Wednesday, April 29, 2009

"Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan..."



Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (sekalian makhluk), (1)Dia menjadikan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq:1-5)

Aku rasa semua org mmg dh sedia maklum n hafal petikan Surah Al-Alaq yg aku quotekan kt atas...semua org pon dh tau surah Al-Alaq nih laa wahyu 1st yg diturunkan kt Rasulullah S.A.W...n rasanya semua org dh tau ttg tafsiran surah Al-Alaq nih...tp ada 2 perkara yg aku nk bangkitkan kt cni; Salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat n idea2 org bukan Islam??Adakah patut kita terhadkan bacaan kita kpd tulisan scholars Islam semata-mata atas alasan peribadi mereka menjauhi org yg fasiq dan menjamin paradigma berfikir yg berasaskan Quran n Sunnah??

Maka, tersesatkah aku dr manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh semata-mata aku membaca buku2 tulisan Edward De Bono, Tony Buzan dan Sigmund Freud???

Owh ye, sblom aku pegi lebeh jauh, aku nk tegor sikap kebanyakan sahabat aku dlm blog nih...dr byk pattern n pola comment kt cni, 1 masalah yg aku tgok adalah;PREJUDIS...masing2 mmg pandai berselindung di sebalik ayat2 pjg yg berjela-jela, tp sgt mencerminkan sikap PREJUDIS tuh ...mungkin terasa diri ini SUPERIOR sbb ada background dr sekolah agama dan berjaya conduct usrah dkat hampir2 50 anak usrah kot...maka, org yg xde background sekolah agama dianggap 'X LAYAK' memberi komen@pandangan ttg agama...oklaa..sbb dh tercakap, aku bg laa reason sbb ape 'GENG USRAH' nih dibenci@dipandang slek dr kacamata masyarakat luar kelompok klik korng..korng mmg xkan nmpak@tau, sbb korng bergaul sesama korng je...aku mintak maap sbb membuat GENERALIZATION kt cni..mmg ramai Naqib@naqibah yg baek dan sgt disenangi...byk ilmu yg aku dpt dr diorg...tp ramai gak yg 'bwat taik' dlm organisasi tuh...yg aku nk bashing nih adalah golongan yg ‘bwat taik’ tu…salah 1 penyebabnye adalah PREJUDIS nih laa..terigt lg tulisan seorg sahabat di blog beliau(www.acutewriter.blogspot.com) bertajuk 'HablumMinallah HablumMinannas'...beliau menceritakan dr pengalaman beliau sendirik kt KMB..antaranya:

Ada skali tu kwn saya yang jarang pegi surau dan kaki rokok ni pegi azan kt surau (sy kurang ingt waktu ape). Boleh plak bdk2 yang bajet alim ni tgk die semacam je. Habis solat je perli2 mamat ni. Mcm mane die nk slalu dtg surau kalau kene perli je. Lepas tu bila nk buat program berunsur keagamaan je, buat sesama mereka. Pada saya dakwah tu tak mencapai matlamat sebab sepatutnya target audience nye adalah orang yang kureng sket pasal agama ni. Kesudahannye, yang alim bertambah alim, yang buta bertambah buta. When the blind lead the blind, both shall fall into the ditch. Tu lah kisahnye.

Kpd yg terasa dirinya tuh SUPERIOR berbanding org laen(mayb sbb rase amal kebajikan tu dh cukup byk kot), sile renungkan ayat2 berikut:

1)Luqman Al-Hakim penah berpesan kpd anaknya iaitu:

“Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak…”

2) Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud Rasulullah S.A.W. bersabda: Dia yang ada dalam hatinya sombong seberat biji sawi tidak akan masuk syurga. Seorang berkata; Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian yang cantik, dan kasut yang cantik. Baginda bersabda;Sesungguhnya Allah Maha Indah dan sukakan keindahan. Kesombongan ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang. (Sahih Muslim 1:164)

Kpd pembaca blog nih, korng mmg xkan kenal@paham pemikiran aku klau korng hanya judge aku dr 4 menda nih:

1)2-3 entry yg rasa seronok n menarik utk dibaca dan direspon...

2)profile blog aku...

3)Anak2 usrah se 'KMB' ngan aku yg hanya 'kenal-kenal ayam' dan hanya penah bersembang 2-3 kali je ngan aku...

4) Mutu bahasa pasar blog aku...

Sesungguhnya, medium2 di atas bukan lah penanda aras sebenar dlm mengukur level ilmu seseorg...aku tulis nih bukan semata-mata nk defend diri aku, tp aku nk defend sahabat2 yg laen cm saudara Hasta dan Khairi…aku kenal diorg secara personal dan aku tau betapa tingginya tahap ilmu n pemikiran diorg...mmg kami masing2 berbeza pahaman politik, tp langsung x jadik masalah utk berdiskas sama ada bersembang@ thru YM...kpd rakan2 yg ingin bertukar pandangan ngan aku ttg sesuatu isu, silalah add aku kt YM...azlan_fazly

Aku admit mmg dlm perjalanan hidop aku, aku byk melakukan perkara2 jahiliyyah...dan byk sahabat aku yg masih terpalit ngan lumpur2 jahiliyyah nih…tp aku bersyukur dpt kenal jahiliyyah sbb atas perkenalan dan pengalaman inilah yg menjadi guidance dlm hidop aku dan pembekal semangat dlm menarik kembali rakan2 yg masih bergelumang ngan lumpur jahiliyyah…Syed Qutb sendirik tak pernah menyesal walaupun dia mula mendapat kesedaran Islamik tym umur 40 tahun!! Kerana setiap langkah hidupnya dia mengenal jahiliyyah itulah yang dpt digunakan utk sisa hidupnya di kemudian hari...Alhamdulillah, dia berjaya mati sebagai seorg syuhada’...

Oklaa, kita berbalik kpd maudhu’, iaitu soal BACA nihh…perlu diingatkan, yg BACA dan PERCAYA adalah 2 connotation yg berbeza…bila kita baca, x semestinya 100% kita percaya…cthnye, kalau aku baca buku “Serious Mind” tulisan Edward De Bono, x semestinya aku percaya bulat2 ttg teori ‘The mechanism of mind’ yg terkandung dlm buku tuh…utk PERCAYA, kita perlu MENGKAJI dan MENYELIDIK…dan utk mengkaji nih, kita perlu byk sumber rujukan dan bertanya org2 yg lebih arif..dan klau teori tuh selari ngan kajian2 saintifik dan terbukti TIDAK BERTENTANGAN dgn Al Quran dan Sunnah, maka

Harus untuk kita mempercayai teori itu(Harus, bukan Wajib)…oklaa, aku amek cth yg paling senang..TEORI BUMI BERBENTUK SFERA…kepercayaan kuno ckap ‘Bumi Ini Mendatar’…teori nih dikemukakan oleh Nikolaus Copernicus, namun x disenangi oleh pihak gereja dan beliau dihukum bunuh…namun dunia hari ini menerima teori Nikolaus itu…apakah kita nak menolak teori Nikolaus Copernicus semata-mata dia seorang yg berpahaman Kristian dan dikhuatiri keperibadiannya tu?? Dia bukan saja fasiq, malah kafir… Mungkin masih ada yg menganggap “Bumi Ini Mendatar” agaknya =D

Tp, sbgai seorng pelajar jurusan Sains, for sure kita penah denga dan belajar ttg teori “Hukum Dinamik Newton”…Salah 1 hukum ckap, “Daya dipindahkan dari 1 bentuk ke bentuk yg lain…daya itu tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan”…So, ape komen korng?? Mayb ramai yg percaya…tp sebagai sorng yg beragama dan beriman kpd Allah SWT, aku mengambek pendirian utk menolak hukum tu…sbb aku percaya “Daya itu boleh dicipta dan dimusnahkan”…Allah SWT sahaja yg berhak@berupaya melakukan semua tuh…Wallahualam…

Dari Surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'

Dlm surah Hujurat ayat 6, ada dinyatakan 3 part penting, iaitu “Orang yang beriman”, “fasiq” dan “Selidik”….Ibnu Kathir pn amat menitikberatkan psal SELIDIK ni…mmg itulah sikap yg wajib ada dlm diri org2 yg beriman…Maka, utk mencapai mksud SELIDIK tuh, kita WAJIB menggunakan segala sumber yg ada…sama ada dr aspek pembacaan ataupon pertanyaan…sesuai dgn apa yg aku mksudkan dkat atas, BACA dan PERCAYA tuh 2 connotation yg berbeza..utk mencapai maksud PERCAYA tuh, kita bukan bleh sedap2 denga dr 1 sumber je, terus percaya bulat2…tp dlm ayat tuh sendirik, XDE LANGSUNG tertulis; JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ…tp yg dinyatakan, SELIDIK TERLEBIH DAHULU…aku pun dh usha dr byk sumber tulisan scholars Islam, mmg xde yg mention psal JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ tuh…klau sesiape ade, sila kemukakan…mksudnye, BUKAN SEMUA yg dinyatakan oleh org fasiq tuh salah dan x betul…ada jugak kebenaran dari percakapan diorg tuh..yang penting, kita BERHATI-HATI dan SELIDIK terlebih dahulu…oklaa, aku mintak maap bebanyak sbb drag kan unsur politik sket…mayb dlm pemikiran kebanyakan org terutamanya yg berpahaman pembangkang, segala berita dari media arus perdana dan blog2 penyokong kerajaan wajar utk ditolak mentah2 semata-mata berpegang ngan ayat dr surah Hujurat nih laa…tp, apakah line@garis yg menentukan seorg tuh fasiq atau x??Sile pikir balek dr sabda Nabi S.A.W berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W; “Memaki orang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Perlu diingatkan, dinyatakan di atas ialah “Muslim”(sesiapa sahaja penganut Islam, tak kira berdosa besar@tidak), bukan “Mukmin”(Org yg percaya penuh dgn AQIDAH ISLAM)…maksudnya, x kiralah seseorg tuh berdosa besar@sesat, sebagai seorng MUKMIN, bukanlah hak kita utk memaki die…Kalau hadith Nabi di atas dijadikan indikator@kayu ukur dlm menentukan kefasiqan seseorg, aku rase dlm Pakatan Rakyat(terutamanya PAS dan Keadilan) sendirik, bukan saje ramai, tp bersepah org yg fasiq nih…bukan saje di kalangan ahli, tp kebanyakan penceramah2 jugak…try bukak forum2 pembangkang cm Tranungkite…kutuk2@maki2@jatuhkan maruah org mcm jadik mainan…yg sedehnya, yg bwat keja2 cmni bukan sembarangan org…bg aku, kategori terpelajar laa…sbb bile berhujah keluar nas2 Quran n perkataan2 Arab yg terbelit lidah nak menyebutnya…tp otak letak dkat kepala lutut.. .suka sgt maki org especially Mufti…sedeh betol…klau x setuju pon,xsahlah smpai tahap letak maruah Mufti tuh bwak tapak kasut…klau dr attitude para penceramahnye, masing2 dah tau kot…sendirik mau igt laaa…semata-mata atas dasar mendapatkan “aura” ceramah n xmau pendengar bosan, kutukan2 berapi jugak laa yg jadik pilihan…matlamat menghalalkan carakah?? Lupakah dgn isu “Bapak Setan”???

Sabda Rasulullah S.A.W, “Tidak sempurna Islam seseorang itu melainkan apabila mereka mengambil tahu apa yang mereka patut tahu”…..Kalau diajukan hadith Nabi nih kpd aku, personally, Alhamdulillah…dlm aku membaca@mengkaji tulisan orientalis2 Barat, aku x penah lupa tanggungjawab menceduk ilmu FARDHU AIN…Aku x lupa teras@core aku… Sebagai seorng yg berdiri atas manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh, mmg aku sentiasa merujuk tulisan2 scholars Islam terlebih dahulu klau ada kemusykilan terutamanya bab Ibadah n Hukum-hakam…tp aku nk membangkitkan persoalan kt cni, APAKAH KAYU UKUR YG MENENTUKAN SAMA ADA KITA MEMENUHI SPESIFIKASI HADITH NABI DI ATAS?? Adakah bila kita dh memenuhi undangan 200 sesi usrah dan selesai membaca 50 kitab ulamak yg muktabar?? Tapi pd masa yg sama, kita x penah tegor@bimbing@amek tau psal rakan2 serumah yg kerap tonggang Arak dan berclubbing??Even penderitaan masyarakat Melayu yg hampir dikristiankan(dlm entry sebelom ni) pon kita x amek tau?? Adakah kita dikira memenuhi spesifikasi hadith Nabi di atas?? Wallahualam….Pakat2 laa kita renungkan diri…

Oklaa…salah ke kalau kita x membaca buku2@jurnal2@hasil penulisan org bukan Islam nih?? Yaa..mmg x salah dr AQIDAH ISLAMIYYAH…tp sila pikirkan dr keterangan2 kt bawah…

1) MEMAHAMI AGENDA ZIONIS

Kemasyhuran dan kejatuhan sesuatu peradaban tuh mcm 1 circle of life…ini mmg janji Allah;

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”

(Ali Imran 3:140)

Dr aspek sejarah, peradaban Islam mencapai kemasyhurannya dr abad ke- 6 Masihi(kelahiran Nabi Muhammad S.A.W) hingga laa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah pd 1924…Sepanjang abad ke 6 hingga 15 masihi, dunia berpaksikan kejayaan Islam dr aspek sosio-politik-ekonomi dunia…tp disebabkan KEBODOHAN dan KEBEBALAN umat Islam sendiri akibat peperangan antara mazhab, perebutan wilayah dan kuasa politik serta kecelaruan peribadi pemimpin, maka Tamadun Kristian Barat yg mendominasi dunia n menjadik paksi pd perkembangan manusia…dan Gerakan Zionis dgn penguasaan ekonomi,politik n teknologi dkat US n Eropah mengamek alih hegemoni tersebut dan digantikan dgn Tamadun Yahudi-Zionis yg menguasai dunia dr pelbagai aspek smpai laa sekarang…

Professor Norman Cantor menegaskan hakikat hegemoni Zionis dalam bukunya The Sacred Chain (hal. 406-407) seperti berikut:

Jews in the four decades after 1940 came home in American Society to suburban comfort, to penetration of academia and the privileged bastions of the learned professions, to corporate business, to politics and government and controlling levels of the media. Jews were over represented in the learned professions by a factor of five or six. Nothing in Jewish history equaled this degree of Jewish accession to power, wealth and prominence. Not in Muslim Spain, not in early 20th century Germany not in Israel itself, because there were no comparable levels of wealth and Power on a world-class scale in that small Country to attain.

Zalim ke Allah tetapkan suratan mcm ni?? Allah x zalim…tp Allah sgt adil..umat Islam dh kuasai dunia selama 14 abad…tp sek2 kuffar nih baru kuasai dunia x smpai 100 tahun…tp x mustahil diorg akan extend penguasaan diorg ke 14 abad gak klau org2 Islam stil x sedar…aku x suke menyalahkan kerajaan Israel, US dan Zionis 100% pasal keadaan umat Islam skang..t.p umat Islam sendrik kena sedar ttg KESALAHAN dan KEBEBALAN DIRI sendirik…

Dlm buku bertajuk “The International Jew”, Henry Ford ada jelaskan ttg maksud 2 line biru dlm bendera Israel…iaitu kewujudan kerajaan “Greater Israel” antara Sungai Nil dan Furat(Euphrates)…Kita perlu sedar, agenda Zionis bukanlah menguasai Baitul Maqdis@Jerusalem semata-mata…tp diorg ada agenda yg lebeh besar n sedang berusaha ke arah itu…berapa byk tanah bangsa Arab dan kerajaan yg akan dirampas nnt klau kite x sedar dr sekarang?? Dan Zionis dah melancarkan agenda tu thru Perang Iraq 2003…Menurut Michael Collin Piper dari bukunya yg bertajuk ‘The Highest Priests of War”(Halaman 5);

The Iraq war was simply part of a plan to establish the age-old Zionist dream of establishing a “Greater Israel” (an area that stretches from the Nile to Euphrates), of dismantling the Arab states and redrawing a new Middle East map of seizing absolute control of Arab oil once and for all.

Tp yg sedehnya, orang2 Islam sendirik bersekongkol ngan Zionis dlm menjayakan plan diorg…Zionis take advantage terhadap peperangan mazhab(antara Ahli sunnah ngan Syiah) di Iraq utk pengaruh puak2 Syiah dlm membantu kempen perang diorg…sentimen kebencian terhadap Ahli sunnah dan Saddam Hussien ditiup hebat…sebab nk dpt nikmat kesenangan yg sementara, rakyat Iraq terpaksa bayar dgn harga yg cukup mahal smpai skang…mmg terbukti Saddam Hussien tuh kejam, tp adakah rakyat Iraq hidup lebeh aman lpas US amek alih Iraq?? TIDAK SAMA SEKALI…keadaan bertambah buruk n disaster…Menurut Al Islam keluaran Mei 2009, rakyat Iraq terutamanya wanita n kanak2 terpaksa merempat n mintak sedekah tepi jalan demi sesuap nasik…bunuh membunuh antara mazhab bertambah teruk dan xde kawalan…

Kalau korng baca buku “The Procotol of Zion” tuh, intipati utama Zionis dlm menghancurkan sesuatu bangsa adalah thru konsep “Divide And Rule@Pecah Dan Perintah”…Apakah Divide And Rule tu?? Oklaa…aku bg 1 cth...terdapat byk teori yg mengatakan Mustapha Kamal Attarturk tuh seorg ejen Zionis yg dihantar khusus utk melaksanakan Divide And Rule dlm kerajaan Turki Uthmaniyyah…klau dr sejarahnya, Mustapha Kamal Attarturk mmg seorng General tentera..tym dlm tentera tuh laa, die gunakan pengaruh die sebagai General tentera utk menyebarkan api kebencian terhadap sistem pemerintahan Uthmaniyyah dan seterusnya bwat rampasan kuasa…bile kerajaan Turki Uthmaniyyah dh jatuh, kerajaan2 Islam terus dipecahkan kpd unit2 yg lebih kecik…ini bg mengelakkan PERPADUAN sesama umat Islam…dan formula tuh terbukti berkesan..bila PERPADUAN umat Islam sgtlaa lemah smpai sekarang…so, itulaa yg dimaksudkan ngan Divide And Rule tuh…Utk difikirkan bersama; Dgn keadaan umat Islam di Malaysia yg SANGATLAH TIDAK BERSATU dan penuh dgn perang politik, adakah kita sudah terkena Divide And Rule tuh?? Wallahualam…

Dlm entry aku sblom nih bertajuk “Teruskan Bergaduh Bangsaku”, aku ada masukkan psal Israel-Palestine tuh…for sure laa ramai yg emo kn??? “Jangan dipersoal perjuangan suci ini!!!” Mayb lebeh kuang cm2 aa kot ayat2 yg dihamburkan…Kpd rakan2 yg hanya menumpukan sepenuh perhatian kpd isu Israel-Palestine SAHAJA, tanpa amek tau isu global yg laen, aku ada peringatan yg nk dibagi… Segalanya bermula dgn AGENDA ZIONIS…Isu Israel-Palestine hanyalah “Tip of iceberg” dlm AGENDA ZIONIS nih...mcm aku bgtau kt atas, tujuan utama Israel bukanlah mendapatkan Jerusalem semata-mata..tp diorg nk tubuhkan “Greater Israel”, dan diorg sedang berusaha kearah itu tanpa kita sedari…Kita kena sedar yg AGENDA ZIONIS melampaui batas dan sempadan geografi…bukan meliputi kawasan Asia Barat tuh aje…selama nih, AGENDA ZIONIS yg kita sedar hanyalah thru budaya2 hedonisme dan francais2 makanan yg perlu diboikot mcm Starbucks, McD, Nestle dsb…tp tuh hanyalah selapis dr pelbagai lapis AGENDA ZIONIS yg dh direncana lebih dr 100 taun yg lepas..Oklaa...aku bg 1 cth;

Sistem pemerintahan demokrasi…spt mana yg kita tau, US mmg melobi negara2 yg masih x mengamalkan sistem demokrasi utk implement sistem nih kt negara masing2…taun 1972, hanya 40 je negara yg implement sistem nih..tp latest nih, dh 123 negara yg mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi…ramai yg ckap, “Sistem demokrasi yg kita amalkan selama nih mmg bertepatan dgn ajaran Islam …Demokrasi itu kesamarataan semua orang…itulah keadilan…”

Tapi, adakah sistem demokrasi ini selari dgn prinsip2 Islam??? Aku xmau ulas pjg...Silalah berkunjung ke laman sesawang Dr Asri dan baca entry beliau bertajuk “Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu”…

Dlm “The Protocol of Zion”:

1) Protokol ke 11 ( The Universal Suffrage@ Hak Mengundi Sejagat….The term Universal Suffrage is associated only with the the right to vote and ignores the other aspect, the frequency that an incumbent government consults the electorate…)

2)Protokol ke 13( Creating the impression of the existence of freedom of speech, freedom of press, human rights and DEMOCRACY, all of which are subsequently undermined and become mere illusions or deceptive smokescreens behind which actual oppression lies…)

So, ape komen korng ttg menda nih??? Sedar@x sedar perkara nih?? Pakat2 laa kita pikirkan reramai k….Byk lg contoh sebenanye…nk tau lebeh lanjut, YM saje aku…

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:

“Sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, seterusnya sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) pun kamu akan mengikutinya.” Lalu kami bertanya:“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu orang Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi sekiranya bukan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298)


2) TEKNOLOGI DAN SAINS

Kita kena terima hakikat, yg teknologi dan sains zaman sekarang nih kebanyakannya dikuasai oleh org bukan Islam…kita jgn jadik BODOH SOMBONG…xmau terima ilmu yg dibawak oleh org Barat semata-mata diorg tuh kafir…kita hanyalah umat PENGGUNA, bukan PERINTIS…cubalah contohi scholars Islam zaman dulukala yg snggup blaja bahasa Yunani semata-mata nk ceduk ilmu tokoh2 Yunani dan ditranslate kn ke bahasa Arab…klau dulu diorg amek pendirian, “Ehh...mane bleh menuntut ilmu dari org kafir…diorg bukan saja fasiq, tp kafir…takut tersesat nanti..” Maka akan wujudkah tokoh2 kegemilangan Islam mcm Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Ghazali dan Al-Biruni??? Al-Ghazali dlm buku beliau “Tahafut Al-Filasifat” sendirik menggunakan teori kaedah penghujahan sains Yunani utk menyokong agama…Menurut Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah(Jabatan Fizik, UM) dlm penulisan bertajuk “Ayat Alam”, “Pemikir Islam bukan shj mempanjangkan ilmu sains Yunani ini kpd Barat, tetapi mereka juga membuat modifikasi-modifikasi yang bermakna.”

Maka, salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat kalau ianya demi kebaikan???

Oklaa..aku bg 1 lg cth...psal TEORI EVOLUSI DARWIN…kita semua sedia maklum yg teori nih WAJIB ditolak…tp, dapatkah kita meyakinkan org laen utk menolak teori nih kalau kita sendirik x penah blaja n paham psal teori nih???…adakah kita nk bg hujah nih semata-mata, “Pikir logik aa kawan...xkan aa manusia berasal dr beruk…”…Mayb hujah nih x sesuai utk meyakinkan org2 yg berpegang teguh pd hujah2 saintifik…Terdapat 6 tonggak bg TEORI EVOLUSI nih iaitu;

  1. Emergence by naturalistic processes of the universe from disordered matter and emergence of life from nonlife;
  2. The sufficiency of mutation and natural selection in bringing about development of present living kinds from simple earlier kinds;
  3. Emergence by mutation and natural selection of present living kinds from simple earlier kinds;
  4. Emergence of man from a common ancestor with apes;
  5. Explanation of the earth's geology and the evolutionary sequence by uniformitarianism; and
  6. An inception several billion years ago of the earth and somewhat later of life.

Kalau Harun Yahya tuh sendirik x penah denga pasal 6 perkara nih, dapatkah dia menyangkal TEORI EVOLUSI DARWIN dan menghasilkan buku “The Collapse of the Theory of Evolution” dan “The Dark Face of Darwinism”??? Itu korng pikir-pikirkan sendirik…Wallahualam…

Tp, aku lucu gak aa kan..klau ilmu dari org2 kafir n diragui keperibadiannye tuh x leh dipakai lngsung, maka rakan2 yg amek Medik kt UK, Ireland, Czech, Aussie,NZ n Russia kena balek Msia laa...xpon kena transfer ke Mesir, Jordan, Yemen n Syria…untung2 bleh bwat double degree...amek medik n kaji wahyu@hadith..jimat pon jimat…tambah ngan kegawatan ekonomi skang..ye x?? Owh ye, bukan ke Ireland tuh sendiri digelar “The land of saints ”?? Lagi kesian dkat sahabat2 yg blaja kt Trinity College(Bukan ke Trinity tuh konsep tauhid agama Kristian??)…Hmmm…


3)TUNTUTAN DAKWAH

Tetibe aku terigt tym join Nadwah Kepimpinan Islam 2003 dkat SMAP Kajang dlu…ade 1 sesi tuh, Encik Shah Kirit bg talk…Tp ttibe die cm emo bila die citekan detik2 pengislaman die iaitu thru perkahwinan…So, die ckap, “Masyarakat kita nih suka sgt pandang negatif dkat mualaf2 yg masuk Islam sbb perkahwinan…tp tanya laa diri kita sendiri; Apa tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah Islam kpd bukan Islam??? Sepanjang hidup saya dr kecil smpai laa saya berkahwin, hampir 90% rakan-rakan saya adalah org Melayu yg beragama Islam…tp xde sorng pn yg penah cerita psal Islam dkat saya…kalau sy x sempat terima Islam dan mati, saya akan tuntut dkat semua rakan saya tuh di akhirat kelak!!!”

Lebeh kurang cm2 aa ayat die..n aku xleh lupa smpai skrang…So, try renung n tnya diri kita balik..adakah kita dh jalankan tanggungjawab tu??? Sanggup ke kita tgok kawan2 kita yg setiap hari bergelak ketawa ngan kita jadik kayu bakar dkat neraka kelak???Sanggup ke kita hadapi tuntutan diorg dkat Pdg Mahsyar nnt???

Dlm konsep berhujah dgn rakan2 yg beragama lain, kita kena persiapkan diri kita dgn ilmu ttg agama diorg gak…bermaksud, kita kena dedahkan diri kita dgn tonggak2 n prinsip2 ajaran dlm agama diorg…barulah hujah2 kita berkesan…kita xleh gunakan hujah2 dr Quran n Hadith semata-mata…sedangkan ahli keluarga n para sahabat Nabi sendirik ramai yg x kenal, apatah lg tokoh2 Islam mcm Ibnu Taimiyyah, Ibnu Baz dan Ibnu Kathir???Sebab tu Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut, ayat 46:

“Jangan kamu berdebat dengan ahli kitab(Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik…”

Aku rase ramai yg kenal dgn Allahyarham Ahmad Deedat…mcm mana beliau gunakan hujah2 n kelemahan2 dr Bible sendirik utk mematahkan hujah2 pendakwah Kristian…tp ramai yg xtau method@approach Allahyarham Ahmad Deedat nih penah digunakan oleh seorng ulamak dr nusantara hampir 40 taun yg lpas…Kalau sesape penah bace buku DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS tulisan Ustaz K.D Bahaudin Mudhary (terbitan Persatuan Ulama’ Malaysia), Ustaz Bahaudin Mudhary sendirik gunakan approach yg sama dlm berdialog ngan sorng penganut Kristian bernama Antonius…Alhamdulillah, dlm masa 9 mlm je Ustaz Bahaudin berjaya meyakinkan Antonius utk memeluk Islam…dlm 1 part ttg ISU PENEBUS DOSA, Antonius mempercayai bahawa kedatangan Jesus utk menebus dosa thru ayat;

“Ia inilah diangkat oleh tangan kanan Allah menjadi raja dan juru selamat akan mengurniakan taubat kepada bani Israil dan jalan keampunan dosa.” (Perbuatan Rasul-rasul, 5:31)

Tp dibidas oleh Ustaz Bahaudin dgn berkata, “Susunan kata itu diucapkan oleh St. Patrick, bukan perkataan Jesus dan bukan wahyu dari Tuhan.”

Dan ini bermaksud, beliau bukan saje menghafal ayat2 dlm Bible tuh sendirik, tp ayat2 dr kitab karangan St. Patrick utk memantapkan lg kefahaman beliau ttg Bible…

Ketika ditanya Antonius, “Bagaimana ustaz boleh hafal ayat-ayat Bible?Keistimewaan ustaz ini saya merasa kagum!”..Dan Ustaz Bahaudin menjawab, “Itu adalah petunjuk Allah. Alhamdulillah saya memang mempelajari bermacam agama. Akhirnya saya bertambah yakin akan kebenaran Islam..”

Inilah beberapa point yg aku nk smpaikan ttg JANGAN TERHADKAN SUMBER BACAAN ANDA…Sesatkah aku semata-mata aku membaca karya2 orientalis2 Barat dan mereka yg diragui keperibadiannya?? Alhamdulillah, dlm membaca n mengkaji penulisan2 diorg, kepercayaan aku akan kebenaran Islam bukan semakin berkurang, tp semakin bertambah…byk contohnye...insyaAllah aku akan letakkan dlm entry2 akan dtg…percayalah, hanya dgn membaca, minda kita akan terbukak, n kita akan memandang sesuatu isu tuh dr pelbagai aspek..kita akan byk memikirkan pro n cons sebelum bertindak… xdela ikot org laen membuta tuli je...bila housem8 ckap ITU HARAM…kite join haramkan itu..bile housem8 ckap INI HARAM…kite join haramkan ini gak...tp sendirik xtau ape yg DIHARAMKAN tu…xtau apakah wujud khilaf@perdebatan ulamak ttg isu tuh…atau ambik kira hukum yg qat’i atau tak….

Sepanjang aku mengkaji, aku langsung x penah jumpa dalil2 naqli yg MENGHARAMKAN pembacaan kitab2@buku2 tulisan org bukan Islam…tp yg penting, dlm mindset mesti ada SELIDIK TERLEBIH DAHULU…dan yg paling penting, dlm baca membaca nih, JANGAN kita lupa priority@core@teras kita sbgai seorng Mukmin iaitu;

Dalam Khutbah Wida’ baginda, Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”


P/S: Tetibe terigt kisah pengharaman buku 'Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri' karya Za'ba pd 1930an semata-mata tak memenuhi selera ulamak2 konservatif tym tuh...n kisah org2 tua dulukala yg mengharamkan anak2 belajar di sekolah aliran Inggeris@Convent atas alasan 'takut murtad'....Hmmm...

11 comments:

  1. hoi!!
    panjang gle...
    esk xabes lg alu bace nih..

    ReplyDelete
  2. weyh! aku dah abes bace! hahaha..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...chill aa bhai..korng igt aku rajen sgt ke nk taip pjg2?? aku igt suma org paham laa thru ayat2 simple cm "Jgn terhadkan sumber bacaan anda" n "Pandai2 laa tapis sendirik"...tp ade gak brader Naqib yg x paham2..terpaksa laa xplain satu-satu cm budak2...sigh...

    ReplyDelete
  4. lan aku rase ko dh agak obses ngan protocol of zion la ni.aku dulu cenggitu gak tp lastly baru aku dpt discover yg protocol tu rekaan semate2.ko kene cek balik r.penulisan yg berkualiti perlu sahih.(hehe..)

    ReplyDelete
  5. Oklaa..aku tnye ko..ko penah nmpak buku tu depan mata kepala ko sendrik x???atau ko hanye denga ckap2 org je yg ckap protokol tu rekaan semata-mata??ade laa sebab utk aku percaya kewujudan buku tu...aku xmau cite kt cni..nk tau sebabnye, YM je aku..nnt aku cite pjg lebar...aku yakin dgn apa yg aku smpaikan...klau xnak percaya, terpulang dkat masing2...aku dh smpaikan tanggungjawab aku iaitu;MENYAMPAIKAN...Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Really good blog and really good entry!..hang mmg byk membace yeh? baguih2, teruskan..!

    Jazakallah khairan..

    salam.

    ReplyDelete
  7. Wsalam sis.

    Tanx a lot sbb sudi dtg...haha, bleh aa sket2..mmbace tuh mmg aa agak rajen..tp menghafal tuh aa kureng skett..hehe...

    Papepon, terus terang ckap laa, u ar one of Naqibah dat I respect da most. I really mean it.

    ReplyDelete
  8. Yela... pakai ayat simple tak paham... nak kene ayat berjela2 gak... kalau ayat panjang2 byk point takpe gak!!! nie pusing2 kat situ je... ceh!!!

    ReplyDelete
  9. style...aku ske r wei blog ko nie...x study aku di buatnye

    ReplyDelete
  10. salam, thanks for the input bro. Really appreciate it. This entry would be one of my most favourite entries. Ak0o suka menulis blog gak, but disebabkan ilmu agama ako0 tak comparatively tinggi berbanding 'pak/mak usrah' di luar sana, so I opted to be neutral in giving out my opinion. Nonetheless, thanks a lot bro, ni baru la namanya food for my thought. sekian,

    wassalam.

    ReplyDelete