Sunday, July 17, 2011

"There's a lady behind every powerful man"

Laila Trabelsi

Emelda Marcos


Wanita...mereka boleh menjadi penawar paling berharga, ataupun racun yg paling berbisa...sejarah telah membuktikan, kebanyakan tokoh hebat yg melakar sejarah dunia didokong oleh wanita di belakang mereka...kita semua pernah mendengar kisah wanita pertama yg memeluk Islam iaitu Siti Khadijah yg menyerahkan harta, jiwa dan raganya demi kejayaan dakwah Nabi S.A.W...dan daripadanya lah terlahir waris2 dan bloodline Nabi S.A.W...pengaruh Siti Khadijah dlm kehidupan Nabi sgt besar sehingga tahun beliau meninggal dunia dinamakan 'Tahun Dukacita'...namun byk juga wanita yg menusukkan jarum berbisa apabila suami mereka menjadi pemimpin yg berkuasa...mereka korup, menggelapkan harta rakyat dan tertawa atas derita rakyat marhaen...berikut merupakan antara contoh 'First Lady' yg haprak dan terakam dlm lipatan sejarah dunia...

1) Emelda Marcos

Merupakan isteri kpd bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos...selepas digulingkan, mahkamah Filipina mengarahkan Emelda mengembalikan 12 juta peso ($349 900) yg digelapkan oleh mendiang suaminya pd 1983...namun jumlah itu begitu sedikit berbanding $10 bilion yg dianggarkan telah digelapkan oleh Marcos dan sekutunya semasa pemerintahan selama 21 tahun...kisah korupsi Emelda menjadi legenda bila diketahui yg dia mempunyai koleksi kasut sebanyak 3000 pasang! Sedangkan rata-rata rakyat Filipina hidup kebuluran...Emelda, 81 tahun, telah pulang ke Filipina pd 1991 selepas hidup dlm buangan di US...dia telah dihadapkan ke mahkamah dgn sekitar 900 tuduhan jenayah dan sivil...

2) Marie Antoinette

Marie (1755-1793) merupakan permaisuri kpd raja Perancis yg terakhir, iaitu Louis XVI yg digulingkan dlm Revolusi Perancis...Marie dikenali sebagai seorg yg korup, suka berbelanja dan bersenang-lenang sedangkan rakyat menderita kemiskinan...dlm 1 protes, rakyat telah berkata kpd Marie, " Bahkan kami tdk dpt membeli roti akibat kemiskinan"...dan dijawab bersahaja oleh Marie, "Kalau begitu, belilah kuih yg lebih murah dari roti"...akibatnya, amarah rakyat dijawab oleh Revolusi Perancis yg menyaksikan Marie dihukum mati dgn menggunakan guillotine pd 16 Oktober 1793...

3) Laila Trabelsi

Laila Trabelsi adalah bekas pendandan rambut merangkap isteri kpd Presiden Tunisia, Zainal Abidin Ben Ali yg digulingkan dlm revolusi rakyat pd akhir tahun 2010...Laila juga dikenali sbagai 'The Arabic Emelda Marcos' kerana gaya hidupnya yg super mewah...Keluarga Laila mengamalkan kronisme melampau kerana bisnes2, tender2 dan projek2 kerajaan byk diberikan kpd keluarga2 terdekat shj...ala2 Mafia...Laila dikenali dgn hobi mewah spt bershopping di Dubai dan mengumpul kereta2 mewah...dikatakan Laila mempunyai sebanyak 50 buah rumah mewah...menurut pengkaji di National Scientific Research Centre Paris, Beatrice Hibou, keluarga Laila menggunakan kekuasaan utk mendapatkan keuntungan peribadi...dan menurut penulis Perancis Nicolas Beau, Laila memasukkan kerabatnya dlm bidang politik dan ekonomi Tunisia dan snggup melakukan apa saja termasuk merompak dan membunuh utk mendapatkan wang...sebelum digulingkan, Laila dan keluarganya sempat melarikan 1.5 tan jongkong emas (=$65 juta) dari Bank Pusat Tunisia...

Sejarah telah membuktikan byk 'First Lady' yg haprak dlm peradaban dunia...mereka bukan penyokong yg menaikkan suami mereka, namun penyokong yg membawa rebah dan menyusahkan rakyat...mereka lebeh teruk dari binatang dan snggup mengambil kesempatan atas kesempitan org laen...namun, dari rentetan sejarah ketiga-tiga beruk di atas, mereka akan tetap dijatuhkan...hanya masa yg jadi persoalan...

Tuesday, July 5, 2011

Ayat-Ayat Quran Bertentangan???


Entry nih merupakan entry lama aku 2 taun lepas...saje aku repost balek as a refreshment...semoga keimanan dan keyakinan kita tentang kebenaran Al-Quran semakin kuat lepas membaca kisah ni...InsyaAllah...

Kisah dibawah dipetik dr buku DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS tulisan Ustaz K.D Bahaudin Mudhary berdasarkan sebuah kisah benar yg berlaku pd 15 Mac 1970...Semoga kita sama-sama dpt ambik iktibar dan pengajaran...

Pd mlm keenam, Antonius berkata, "Ustaz, saya sudah semak ayat-ayat Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu...Dlm sebuah surah terdapat perselisihan antara 1 ayat dgn ayat yg lain...sehingga timbul dlm fikiran saya, bahawa bukan Bible sahaja berselisih ayat-ayatnya, tetapi Al-Quran juga demikian...iaitu ayat-ayat Quran mengenai asal-usul kejadian manusia."

Antara ayat Quran tersebut:

1) "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku(Allah) hendak menciptakan seorang manusia(Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitamberbentuk(berupa)." (Surah Al-Hijir,ayat 28)

2) "Sesungguhnya aku(Allah) menciptakan manusia dari tanah liat." (Surah As-Safaat,ayat 11)

3) "...Dia(Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah." (Surah Ali Imran, ayat 58)

4) "Dia(Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar(tanah yang dibakar)." (Surah Ar-Rahman, ayat 14)

"Jadi Ustaz, yg manakah yg benar ttg asal-usul kejadian manusia itu? Dari tanah yg dibakarkah, dari tanah kering dan lumpur atau dari tanah biasa, atau dari tanah liat??? Jadi, menurut pendapat saya, ayat-ayat Quran juga terdapat perselisihan antara 1 sama lain.Bukan Bible sahaja..."

Maka, jawab Ustaz Bahaudin; "Dlm Al-Quran ada menyebutkan bahawa asal kejadian manusia terdiri dari 7 macam kejadian. Saya sebutkan susunan ayat-ayatnya 1 demi 1, sebagaimana yg saudara baca terjemahannya td....

1) Dlm surah Ar-Rahman ayat 14, "Dia(Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar(tanah yang dibakar)." Yang dimaksudkan dgn kata 'sal sal' di ayat ini ialah 'tanah kering' atau 'setengah kering' yakni 'zat pembakar' (Oksigen). Dlm ayat ini juga terdapat kata 'fakhkhar' iaitu 'zat arang' (Carbonium).

2) Dlm surah Al-Hijir, ayat 28, "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya aku(Allah) hendak membuat seorang manusia(Adam) daripada tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk(berupa)." Dlm ayat itu, disebut juga 'sal sal', sedangkan kata 'hamaain' yg disebutkan bermaksud 'zat lemas' (Nitrogenium).

3) Dlm surah As-Sajadah, ayat 7, "...Dia(Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah." Yang dimaksudkan dgn kata 'thien'(tanah) dlm ayat ini ialah 'atom zat air' (Hidrogenium).

4) Dlm surah As-Safaat, ayat 11, "Sesungguhnya aku(Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat." Yang dimaksudkan dgn kata 'lazib'(tanah liat) dlm ayat ini ialah 'zat besi' (Ferum).

5) Dlm surah Ali Imran, ayat 59, "...Allah menciptakan Adam dari tanah...kemudian Allah berfirman kepadanya: Jadilah(seorang manusia), maka jadilah ia." Yang dimaksudkan dgn kata 'turab'(tanah) dlm ayat ini ialah 'unsur-unsur zat a li' yg terdapat dlm tanah ataupun dipanggil 'zat-zat anorganis'.

6) Dlm surah Al-Hijir, ayat 29, "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh(ciptaan) Ku."

Dlm ayat-ayat Quran yg dinyatakan di atas, Allah telah menunjukkan ttg proses kejadian Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan kepadanya roh sehingga menjadi manusia yg bernyawa. Proses kejadian manusia ini melalui adunan 'zat arang'(Carbonium), 'zat lemas'(Nitrogenium), 'zat air'(Hidrogenium), 'zat besi'(Ferum),Sodium, Kalium, Silicium, dan Mangan, yg disebut sebagai 'laazib'(zat-zat anorganis). Dlm proses persenyawaan, maka terbentuklah zat yg dinamakan Protein.

Maka, cukup jelaslah ttg ayat-ayat Quran yg disangkakan berselisih antara 1 sama lain dlm hal kejadian manusia(Adam), pada hakikatnya bukannya berselisih, melainkan menunjukkan proses asal kejadian tubuh jasmani(visible) hingga kpd badan halusnya(invisible) sampai wujud seorang manusia...

Subhanallah.

"Patutkah mereka(bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya." (Surah An-Nisa', ayat 82)

Sunday, July 3, 2011

Frederic Kanoute: Antara Iman Dan Prinsip



Tahniah kpd skuad Piala Dunia negara kerana berjaya mara ke pusingan kedua selepas terikat agregat 4-4 dgn Taiwan dan layak thru away goal rules...harapnya 2nd round lwan Singapore nnt bleh maen lebeh mantap n defence tu mmg kena improve byk...byk sgt bwat careless mistakes td...saket ati gak tgok...
Aritu negara kita digemparkan dgn beberapa siri rasuah bola sepak yg kembali melanda dunia bola sepak tempatan...aku stil igt lg dlm taun 95-96 dlu gejala rasuah ni laa yg melumpuhkan bola sepak negara kita...byk talented players yg kena gantung seumur hidup tym tu sbb terjebak ngan match-fixing nih...sungguh menyedehkan...sbb duit x seberapa, snggup pijak dan kencing atas maruah negara...dlm entry nih, aku nk cita serba sikit pasal sorng footballer yg jejak langkah dan semangat dia patut dicontohi oleh footballer2 negara kita kalau nk melangkah jauh dlm dunia bola sepak nih...seriesly aku sungguh terharu bile baca pasal perjalanan hidup dia...moga Allah sentiasa merahmatinya...insyaAllah

Kalau sebut Frederic Kanoute, aku rasa ramai kipas susah mati bola akan tau nama dia...sbb dia penah maen dgn big clubs cm Olympique Lyon, West Ham United, Tottenham Hotspur n Sevilla...unless kalau hang nih sorng samdol yg hanya follow bola bermusim...kalau season tu team hang power, hang sokong...kalau teruk hang bwat xtau...Frederic Oumar Kanoute merupakan sorng muslim footballer yg lahir dkat Lyon, France...dia maen utk France under-21, tp dia pilih utk maen dgn negara asal nenek moyang dia, Mali dlm senior level...sepertimana yg korng tau, sgt ramai talented players yg immigrant...cthnya Zidane dan Samir Nasri (asal Algeria) n Mesut Ozil(asal Turki)...maen dgn international team yg power amatlah penting utk kembangkan karier seseorang player nih...tp Kanoute x kesah suma tu...dia snggup maen dgn team yg x power sgt mcm Mali sbb dia bangga dgn asal keturunan dia...n kesetiaan dia berbalas bila dia menang African Footballer of the Year taun 2007...

Kanoute buktikan yg sebagai sorng devoted muslim x penah jejaskan performance dia atas padang...walaupun pernah maen tym bulan Ramadhan, tp dia jd top scorer La Liga season 2006-2007...aku igt lg next season tu Real Madrid pernah bid nk beli dia tp Sevilla x lepas...Asalnya, Kanoute xmau pakai jersi Sevilla yg ada logo 888.com nih(888.com nih adalah betting company)...tp at last dia setuju gak dgn syarat 888.com nih sponsor muslim n charity movement dkat Sevilla...dlm taun 2007, Kanoute sanggup keluarkan duit poket dia $700 000 utk beli sebuah masjid dkat Sevilla...awalnya, komuniti muslim dkat Sevilla sewa tapak masjid tu utk perform solat dkat sana...tp sbb kontrak dh tamat n bangunan tu akan dijual, tu yg Kanoute beli terus bangunan tu...n smpai skang bangunan tu jd tempat solat komuniti muslim dkat Sevilla...

Lepas score gol lwan Deportivo La Coruna pd 7 Januari 2009, Kanoute sudah angkat jersi n tnjuk t-shirt dlm yg tertera perkataan 'PALESTINE' dlm byk bahasa sebagai protes serangan Israel Laknatullah dkat Semenanjung Gaza pd akhir taun 2008...akibatnya, Kanoute kena kad kuning n denda $4000...tp dia x menyesal sbb dpt bgtau dunia ttg kekejaman tentera Israel n nilai negara Palestin...

Aku x pernah harapkan player2 bola negara kita beli sebuah masjid...n aku jugak x pernah harapkan diorg pakai t-shirt Palestin dekat dlm...tp at least, jd laa sorng yg berprinsip...tolong laa jgn jd hamba duit dan rasuah...bukan semua benda boleh dibeli...tolong laa jgn jualkan maruah negara dgn duit yg x seberapa tu n maen dgn sepenuh hati utk negara...kpd korang suma, pliz laa sapot team negara kita ups n downs...kalau bukan kita, sapa lg yg nak sapot diorg...bak kata Allahyarham Mokhtar Dahari, "If you are ashamed to stand by your colours, you better seek another flag!"