Monday, April 20, 2009

Teruskan Bergaduh Wahai Bangsaku!!!


Owhh..rase terketar-ketar plak aku nk menaip kt keyboard ni bile dh lame x post entry...aku mintak maap kpd rakan2 atas kesebokan melampau baru2 nih yg membataskan waktu aku utk mencoretkan sesuatu(cewahh..ayat xle blahh)...aku tergerak ati utk postkan entry terbaru nih lepas membaca sebuah artikel kt paper Kosmo, berkaitan sebuah isu yg mmg dah lame diangkat tp still dipandang sepi...artikel mih bertajuk "Takut Mati Di Gereja"...dlm artikel nih, wartawan Jurnal menemuramah 2 org pesakit HIV iaitu Latif Osman(bukan nama sebenar) dan Mashud Jamil(bukan nama sebenar) yg menceritakan dilema diorg ttg keadaan pengurusan mangsa2 HIV kt Msia nih...Menurut Encik Latif nih,

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja,"

Bagaimanapun, Encik Latif dan 7 org lg member die rase lega dan bersyukur sesangat sbb skrang nih, diorg dah dpt perlindungan kt Baitul Fiqh, Subang dan x perlu tinggal lg kt sebuah rumah perlindungan yg dikendalikan oleh sebuah gereja kt Selangor. Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.

Menurut Encik Latif nih lg, die nekad lari keluar dr rumah perlindungan sebelom nih lepas tgok sendiri mcm mane jenazah seorg sahabat die yg meninggal dunia sbb TB diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan die seorg Muslim...Tambah Encik Latif nih lg;

"Memang ada banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan oleh gereja Katolik sedangkan ramai pesakit ialah orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam."

Menurut Encik Mashud Jamil pulak, beribu-ribu pesakit HIV bakal hilang pedoman klau diorg x dibawak keluar dr rumah2 perlindungan terbabit dgn segera...

"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan."

Tambah die lg, kebanyakan rumah perlindungan tu x memaksa diorg nih tukar agama...tp bile diorg dh nazak, pihak pengurusan akan berdamping ngan pesakit2 sampai akhir hayat diorg...Bg Mashud sendrik, itu la fasa yg paling menggerunkan sbb walau seteruk manapon die, die tetap nak mati dlm agama Islam...

Menurut Yang Dipertua Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, saudara Juhaidi Yean Abdullah, di sekitar Lembah Klang saje, ada kira2 3000 org pesakit HIV yg masih aktif mendapatkan rawatan kat Hospital Sg Buloh, Selangor..

“Saya percaya 65 peratus daripadanya ialah pesakit muslim. Pada masa ini mereka ditempatkan di rumah perlindungan Katolik memandangkan pertubuhan itu saja yang sanggup menerima dan menguruskan pesakit-pesakit ini. Apa yang membimbangkan ialah pengurusan dan pengisian di sana. Menurut penghuni sendiri, ada sesetengah rumah perlindungan memaksa mereka menukar agama jika mahu terus tinggal di situ,”

Artikel penuh boleh dibaca di: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Sekarang aku nk tnye; SBB APE JADIK CMNIH?? X silap aku, aku penah bace artikel2 yg lebeh kurang cmnih dh lame dah..dr zaman sekolah lagik...tuh belom lg sentuh isu murtad dan lompat2 agama nih...rasenye dr zaman sekolah rendah dh jadik isu...tp smpai skang x setel2..jadik lg teruk adala..ape peranan org Melayu dan Muslim khususnya dlm menda nih?? Owh ye, menyebarkan SMS boikot air mineral jenama sekian2..jikalau terminum, nescaya anda tidak dpt mengucap...

Hakikatnya, masyarakat Islam di Malaysia lebih menyayangi saudara2 di Palestin sana berbanding saudara2 seagama dan sebangsa di bumi sendiri...brapa banyak tabung kutipan dan dana yg disalurkan utk membantu saudara2 kita seperti Encik Latif dan Mashud di atas berbanding tabung2 dan dana membantu rakyat Palestin??? Lebih ramai yg snggup join MERCY ke Tebing Barat, Khan Younis, Gaza etc atas nama jihad kononnya tp berapa ramai yg snggup utk masuk ke kampung2 dan setinggan2 di Kuala Kedah umpamanya dlm merawat anak2 bangsa yg ketagihan dadah??? Apakah tidak dikira jihad klau kita membantu saudara sebangsa dan seagama yg ketagihan dadah??? Aku x persoalkan ibadat@niat tulus dlm membantu saudara seagama di Palestin sbb itu pon tanggungjawab kite gak, tp yg aku nk timbulkan kt cni adalah ttg ketidakseimbangan dan ketiadaan equilibrium dlm soal bantu-membantu ni...bile timbul je isu Palestin, suma terbakar dan bersemangat membantu...klau bleh, suma duit dlm account nk bagi...tp bile timbul isu2 yg berkaitan kesusahan dan kesempitan hidup golongan marhaen Melayu cm isu adik Nurul Nasuha(ada dlm entry aku sebelom ni) serta saudara Ahmad Khariri yg x terbela setelah menghidap komplikasi drpd pemindahan hati, berapa ramai pihak yg bangkit memperjuangkan nasib diorg??? Inilah yg dikatakan dlm peribahasa Melayu, "Anak beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...Alangkah bagusnya klau sedikit bantuan dan dana drpd tabung2 Palestin itu dpt disalurkan dkat diorg nih..at least kuranglah sikit beban diorg...

Dlm entry2 aku sebelum ni yg berbaur politik, aku ade menyindir golongan2 tertentu dgn ckap, "Isu2 lain xmau amek tau, tp isu naek berkuasa yg jadik perhatian"..lebeh kurang cm2 aa ayat aku..so, apelagi, byk laa org bidas@kutuk@bashing aku..xpelaa, tu hak korng...tp tu laa hakikatnye..isu2 penting ttg rintihan dan penderitaan anak2 bangsa tak diamek perhatian..cthnye isu dlm artikel ni laa..cm aku ckap kat atas, isu nih mmg dah lame sgt disuarakan, tp xde sebarang tindakan yg diamek...org Melayu lebeh suka respon kt isu2 yg ada kepentingan kt parti politik diorg serta isu2 panas yg terkena batang hidung sendrik...bile terkena batang hidung, amboiii cepat benar respon nk pertahan diri...aku xmau pegi jauh, cukup laa dgn cth2 kt blog aku nih sendiri...bile tgok pattern dan pola ttg respon pembaca2 kt blog aku nih, ramai giler babs yg bg respon kt entry2 berbaur politik serta yg tibai geng2 usrah, tmbah plak bile entry2 tuh kutuk parti politik diorg dan kebetulan diorg nih geng usrah pulak...tp yg sedehnya, x ramai yg baca even pandang entry2 yg bercorak 'lenient' dan perlukan perhatian cm 'A tribute to man who enlightened the world', 'Bantulah adik Nurul Nasuha' dsb...pola dan situasi nih mmg sama ngan ape yg terjadik kt dunia politik Malaysia...retorik masing2 berapi, sama ada dr pihak kerajaan atau pakatan rakyat..masing2 berbuih mulut nk perjuangkan nasib bangsa dan agama...tikam sana tikam sini..baring sana baring sini... tp hakikatnya masing2 bertindak atas kepentingan periuk nasi dan survival parti politik sendiri...amat payah mencari erti keikhlasan..masing2 lebih suka mencarik perbezaan berbanding persamaan...org PAS semayang kt surau PAS, org UMNO semayang kt surau UMNO...kenduri org UMNO xleh pegi...sembelihan org UMNO haram dimakan...org PAS wahabi, bukan ahli sunnah wal jamaah...anak org UMNO xleh kawen ngan anak org PAS...yg jadik mangsa, bangsa dan agama sendirik...x malu ke bila anak2 Melayu sendirik jumpa Datuk Michael Chong, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA sbb nk mintak bantuan...bila ditanya sbb ape x carik pertubuhan2 Melayu dan Islam, jawapan senang; Orang2 Melayu byk sgt birokrasi dan politik kepartian... bangsa dan agama laen bertepuk tangan...yg hanyut terus hanyut, yg alim terus beri`tikaf dlm masjid 24 jam atas alasan nk kekang nafsu lawwamah dan takut terpengaruh dgn maksiat2 yg berlaku...Woww!! bagus..bagus..teruskan laa eh berpikiran cmnih...bangsa dan agama kt luar tembok masjid tu dah hampir hancur korng masih ber'ana' , ber'enta', ber'antum'....senang cite, 'ignorance is bliss' aaa kn???

Teruskan Bergaduh Wahai Bangsaku!!!

25 comments:

  1. aku rindu gile blog ko! hahha.. akhirnya ada gak update. syabas kawanku. satu entry yang BEST!!.

    kadang2 kita bukan taknak susu kan anak di rumah apetah lg dibiar mati kelaparan. namun disebabkan sikap kita terlalu asyik dengan politik kepartian membuatkan kita terlupa atau mungkin terlepas pandang isu2 yang yang tidak kurang peri pentingnya berbanding politik itu sendiri.

    apelah sngat tampuk kekuasaan yang hendak di kejar itu jika dikemudian hari hanya berjaya menjadi perdana menteri namun anak bangsa merintih di bumi sendiri. nah, maka pada hari itu mungkin kita akan terngadah, "oh, menang sorak kampung tergadai". namun jika pada waktu ketika itu baru kita sedar rasanya sudah terlambat. nasi sudah jadi bubur.

    ape lagi hentak kita pertaruhan? tanah dikampung halaman habis tergadai. pegangan ekuiti tak sampai pun 20%. dasar mempertahankan hak2 kita habis dimansuhkan sbgai cagaran jawatan perdana menteri.

    ape yang kita ada? tanah rezab kubur? kebun yang sekangkang kera? saham ASB? simpanan KWSP? pencen bulanan?

    sedarlah kita semua. kalau sekarang pun bila kita bercakap mengenai jatuh bangun arah tuju bangsa kita, kita di tuduh racist. bayangkan apa nasib anak cucut cicit kita di kemudian hari.

    saya berdoa hari itu tidak akan datang. bersama2lah kita bersatu. merapatkan jurang perbezaan. usahlah mengejar untuk kepentingan diri atau kumpulan tertentu. mari kita bersama berusaha untuk kebaikan bersama, dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. salam..bro i beg to differ..bg aku ko tak boleh nk compare bantuan ke palestine dan malaysia..ko tak boleh nak mempersoalkan semangat orang2 yg nak mebantu saudara2 kita di
    palastine..sebaliknya bagi aku,apa yg boleh dipersoalkan ialah bagaimana wang hasil negara kita diuruskan dan mengapa wang itu tidak sampai kepada encik latif??aku amik a few examples

    1.berjuta2 digunakan untuk mengadakan monsoon cup di terengganu.mengapa tidak diambil satu juta untuk membantu encik latif
    2.sebanyak 40 juta (atau lebih,tak pasti sgt) diperuntukkan untuk sultan2 di malaysia.mengapa tidak diambil satu juta untuk encik latif?
    3.lawatan khir toyo ke disneyland yang mengambil kos sebnyak 1.6 juta (dikatakan lawatan kerja tetapi tiada laporan pun).mengapa tidak diberikan 1.6 juta kepada encik latif.
    rujuk disini:http://www.youtube.com/watch?v=ohDZyjFAGfg&feature=related

    4.duit zakat setiap negeri yang beratus2 juta,kenapa tidak digunakan sebaiknya??

    5.beratus2 ribu dibelanjakan untuk sambutan tahun baru dan merdeka.kenape tidak dkurangkan sedikit peruntukan untuk itu dan disalurkan ke rumah2 kebajikan?
    6.penyelenggaraan dewan philharmonic di klcc yang menelan belanja beratus2 ribu setiap tahun.mengapa tidak dijimatkan sedikit duit kerajaan untuk membantu mereka yang kesusahan.
    7.the list will go on

    terlalu banyak kepincangan yang berlaku di negara ini yang didiamkan oleh masyarakat dan mereka yang terlibat.apabila kes2 ini ditimbulkan,media2 arus perdana mendiamkan diri.apabila ada seorang yg berbaring diatas jalan,semua media nak buat liputan.dimanakah keadilan??

    kalaulah kita boleh menggunakan harta negara ini dengan sebaiknya,bukan setakat encik latiff,bahkan saudara kita dipalestin pun boleh dibantu..tetapi mengapa penyelewengan2 yang berlaku di negara kita banyak yang didiamkan..mengapa???dan mengapa???

    dan kita pun hanya mendiamkan diri...

    allah maha mengetahui...sekadar pandangan..

    ReplyDelete
  3. Kpd saudara Bazzley: Terima kaseh sbb sudi berkunjung..tolong jgn pandang entry aku nih sbgai isu politik..tp ttg kesedaran dan keprihatinan ttg penderitaan bangsa Melayu yg beragama Islam akibat dr pertelingkahan yg x sudah2 antara kerajaan dan PR(Majoriti ahli UMNO dan PAS adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam)...aku dh state awal2 lg, aku bukan nk persoalkan ttg niat dan ibadat kpd saudara2 di Palestin tu..tp yg aku nk bangkitkan ttg ketidakseimbangan antara pemberian bantuan kpd tabung2 Palestin dan bantuan kpd saudara2 sebangsa dan seagama kt Msia...ko sendirik boleh nmpak brapa byk NGO dan pertubuhan2 yg sponsor n sapot tabung2 Palestin..dan brapa byk sgt NGO yg sponsor tabung2 bantuan kpd bangsa Melayu yg dhaif...naseb baek ada Faiza sponsor rancangan Bersamamu =) Alangkah bagus klau semangat membantu rakyat2 Palestin nih dpt dipinjamkan sikit dlm membantu bangsa2 Melayu yg beragama Islam kt bumi sendiri...

    Kalau dh ade mentaliti "kerajaan kite korup", apa sahaja expenses dan perbelanjaan yg dikeluarkan akan dilabel sbgai korup dan pembaziran...suma utk kroni...aku stil igt lg dlm paper Harakah sekitar taun 1998-1999...suma bantai idea Dr M nk buat Putrajaya..membazir duit rakyat katanya...tp apa yg terjadik skrang??? brapa byk pulangan yg kerajaan dpt dr tourism sahaja kt Putrajaya tu?? tu x kira lg pulangan yg kerajaan dpt dr pembangunan sektor2 pendidikan, ekonomi dan IT dekat Cyberjaya dan kawasan2 yg dibangunkan berhampiran ngan Putrajaya tu...kite dpt tgok bile Putrajaya bngun, area2 laen dkat ngan Putrajaya tu pn dpt maju sekali...Cyberjaya, Sepang dsb...klau laa dlu Putrajaya x dibuat, mmg x merasa laa nk tgok F1 kt Sepang, n xdelaa merasa nk donload Heroes, Prison Break n Morning Musume kt KLIA ;D

    Suma statistik tu diamek dr website2 pembangkang...ape kata klau sekali-sekala ko bukak wbsite Mykmu,blog Shabery Cheek,blog Khir Toyo,blog Khairy Jamaluddin etc, ko akan nmpak jugak statistik2 yg menunjukkan kepincangan dan korupsi kt sebelah pembangkang lpas mentadbir Penang n Selangor..aku mlas nk bg..klau ko rajen, try laa usha...

    Aku sendrik pn tau ttg kepincangan belah kerajaan...tp mcm aku ckap kt atas,klau kite stil ada mentaliti nk carik perbezaan berbanding persamaan,smpai bila2 pon masalah x kan setel...smpai bila2 pn kita akan saling menyalahkan antara satu sama lain...yg jadik mangsa,bangsa dan agama sendirik...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. Sdap bace entry ko nih Lan, sampai aku pon terasa.Semangat bile bincang pasal politik aje,hahaha!Aku pon tak tau mane salahnye..tapi bile tgok berita ade aje flaw dlm sistem kebajikan negara kite.Bile tgok negara2 maju pulak,byk sgt orang salah gunakan sistem kebajikan diorg.

    Aku penah bace satu berita nih psl 1 family kat Amerika.Sumenye obese2 belaka,dan xsggup bekerja.Sorang pompuan umo 40an nih ckp die xmau keje sbb masih dalam rawatan trauma akibat kemalangan 10 taun lpas..aik?makan boleh plak engko ek?pelik..pelik..

    Papepon media,government& Malaysian leaders kena carik solution nih..Aku?Aku pon tak tau nak wat cmne..

    ReplyDelete
  5. To Hasta:Hahahaa..padan muke ko...kehkehkeh...papepon, mmg hakikat yg perlu kite telan yg byk menteri kabinet kite jenis bebal dan lupe diri...aku pengikut setia tranungkite, harakah online, malaysiakini n suara keadilan...tp bg aku personally, bukan caranya nk sedarkan diorg nih thru riot2 n demonstrasi2 yg x bwak ke mana2...mcm aku ckap dlm entry2 sblom ni,diorg ni x takut kt riot2 ni, tp diorg takut kt kertas undi...Makkhal sakti@kuasa rakyat tu bukan terletak kt riot2 n retorik berapi-api tu, tp kt kertas undi sebenanya...mcm A Samad Said ckap, "Menteri2 kerajaan x paham bahasa melayu, mereka cuma paham bahasa peti undi"

    Mmg kerajaan dan Najib yg baru naek patut panas punggung dan x senang duduk dah...bile PR lebarkan rekod menang pilihanraya kecil ke 4-1 baru2 ni...nih dah jadik 1 indikator dan lambang kemarahan rakyat...klau diorg x bwat pape@carik solutions ngan segera, mmg tsunami politik paling besar akan berlaku tym PRU 13 nnt...

    Hakikat ni dh dibuktikan baru2 ni bile Najib terus arahkan kajian semula kt kadar tol seluruh negara...aku pasti akan ade byk lg menda yg akan die bwat nnt...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. salam.

    sekadar ape yang aku dengar dari hasil perbualan orang2 yang bernah bekerja rapat dengan menteri lah kan.
    aku dgr menteri2 kabinet malaysia nih banyak yang sangat bagus dari segi kerja dio. deorng memang work very2 hard and commited lah dlm kerja deorg.

    contoh macam chua soi lek dlu. masa dia dtg prague dulu dia kerja mmg tak stop lah. mmg bukan dtg prague untuk jln2 makn angin je. even utk jumpe student deorg byr2 utk tiket2 student dtg prague.

    lepas tu klu tgk nor mohd yaacob org2 mg cukup respect dgn dia. mmg dia devote diri dia betul2 utk make sure ekonomi malysia recover.
    dan byk lagi lah menteri2 laing yang bagus. wlaupun ada yang tak bagus. tapi biasalah manusia, buka sumer pun yg perfect.
    tp antara sume2 yang ade masih ade yg competent. jgn lah kerana sorg dua kite nk generalize sume pun korup.

    kalau nk kata khir toyo pegi disneyland makan angin, pegi miami beach, pegi mane lg? itu amalan biasa lah tu. bukan nye kerajaan negeri kelantan tak pernah pegi oversea. bukan nye depa tak pernah g philipine, dan byk lg tempat2 lain. bukan nya deorg tak pernah bawak rombongan ramai2 dr ahli exco, ahli majlis MPKB, d.o. , dan peg.2 lain. mereka sume bekerja. itu lawatan sambil belajar.

    kalau kita tak tgk kat negara lain macam mane, camne nk buat negara kite sistematik dr segi pengurusan sungai macam negara maju. aku rasa interviewer yg tnya khir toyo knapa tak pegi venice utk bangunkan canal city(rujuk blog khir toyo). hahah.. venice tu canal2 laut, bukan sungai, lg pun venice bukan nye cantik sgt, indah khabr je dr rupa. ntah2 die pun tak pernah pegi venice.

    yg kerjaan kelantan sibuk pegi melawat sana sini, tu takplak org nk bising. hasil lawatan pe? ketinggian laluan pejaalan kaki dengan jalan sampai paras lutut? itu ke? apelah sgt kalu kos lawatan 1.6juta kalau boleh bawak balik investment 17bilion? be sensible and be realistic lah. come on..

    kalu dr. mahathir, tan sri bashir, dan crew2 die tak pegi portugal tgk f1 race, agak2 ade ke tak f1 race kat msia? nasib baik org tak soal, harga utk masuk paddock for 1weekend tuh berapa. tapi at the end, dengat 1 weekend f1 race kat malaysia goverment dapat hasil direct in directly yang dah cover cost utk development SIC.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Owh sheedot..bagosla klau hg nk menderma..Alhamdulillah, klau hg nk menderma kt Baitul Fiqh tu, hg bukak ja link yg aku bg kt ctu...ada bg contact no Baitul Fiqh dlm artikel tu...semoga hg dh x pening kepala pikir cmnalaa nk salurkan duit MARA yg berlambak smpai membazir nihh...

    Waktu aku tulis entry nih,klau bleh aku nk org2 yg baca entry nih x pandang dari kaca mata politik...sbb bg aku,kalau nk salahkan kerajaan semata-mata,mmg problem xkan setel pnya...ini tanggungjawab semua pihak..xkira UMNO@PAS...klau hg bukak forum2@blog2 penyokong kerajaan, depa pon ada point2 yg mantap salahkan PR lpas tadbir Selangor,Perak n Penang..mmg kt mana2 pon, pola cmnih tetap sama n xkan berubah..kerajaan salahkan PR,PR salahkan kerajaan...smpai bila2 pon masalah xkan setel..hg mmg nmpak salah kerajaan semata-mata sbb rujukan hg hanya tranungkite,harakah online,siasah n suara keadilan...try sekali sekala hg rujuk plak mykmu,blog KJ,blog Najib,blog Khir Toyo..diorg pon ada hujah diorg gak..x adil laa kan klau rujukan hg hanya kt website2 pembangkang tanpa dengar hujah pihak 1 lg kn??

    Pasal Palestin tu, xpalaa..aku xmau ulas pjg..org yg terkena batang hidungnya mmg xkan nmpak point yg aku nk smpaikan...xpalaa, teruskan mendodoi Palestin itu...biarkan anak bangsa terus ranap dan hancur...serahkan tanggungjawab membela anak2 bangsa kpd kerajaan semata-mata...bila diorg hancur,tudingkan jari kpd kerajaan...bila dihadap di depan Allah di Pdg Mahsyar nnt dan disoal,"Kenapa bangsa seagamamu hancur??Apa tanggungjawab kamu??"...Maka jawablah, "Kami dah bayar cukai..salahkan kerajaan BN..mereka yg xtau uruskan cukai2 itu..."...Bagus2..bawalah jawapan ni di Pdg Mahsyar nnt...

    Amboi..asal melenting semacam ja bila aku bashing org yg i`tikaf dlm masjid 24 jam??terasa ka??hahaa...xpalaa..aku dh smpaikan tanggungjawab aku menegur golongan2 ini..golongan2 'haprak' yg hg sebutkan tu akan aku sebutkan dlm entry2 akan dtg...klau hgpa rasakan betul dgn berusrah 24 jam tu,maka teruskan..xsah melatah atas teguran seseorg yg x berkepentingan mcm aku...teruskan ber'ana', ber'enta', ber'antum'...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  9. Aku rasa byk part die dtg dari mentaliti kte sebagai rakyat Malaysia sendiri..senang cakap,PREJUDIS.aku bagi contoh:

    1)Sorg laki kena AIDS,dah nak meninggal dah.Die sedih biler xde institusi Islam yg nak jaga kebajikan die.KITA pikir:"Haa..padan muka ang,muda2 dulu ambik dadah,kongsi jarum,menyumbat dlm anak dara orang,la ni ang dah kena baru nak mintak tlg!"

    2)Satu family masuk Bersamamu.Takdak duit nak sekolahkan anak.Si suami pulak kena lumpuh..anak 9 sume tak sekolah.KITA pikir:"Kondom dok jual sikit punya banyak napa xpki?skarang kan lu dah susah!Ya la rezeki anak tu Tuhan kasi,tapi takkan ang takda pelan,rancangan keluarga kot?Takkan ang nak serah kat Allah suma?Nah,sekarang ang nak wat camna?"

    Wujud prejudis dalam diri kte sbb kte MENGENALI rakyat Malaysia dari kacamata sendiri.Sedangkan apa yang kita tau pasal org Palestin adalah apa yg kte tgok dalam berita..Kanak2 menangis,umah kena bom..sedangkan aku percaya kedua-dua pihak ada kelayakan yg sama utk dapat bantuan kita.Jadi punca utamanya?PREJUDIS terhadap org kita sendiri..bukan setakat pada masyarakat marhaen mcm kte nih,tapi jgk pada tahap pentadbir kerajaan&politician sendiri..kte tak sedar sume tuh..tapi dalam tak sedar die dah pengaruhi pemikiran kte.

    ReplyDelete
  10. Kpd Hasta, aku mmg bersetuju ngan pendapat ko..masyarakat Melayu nih terlampau PREJUDIS..tmbahan,x boleh menerima pendapat yg berlainan dr norma masyarakat yg terkena batang hidung sendiri...apa sahaja yg jemaah dan ustaz2 lakukan adalah tepat dan x boleh ditegor...apa sahaja tuduhan akan dilemparkan kpd insan2 yg menegur...aku tergelak bila baca blog sorng sahabat yg x psal2 menuduh aku perlekeh dan perkecil usaha menuntut balek Baitul Maqdis@Jerusalem semata-mata bila aku post entry kt atas yg menyuruh kita semua berfikir balek ttg keadaan bangsa Melayu beragama Islam kt bumi Msia nih...bile aku bwat ayat "Alangkah bagusnya klau semangat membela Palestin tu dpt dipinjamkan sket dlm membela bangsa Melayu" ,terus aku dilabel memperkecilkan semangat menuntut Baitul Maqdis..hebat!!! aku klau bleh xmau cite byk, tp byk sgt golongan yg anggap diri diorg sgt bagus dan suke judge org laen dr penampilan..mentang2 aku x join klik yg bg usrah, terus aku dicop x membantu the Liberation of Palestine...setau aku kt KMB,walaupn byk ceramah mlm jumaat yg aku skip, tp aku x penah skip ceramah psal Palestin...dan Alhamdulillah x penah miss bg sumbangan kt akaun Maybank walaupn sikit...skang pon dh lame x jejakkan kaki ke Starbucks dan McD...produk2 laen cm Nestle tu dlm usaha nk kurangkan..moga2 istiqamah..aminn..kt Czech, ada gak usaha nk xplain serba sikit psal Palestin kt member2 international tym maen bola...aku klau bleh mmg xmau ckap psal menda nih, tp sbb byk sgt org yg duk sebut "Husnuzon itu,husnuzon ini", tp dlm blog x lngsung mnggambarkan die tu husnuzon..dlm ati xtaulaa kan...

    Mayb kite x sedar ttg keutamaan pemberian sedekah tu...lebih afdal klau kita utamakan pemberian sedekah tu kepada saudara-mara@sahabat handai@jiran tertangga terlebih dahulu berbanding org laen...ada 1 hadis nabi(aku x pasti sanad@matan die..try korng usha nnt..ustaz aku penah ckap tym sekolah dlu) yg menyebutkan, Apabila kita memberi kpd kaum kerabat, kita akan memperoleh dua pahala, iaitu pahala menghubungkan silaturrahim dan pahala sedekah itu sendiri...dan surah Al Balad ayat 15:"(kepada)anak yatim yang ada hubungan kerabat"...(kepada) tu merujuk kpd keutamaan pemberian sedekah tu laa..smpai Saidina Ali pn penah sebut, " Jika aku mempereratkan hubungan salah seorang dari saudara maraku dengan memberinya satu dirham saja, adalah lebih aku utamakan daripada aku menderma 20 dirham kepada selain mereka."

    Tp bile aku ckap cmni, jgn laa salah anggap pulak..mcm dlm entry kt atas, aku pon ckap, bantuan kpd Palestin tu pn tanggungjawab kite..tp jgn laa lupa kpd menda asas@basic nih..jgn laa dlm kite terlampau ghairah nk membantu Palestin, kita lupa membantu saudara seagama dan sebangsa...jgn le serahkan tnggungjawab tu kt kerajaan semata-mata...bile bangsa hancur, salahkan kerajaan sbb x pandai uruskan cukai...Tp yg sedehnya,byk situasi yg aku encounter, bantuan sedekah tu snggup diberikan kt tabung2 Palestin sedangkan ade jiran sebangsa dan seagama yg dhaif dan lebih memerlukan...sbb ape?? sbb berlainan pahaman politik...aduhhh...

    Dlm buku bertajuk "The International Jews",Henry Ford ada menjelaskan ttg maksud 2 line biru dlm bendera Israel...iaitu kerajaan yg akan didirikan antara Sungai Nil dan Furat...modus operandi diorg,lpas mendapatkan Palestin, diorg akan rampas tanah2 dan negara2 antara 2 sungai tu...dlm keghairahan kita mendapatkan Palestin semula, kita x sedar, modus operandi Zionis thru konsep "Divide And Rule@Pecah Dan Perintah" semakin lama semakin berjaya...umat2 Islam semakin berpecah...perang mazhab x sudah2...tuh belom perang politik lg...

    Kt Msia sendirik,adakah kita sudah terkena "Divide And Rule" dlm keadaan politik yg cacamarba kebelakangan nih??

    Korang sendiri tau jawapannye.Wallahualam...

    ReplyDelete
  11. hahaha...hg baca blog aku ka yg hg tergelak tuh lan..aiseyhhh...hahaha..

    camnih la..sebenaqnya aku mmg bersetuju pun ngan point hg yg kita mmg selain membantu Palestine kener bantu saudara kita di Malaysia..its a good point anyway...TETAPI...apa yg aku x setujunya cara penulisan hg..hihihi.aku first2 baca entry nih aku xdak apa pun nak komen..tp bila baca balek ada ayat2 yg aku kurang senang kerana bunyinyer cam laenn jerr..

    sebagai contoh..aku rasa peribahasa anak kera tuh sgt tidak sesuai digunakan...kalu ikut pepatah tuh anak kera kt hutan tuh ibarat anak yg tidak ada kepentingan langsun dan mmg x layak nak disusukan oleh manusia..mana boleh kita samakan Palestine ngan anak kera sbb bila bercakap isu Palestine, kita sebenarnya bercakap isu aqidah..bila isu aqidah kita mesti lebih berhati2..takut2 nnti terbatal aqidah..aku tau niat hg bukan nk perlekehkan Palestine tp kalo org tafsir penulisan hg, mmg pada aku itu yg aku nmpak..aku mmg sentiasa berhusnuzon..hihihi..

    Isu Palestine nih pun kalo hg sedaq mmg bermusim jaa..org pulun derma sbb masacre arituh..cuba tunggu tgk kalo setaun lg..surammm teruss..kalo usaha x diistiqamahkan, mmg bermusim laa jawabnya..nnti bila kena serang lg bru nak kutip derma..kita kalo baca paper pasal Palestine pastuh kita rasa buhsan tuh mmg berdosa besar sebenaqnya..sbb mana boleh buhsan ngan persoalan aqidah..apatah lg kalo kita mengeluarkan ayat2 yg tanpa kita sedar sebenarnya memperkecilkan Palestine walaupun niat kita lain..

    Aku bukan melenting cuma kurang senang apabila isu Palestine menjadi pertikaian..hihihi..aku golongan usrah???aiyooo ceramah ari jumaat pun tidoq kt bilik, usrah kt umah pun seminggu sekali tuh pun sbb org mai umah..hahaha

    banyak lg benda sebenaqnya nak tulis..tp prioritinya aku sekadar nak menegur pasal isu Palestine jer..yg bab2 politik tuh x pa laa..len hari pulak..hihihi..cuma harapanya supaya lebih berhati-hati semasa menulis..hihi..kalo hg x setuju x pa laa..hihi..just my opinion anyway..

    ReplyDelete
  12. Sori sume kalau aku derail topik nih utk membangkitkan persoalan yg agak kontroversi..Aku nak post kat blog redhuan sebenarnye tapi die tak mention pon pasal bende nih..so memandangkan die ade tulis psl topik ni dalam komen die,aku pon nk bincangla dengan korang..berkenaan "massacre of the Palestinians by the IDF(Israeli Defence Force)".

    "The first casualty of war is innocence".Apa maksudnya?Kalau ikut kefahaman aku,maksudnya "korban pertama sebuah peperangan adalah KEBENARAN itu sendiri"..Jadi apa aku nak cakap nih?OK,truskan baca..

    -"Rakyat Palestin dibunuh kejam oleh tentera Israel" dah mmg jadi tajuk akhbar yg popular dkt negara2 Islam.Tapi kte terlupa utk bace sokkaba Barat pulak.Diorg ade jelaskan kenapa byk civilian casualty nih:1)Hamas leaders bersembunyi di bawah hospital 2)Terdapat sebuah video yg membuktikan pejuang Hamas menjadikan civilian sbg HUMAN SHIELD. 3)Sesetengah pejuang Hamas menjadikan civilian sbg spy diorg,dan kadang2 diorg dipasangkan bom..

    -Jadi apa motif aku nih?Aku ni simpati dgn zionis ke?Wallahua'lam..Apa aku nak cakapkan,the so-called "Pejuang Islam" ni pon bukannya tak pernah buat salah,bukan tak pernah menyalahi etika perang&kemanusiaan..Sebenarnya kedua2 pihak MEMUTARBELITKAN FAKTA utk benefit mereka masing2..

    -Apa yg aku nak sampaikan adalah kita kena berhenti berfikir secara naif..Matlamat tak menghalalkan cara.Hamas boleh berjihad sampai capai objektif mereka tapi jangan sekali2 kita tutup mata apabila mereka berlaku keji..

    -Macamana sekalipon, aku tak pernah cakap berita Barat ni benar 100%.Macam aku ckp,kedua-dua pihak is distorting the truth. Jadi setiap kali kite baca berita2 gini, aku cadangkan kite "take it with a grain of salt",maksudnye terima dgn kemungkinan berita itu separuh benar..

    -Dekat sini aku letakkan sekali link2 supaya korg bleh baca:
    1)http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?t=150399

    2)http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?t=155883

    OK lastly aku mintak sori kat Lan kalau aku derail perbincangan nih.Aku dah lama nak ckp,just takde medium.sekian,fikir-fikirkan..

    ReplyDelete
  13. Paling baru aku dapat tadi..benar atau tidak?Siapa tahu..
    http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?t=155984

    ReplyDelete
  14. Kpd Sheedot:Aku mintak maap bebanyak klau hg terasa ati ngan gaya bahasa aku...klau hg peratikan betul2, mmg gaya bahasa dan lenggok ayat aku more to "Provocative Rhythm"...hg igt aku saja2 nk carik gaduh ka bwat cm2??sedangkan target audience aku majoriti sahabat2 aku sendirik?? sbbnya aku nk ketuk kepala semua org n nk suro semua org pikir...mmg aku bleh bwat ayat2 yg lemah-lembut,masukkan 'ana enta antum' sket,ayat bunga2..xde masalah pon..tp norma@basic psikologi manusia nih, diorg hanya akan tersedar dan paham klau terkena provokasi,tambah plak terkena batang hidung sendirik...tym tu barulaa nk gelabah n berpikir balek rationality diorg...itu yg cuba aku sampaikan dlm penulisan aku...psal peribahasa "anak beruk@kera" tu, tolong jgn translate dr aspek literally@dr perkataan bulat2...mmg bunyik x sedap@nmpak hina..tp tolong translate dr aspek maksud@penyampaian...mksud peribahasa tu,"Kehendak@keperluan org luar lebih kita utamakan berbanding keperluan org kita sendirik"...mmg bg aku personally, aku nmpak peribahasa tu kena ngan situasi yg berlaku kt Msia...mcm aku ckap kt atas, brapa byk NGO@Pertubuhan yg sapot dan perjuang nasib Palestin compare to NGO@Pertubuhan yg perjuang nasib bangsa Melayu??kt KMB pn,brapa byk sgt laa ceramah mlm jumaat yg diskas psal kedhaifan ekonomi bangsa Melayu berbanding ceramah yg diskas isu Palestin??hg sendrik pn tau jawapannya..betapa x seimbangnya...klau nk bwat nisbah,5:1 rasanya...

    Klau hg ckap aku perkecilkan semangat org yg menyumbang ke Palestin,aku rasa hg pon dh bwat menda yg sama dlm ayat kt atas...bg aku,lg bagus diorg derma@sumbang 'seasonal' berbanding x sumbang langsung...ye x??? Kekadang kita xle expect semua org nk ikot cara kita yg tegar memboikot sepanjang tahun...kita kena terima perbezaan tarbiyah@background semua org..bukan semua org dibesarkan ngan tarbiyah mcm kita...ape yg kite bleh bwat,try laa bg peringatan dan bimbingan selagi yg boleh...dan kite xle expect semua org akan ikot peringatan kita tu walaupn betul...tol x??

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  15. Kpd Hasta:Aku mmg appreciate dan hargai buah pikiran ko...ko mmg dh nmpak ape yg aku nk smpaikan...ape yg aku nk smpaikan dlm entry2 aku sblom ni;TOLONGLAA JUDGE SESUATU ISU TU DR PELBAGAI SUMBER..JGN LAA TERHADKAN SUMBER RUJUKAN ANDA....masalahnye, bile seseorg ustaz kesukaan kite dh bg pendapat ttg sesuatu isu, kite terus anggap ape yg die smpaikan tu betul laa...padahal suma org pn dh sedia mklum hanya Nabi yg maksum...bg aku, xde "ultimate truth" dlm dunia ni, kecuali Al Quran dan Hadith je...semua benda@isu mmg revolve sekitar "The conspiracy theories" walaupn kite nmpak isu@tokoh tu mcm baek,alim dan ikhlas je...ramai antara kite yg beranggapan hanya HAMAS je betul..method perjuangan diorg laa yg paling betul dlm membebaskan Al-Aqsa...bile dlm entry aku sblom ni bertajuk "Hamas Ciptaan Mossad??" , mayb ramai yg xle terima dan rase artikel tu mengarut...sebenanye,aku nk suro semua org berpikir..betul ke method perjuangan HAMAS selama ni?? aku dh bace buku brtajuk 'Sheikh Ahmad Yassin' tulisan Ustaz Mazlee Malik tym kt KMB lg..ade org wakafkan kt surau an nur...dan x semestinya kita mesti terhadkan sumber kita kt Ustaz Mazlee je psal isu Palestin ni...bace laa jugak jurnal2@paper2@artikel2 Barat...pandai2 laa tapis sendirik...n klau bleh, usha2 laa gak buku "Protocol of Zion" tu...baru kite leh nmpak@sedar dakyah2 ZIONIS dlm menguasai dunia nih...baru laa kite terbukak mata sket..xdelaa sokong pihak2 tertentu mengkhinzir buta je...nih bile aku bg hujah dr "Protocol of Zion" tu yg x kena ngan selera politik masing2, tuduh aku "freedom of speech" laa...berpikir x mengikut Quran dan Sunnah laa..memacam....

    Same laa gak dr aspek politik Msia...jgn laa sbb kite berpahaman PAS, kite terhadkan sumber rujukan kite kt tranungkite, harakah online, suara keadilan n siasah je...rujuk laa gak wbsite2 penyokong kerajaan cm mykmu,blog KJ,Blog Khir Toyo,blog Najib etc...diorg pn ade hujah diorg gak...x adil laa klau kite denga hujah dr 1 pihak je..lpas tu pandai2 laa tapis sendirik....

    Kpd Hasta, aku amat appreciate pandangan ko...n klau bleh,lg ramai rakan2 akan pandang sesuatu isu dr pelbagai aspek dan sumber rujukan...masing2 pn tau ttg ayat dr surah "Iqra"...maka beramallah dengannya...

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  16. never ending story..same plots....same person.same ending...i am expecting more...
    just one word...terlalu paranoid...mohamad khairi especially...

    ReplyDelete
  17. semut,
    "terlalu paranoid " is two words on my count...
    and my two words for you.. SO WHAT?

    ReplyDelete
  18. Dah tu ape yg x paranoidnye cik semut?maki mufti?baring tgh jalan?

    ReplyDelete
  19. jangan lyn semut nih..die ni TROLL.saje nak provok org bia fokus pbincangan hilang.Die bukan ade nak sumbang pon..gatal tangan je.

    Pada semut,daripada tulis bende2 bajet misterius & 'deep insight' seolah2 Mr Miyagi nih,aku cadangkan ko tulis nih:

    TESTIS TESTIS TESTIS

    Same je kesan die mcm komen kau tuh,takde pekdah.bezanye ko tak buat org naik darah..sekian.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Salam
    ana serao!! :)

    menarik isu ini. ridhuan dan bazley memang boleh dipuji ulasan yang dibuat. ana tak nak hurai panjang. Macam biasa, 'ana dan enta' dalam blog ini ada negative conotation yang bersedia untuk diserang dengan kritikan yg tidak rational dan sebagainya. sebelum ana memulakan comment ini, minta maaf kepada bazley dan redhuan kerana terpaksa juga ana serang sedikit personal, kerana dakwah ini disampaikan dengan mengikut biah seseorang itu asal.

    lebih cantik apabila kita mulakan diskusi ini dengan Iceberg theory. Apa yang dimaksudkan dengan iceberg theory. People who are not involved will only know about the tip of the iceberg. people who dive in, will understand the whole system.

    Golongan (yang dikatakan) 'neutral' oleh blog ini, apa yang mereka buat hanyalah mengambil tips of the each iceberg in the sea and make conclusion out of it. termasuk lah si hasta yang kata hamas guna (human shield)

    boleh lihat secara jelas dari sudut penggunaan bahasa, background penulis dan sumber yang digunakan serta pengalaman penulis, mungkin sudah cukup untuk kita fahamkan apakah yang didefinasikan sebagai golongan 'neutral'.

    To be neutral adalah mengambil semua sumber sebagai rujukan. 'SEMUA' sumber, sila rujuk statement anda

    (.bace laa jugak jurnal2@paper2@artikel2 Barat...pandai2 laa tapis sendirik...n klau bleh, usha2 laa gak buku "Protocol of Zion" tu...baru kite leh nmpak@sedar dakyah2 ZIONIS dlm menguasai dunia nih...baru laa kite terbukak mata sket..xdelaa sokong pihak2 tertentu mengkhinzir buta je...nih bile aku bg hujah dr "Protocol of Zion" tu yg x kena ngan selera politik masing2, tuduh aku "freedom of speech" laa...berpikir x mengikut Quran dan Sunnah laa..memacam....)

    (.jgn laa sbb kite berpahaman PAS, kite terhadkan sumber rujukan kite kt tranungkite, harakah online, suara keadilan n siasah je...rujuk laa gak wbsite2 penyokong kerajaan cm mykmu,blog KJ,Blog Khir Toyo,blog Najib etc...diorg pn ade hujah diorg gak...x adil laa klau kite denga hujah dr 1 pihak je..lpas tu pandai2 laa tapis sendirik....)

    Sigh..sejak bile la mereka yang sokong pas ni tak baca buku, tak baca blog khir toya, Kj dan sebagainya. Ooh lupa, mereka sokong pas ni sibuk baca buku kitab ulamak, sbb tu tak sempat nak baca blog camtu.(from your previous entry)

    Persoalan yang paling penting dalam kita memilih sumber ini jelas disebut oleh rasulullah SAW

    'Man husnil islami marita kahuma la yakni'
    (tidak sempurna islam seseorang itu melainkan apabila mereka mengambil tahu apa yang mereka patut tahu)

    Allah sebut dalam surah Al-Hujurat ayat 6
    'Wahai orang-orang yang beriman!(ya ayyuhal lazi na a manu) Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'

    Ibnu Katsir menyebut, Ayat ini Allah memerintah semua orang2 'MUKMIN'(bukan muslim - maksudnya orang yang PERCAYA SEPENUHNYA DENGAN AQIDAH ISLAM), meniliti berita yang dibawa oleh orang fasik dalam rangka mewaspadainya, sehingga tidak ada seorang pun yang memberikan keputusan berdasarkan perkataan orang fasik tersebut, dimana pada saat itu orang fasik tersebut berpredikat sebagai pendusta dan berbuat kekeliruan, sehingga orang yang memberikan keputusan berdasarkan ucapan orang fasik itu bererti ia telah mengikutinya dari belakang

    tafsiran ini, bukan ana yang buat, bukan ustaz2 yang buat, ini IBNU KATSIR YANG SEBUT, ulamak yang muktabar yang jauh lebih 'FAKIH TENTANG QURAN DAN SUNNAH' daripada penulis blog ini sendiri. Maka secara automatiknya hanya sumber yang bole dipercayai sahaja yang harus dibacai oleh umat islam zaman kini.

    Dalam kita memilih sumber atau mempercayai seseorang, maka kita kena betulkan paradigma kita berfikir. Apakah paradigma yang menjamin kita ke syurga? paradigma yang berasaskan kepada 'Quran dan Sunnah'. Itu sahaja cukup untuk membentuk paradigma kita. Maka paradigma Quran dan Sunnah ini hanya tertimbul apabila seseorang itu memahami akidah islam sendiri. Maka sumber yang dipercayai, adalah mereka yang sepenuhnya faham DAN BERIMAN dengan Al-Quran dan Sunnah lah yang kita percayai. Memandang mereka yang baca Quran dan Tafsirnya serta hadith dan kitab2 tok guru dan sheikh2 dilabel 'JUMUD DAN BERFIKIRAN TERTUTUP' dalam blog ini, maka datanglah perkataan 'PANDAI2 la TAPIS SENDIRI'

    baiklah. sekarang masa untuk buktikan pula benar atau tidak sesuatu sumber itu. Dalam memilih sumber adalah paling baik untuk kita siasat siapakah yang menulisnya. jikalau penulis itu disoal kredibiliti beliau, akhlak beliau, maka kita perlu tolak penulisan orang sebegini kerana mereka ini menghampiri golongan fasik. maka, penulisan yang melaporkan kebenaran sahaja yang perlu dicari oleh pembaca2 mukmin. 'Maka pembaca buku ulamak2 yang jumud ini', mereka membaca mana yang sepatutnya dipercayai sahaja. Salah ke? salah untuk blog ini, tetapi tidak salah dari segi aqidah seorang mukmin

    Sekarang ini kita bercerita tentang isu f1 grandprix, lebih cantik kita rujuk perdebatan sidang parlimen yang jelas boleh lihat antara kerajaan dengan PAS(arwah ustaz fadhil noor yang ana sungguh hormati), isu yang dibangkitkan dalam parlimen itulah yang sepatutnya menjadi pokok pangkal perbicaraan, kerana perbezaan pendapat bermula disitu, isu apakah yang dibangkitkan oleh pihak PAS pada waktu itu. sila lah buka dan tgk perdebatan tersebut di youtube ke ataupun coretan dan kisah ustaz fadhil noor. Jangan bawa statistik masa kini untuk isu yang lama semata2 memenangkan hujah anda jikalau tidak faham apakah isu sebenar yg cuba diketengahkan pada waktu itu.

    daripada sumber yang digunakan sendiri dan isu yang diketengahkan, jelas dilihat bahawa saudara jalan lain ini tidak mempunyai pengalaman yang luas dari sudut fundraising, gerak tempur politik, pengamatan dan pengurusan sistem dan penganalisis statistik.

    ana ambil aura diskusi ini. iaitu kenapa kita tidak beri kepada 'mereka2 yang miskin' pada waktu kutipan kepada palestin. Bagi mereka yang berpengalaman dalam fundraising(contohnya redhuan yang kurus)mereka faham, setiap duit yang mereka ingin kutip memerlukan reason dan sebab ia dikutip dan perlu diberitahu kepada penderma. dan Penderma mempunyai hak untuk mengetahui kepada siapakah duit itu akan diberi. maka bukah hak kita untuk mengambil tabung fundraising palestin untuk diberi kepada orang miskin malaysia. secara automatiknya orang yang menguruskan fundraising palestine tidak boleh disalahkan dalam hal perbincangan ini.

    Sekarang kita bawa isu fundraising Palestine, berpulun-pulun yang menderma, tetapi dalam hal kemiskinan tidak sebegitu. Bercakap tentang pengalaman mereka yang sudah lama berkecimpung dalam fundraising aktiviti, taraf satu kejayaan kutipan itu ia bergantung kepada isu besar yang diketengahkan. Tidak pernah sekalipun kutipan fundraising itu meningkat sentiasa, ia akan reach satu peak dan lalu ia turun dan turun kerana isu tersebut sudah menjadi basi kerana terlalu lama. Contoh isu palestine ini memanglah seasonal kerana kesedaran itu muncul hanya sementara waktu sahaja disebabkan oleh peperangan yang berlaku. Ia adalah satu nature dalam fund raising, kutipan itu akan turun dan makin lama makin ramai yang tidak menderma. sekarang kita bawa masuk isu kemiskinan. Sejak bile isu ini timbul? adakah setahun dua yang lepas?..tidak...SUDAH 50 TAHUN!!! ia ADALAH ISU YANG SENTIASA BERLARUTAN... maka FUNDRAISING BUKANLAH SATU APPROACH YANG SESUAI UNTUK MENANGANI MASALAH INI.

    Maka benarlah apa yang dibawa saudara bazzley, beliau membawa isu2 pengurusan wang kerajaan, kerana itulah yang menjadi punca isu kemiskinan, dimanakah prioriti kerajaan dalam menguruskan wang? itu yang perlu dipersoalkan. Jikalau fundraising punca kemiskinan, sungguh melucukan hati pengunjung blog ini.

    jikalau ingin mengenali serao ini, boleh kunjungi blog personal ana di
    www.mystupify.com

    ReplyDelete
  23. Wsalam saudara serao:

    Dlm anda berbahasa berbunga-bunga dan pjg berjela-jela, anda sendiri dh menyatakan pendirian politik anda...xpalaa, terpulang kpd anda nk label sy nih apa...sy lebih kenal diri sy...saudara mmg xkan kenal sy klau saudara judge sy hanya dr 2-3 entry yg saudara rasa seronok utk dibaca@terkena batang idong...mmg saudara akan gelak dr mutu bahasa entry2 sy..tp sengaja sy gunakan bahasa2 pasar...mmg xde masalah klau sy nk gunakan bahasa2 taraf tinggi tp bahasa2 yg meleret cm2, mmg xkan smpaikan ke ulu hati dan membosankan org...mmg sukar nk paham apa yg sy nk smpaikan klau saudara hanya judge dr 2-3 entry tuh...sy suro add YM sy, smpai skang saudara x add..takutkah??? klau dr background nye, sy mmg dibesarkan ngan tarbiyah PAS...cume x penah join tamrin je...klau tym zaman Reformasi tu(1998-1999),mana ceruk tmpat kt Lgkawi akan bapa sy bwak utk denga ceramah PAS...hampir setiap mnggu denga ceramah PAS..kt umah sy pon bertimbun buku2 kutuk kerajaan...especially tulisan Syed Hussien Al-Attas@Pak Habib, mohd sayuti omar n subky latiff...dan novel SHIT tu pon dh abes khatam tym darjah 6...walaupn ayah sy berpahaman pembangkang, beliau selalu nasihat sy..."Bukan semua dr kerajaan salah, n bukan semua dr pembangkang betul.." dan sy berpegang ngan ape yg beliau ckap smpai skang...sy xmao ckap byk,tp beranikah saudara nafikan statement ni??
    Klau dr background agama tu, sy rasa xperlu kot cite susur galur keturunan sy...nnt saudara x percaya plak...dan Alhamdulillah, berjaya dpt tnjuk ajar Ustaz Harun Din waktu beliau dtg Lgkawi..beliau mmg kerap bg kuliah n ceramah kt Lgkawi..hampir setiap bulan...sbb beliau ade masjid beliau sendrik, iaitu Masjid Al Aishah kt Sg Menghulu,Langkawi....1 je peringatan sy kpd saudara,sy yakin ngan ape yg sy sampaikan sbb sy bukan amek@ceduk dr buku bulat2 tnpa bertanya org yg lebih arif...senang cite, dun judge the book by its cover k??

    Psal isu kemiskinan tu, sy bukan berckap psal FUNDRAISING semata-mata..tp ttg kesedaran psal keadaan bangsa Melayu yg beragama Islam..sbb tu sy ckap byk kali, jgn pandang nih sbgai isu politik...klau pndang dr isu politik, mmg xkan setel pnyaa...anda bg hujah keburukan kerajaan,ok try bukak wbsite2 penyokong kerajaan...byk jugak hujah diorg salahkan pembangkang lpas tadbir Perak, Penang n Selangor...apakah semua yg dikatakan diorg salah sbb anda berpegang pd ayat "Berhati-hatilah dgn berita yg dibawa oleh org yg fasik.." tu??? Anda yakin xde org yg fasik dlm PAS sendrik???

    Sbb ape sy ckap jgn terhadkan sumber bacaan tu??saudara,tolong jgn berpikiran naif..klau kita x kenal kekuatan musuh kita,mcm mana kita nk hadapi mereka??sy amek cth paling senang n popular..Allahyarham Ahmad Deedat...mcm mana beliau tangkis hujah2 org Kristian?? adakah beliau gunakan hujah2 dr Quran semata-mata?? BUKANN...beliau gunakan hujah dr Bible tuh sendirik...beliau mmg hafal,paham n sgt arif ttg selok belok Bible smpai bleh detect kedangkalan Bible tu...klau beliau amek pendirian "Ehhh..bace bible tuh xleh..nnt takut tersesat..."..Berjayakah beliau dlm dakwah2 beliau?? Saudara pikir sendirik...itu yg sy cuba smpaikan...oklaa..sy cabar saudara..bg dalil naqli yg MENGHARAMKAN pembacaan sebarang kitab2@buku2 tulisan selain org Islam...setau sy, dlm surah Al Alaq tu, xdelaa plak Allah terhadkan sumber bacaan kite..xdelaa plak Allah wajibkan kite bace buku2 tulisan org Islam je..klau saudara dpt kemukakan dalil2 tuh, barulah sy akan berubah pikiran...jgn bg dalil dr pendapat peribadi saudara shj...

    Klau saudara nk label sy org UMNO, terpulang kpd saudara...saudara xkan nmpak pendirian sy lg..sbb setakat nih sy bashing PAS...insyaAllah, masanya akan tiba gak nnt sy bashing UMNO plak..xsah riso...tp pd pandangan peribadi sy, saudara hanya akan redha ngan sy klau sy postkan entry yg tibai kerajaan pulakk lpas nih..Wallahualam...

    ReplyDelete
  24. Owh ye...ttibe aku terigt 1 pesanan Luqman Al-Hakim kpd anaknya iaitu:

    “…Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”

    Semoga menjadi 1 peringatan kpd aku dan korng semua...Wallahualam...

    ReplyDelete
  25. salam
    Saya harap pembacalah yang perlu jujur dalam menilai keupayaan diri.

    Janganlah dekati perbahasan perbandingan antara Quran dan Bible, jika kita sendiri masih bertatih memahami al-Quran.

    Jangan dekati perbahasan perbandingan antara Sunni dan Syiah, jika anda tiada Bahasa Arab untuk merujuk. Nantinya anda akan diperbodohkan oleh pendusta, atau dikelirukan oleh pejuang kebenaran yang tidak mempedulikan masalah anda.

    Belajarlah mengenal BATAS dan MEMBATASKAN diri.
    Tetapi isu-isu ni dahulu adalah isu orang mengaji. Isu orang nak belajar sepenuh masa mempelajari ilmu. Tetapi ia telah diturun taraf menjadi isu orang ramai. Seperti isu tol dan rasuah pemimpin negara.

    Produk sistem pendidikan pula semakin melahirkan golongan yang hanya mampu cemerlang dalam memahami silibus sekolah, bukan kepada isu ummah.

    Sepatutnya ancaman Sekularisma, materialisma, hedonisma inilah yang memerlukan seluruh umat Islam menggembeling tenaga.

    ukur baju dibadan sendiri.
    rujuk sini http://saifulislam.com/?p=232

    ReplyDelete