan jual naget tgh2 mlm??

Pasal dobi tu, aku xtau pape smpai laa tibe di bumi Czech...beberapa org sahabat muslimah cite kt aku...kn budak2 pmpuan nih rajen berdobi..sbb nk elakkan kekalutan dan keributan membasuh baju tym siang2...so, adala beberape pelajar muslimah yg berdobi dlm pukul 4-5 pagi..akibatnya, diorg ternampak laa kelibat seorng perempuan yg berjalan menembusi dinding grill dobi tu dan terus lesap...

Bile cite psal tangki air blok A tu, aku ttibe terigt sebuah kisah taun 2006...tym tu mmg semangat laa berfutsal nih..smpai kitorg(aku,temeng,Lit,Tok,ED,Tanjung,Jelok,Hariz) snggup fly dan panjat pagar blakang blok A tu, dan menempuh kegelapan ladang kelapa sawit semata-mata nk join tournament Futsal Hidup Bola kt Seremban..(tym tu kitorg terpaksa fly sbb Mama Rock x bg kebenaran keluar..ade Battle Warlords pejadah ntah)..waktu pegi tu xde masalah laa..tp waktu balek tu cm ade prob sket laa..waktu nk masuk balek asrama tu, tnggal aku, temeng ngan Tok je..sbb bbudak laen xmo balek lg..diorg nk stay kt warung nk tgok game EPL...so, berjalan laa kitorg bertiga menempuh hujan yg agak lebat dan kegelapan mlm..jauh gak kitorg berjalan...paling kurang 2 KM sblom smpai kt pagar blakang blok A tuh...mmg senyap tuli dan sunyi abes laa..tmbah plak hujan lebat..mmg xde org lngsung laa...waktu nk masuk dlm ladang kelapa sawit tuh, aku dh ckap kt temeng siap2..klau ade menda pelik2 melintas,mmg kite sembunyik blakang Tok laa...kan die budak KISAS...hahahaha....waktu dh panjat pagar tu, kene lalu tangki air blok A pulak...aduiii..sepanjang perjalanan tuh, mmg aku berdoa n baca laa ayat2 Quran yg terlintas dlm otak aku..arap2 'benda' tuh x ikot aku smpai bilik laa..huhu..tp Alhamdulillah aa, kitorg smpai bilik masing2 ngan selamat tanpa terkantoi ngan warden,pak guard dan 'benda' itu...

Begitulah sedikit-sebanyak pengalaman aku sepanjang duduk kt asrama nih...tp Alhamdulillah aa, aku mmg x pernah terjumpa ngan mata kepala sendirik setakat nih..arap2 xkan terjumpa laa...hehehe...tp taun lpas, tym g bank nk kuar duit,aku terjumpa member bapak aku..die mmg minat laa ngan menda2 mistik nih...lpas tenung2 aku,die mintak tgok tapak tgn aku..lpas belek2 tapak tgn aku, die tnye.."Penah nmpak x menda2 pelik nih??" Aku jawab, "Menda2 pelik cmne??hantu ke?? x penah..." Lpas tuh, die ckap.."Owhh..hati2 aa eh..ade kemungkinan besar terjumpe gak nnt.." Arghhhhhhh!!! aku jerit dlm ati..apsal ko ckap Labuuuu???? Siol aa pakcik nih!!!

Org slalu ckap, khabar2 angin@ cite2 yg kite denga tuh slalunya x betul..xtaula, bg aku,klau x betul pon,mesti aa ade sumbernya@asal usul...klau x, xkan laa tetibe org nk bwat cite...ye x?? Mcm org tua2 ckap, "Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang..." Mcm dlm teori kewartawanan, "Sebenarnya 90% dr gosip itu adalah tepat dan betul"...Konsepnye mcm ni lah, si A dan B dituduh bercouple...asasnya,diorg slalu makan kt Cafe skali.. berjalan g ke kelas pn sekali..stadi memalam kt Concourse@LRC pn sekali...atas dasar2 ni la, diorg dituduh bercouple walaupn mungkin diorg x penah declare pon...laen laa klau si A dan B mmg x pernah bersembang lngsung walaupon blaja dlm kelas yg sama...klau nk sembang pon mungkin pasal Math HL, tu pon sbb masing2 dlm group IRP yg sama..klau x, mmg xkan bersembang laa...adakah si A dan B akan dituduh bercouple klau diorg amalkan gaya hidop cmni?? Laen laa klau diorg pandai sembunyikan rahsia diorg...klau nk berhubung pn thru SMS..klau dating pon kt KLCC,bukan Alamanda...hehehe...

Papepon,jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii....(dgn nada Misteri Nusantara)