Sunday, July 17, 2011

"There's a lady behind every powerful man"

Laila Trabelsi

Emelda Marcos


Wanita...mereka boleh menjadi penawar paling berharga, ataupun racun yg paling berbisa...sejarah telah membuktikan, kebanyakan tokoh hebat yg melakar sejarah dunia didokong oleh wanita di belakang mereka...kita semua pernah mendengar kisah wanita pertama yg memeluk Islam iaitu Siti Khadijah yg menyerahkan harta, jiwa dan raganya demi kejayaan dakwah Nabi S.A.W...dan daripadanya lah terlahir waris2 dan bloodline Nabi S.A.W...pengaruh Siti Khadijah dlm kehidupan Nabi sgt besar sehingga tahun beliau meninggal dunia dinamakan 'Tahun Dukacita'...namun byk juga wanita yg menusukkan jarum berbisa apabila suami mereka menjadi pemimpin yg berkuasa...mereka korup, menggelapkan harta rakyat dan tertawa atas derita rakyat marhaen...berikut merupakan antara contoh 'First Lady' yg haprak dan terakam dlm lipatan sejarah dunia...

1) Emelda Marcos

Merupakan isteri kpd bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos...selepas digulingkan, mahkamah Filipina mengarahkan Emelda mengembalikan 12 juta peso ($349 900) yg digelapkan oleh mendiang suaminya pd 1983...namun jumlah itu begitu sedikit berbanding $10 bilion yg dianggarkan telah digelapkan oleh Marcos dan sekutunya semasa pemerintahan selama 21 tahun...kisah korupsi Emelda menjadi legenda bila diketahui yg dia mempunyai koleksi kasut sebanyak 3000 pasang! Sedangkan rata-rata rakyat Filipina hidup kebuluran...Emelda, 81 tahun, telah pulang ke Filipina pd 1991 selepas hidup dlm buangan di US...dia telah dihadapkan ke mahkamah dgn sekitar 900 tuduhan jenayah dan sivil...

2) Marie Antoinette

Marie (1755-1793) merupakan permaisuri kpd raja Perancis yg terakhir, iaitu Louis XVI yg digulingkan dlm Revolusi Perancis...Marie dikenali sebagai seorg yg korup, suka berbelanja dan bersenang-lenang sedangkan rakyat menderita kemiskinan...dlm 1 protes, rakyat telah berkata kpd Marie, " Bahkan kami tdk dpt membeli roti akibat kemiskinan"...dan dijawab bersahaja oleh Marie, "Kalau begitu, belilah kuih yg lebih murah dari roti"...akibatnya, amarah rakyat dijawab oleh Revolusi Perancis yg menyaksikan Marie dihukum mati dgn menggunakan guillotine pd 16 Oktober 1793...

3) Laila Trabelsi

Laila Trabelsi adalah bekas pendandan rambut merangkap isteri kpd Presiden Tunisia, Zainal Abidin Ben Ali yg digulingkan dlm revolusi rakyat pd akhir tahun 2010...Laila juga dikenali sbagai 'The Arabic Emelda Marcos' kerana gaya hidupnya yg super mewah...Keluarga Laila mengamalkan kronisme melampau kerana bisnes2, tender2 dan projek2 kerajaan byk diberikan kpd keluarga2 terdekat shj...ala2 Mafia...Laila dikenali dgn hobi mewah spt bershopping di Dubai dan mengumpul kereta2 mewah...dikatakan Laila mempunyai sebanyak 50 buah rumah mewah...menurut pengkaji di National Scientific Research Centre Paris, Beatrice Hibou, keluarga Laila menggunakan kekuasaan utk mendapatkan keuntungan peribadi...dan menurut penulis Perancis Nicolas Beau, Laila memasukkan kerabatnya dlm bidang politik dan ekonomi Tunisia dan snggup melakukan apa saja termasuk merompak dan membunuh utk mendapatkan wang...sebelum digulingkan, Laila dan keluarganya sempat melarikan 1.5 tan jongkong emas (=$65 juta) dari Bank Pusat Tunisia...

Sejarah telah membuktikan byk 'First Lady' yg haprak dlm peradaban dunia...mereka bukan penyokong yg menaikkan suami mereka, namun penyokong yg membawa rebah dan menyusahkan rakyat...mereka lebeh teruk dari binatang dan snggup mengambil kesempatan atas kesempitan org laen...namun, dari rentetan sejarah ketiga-tiga beruk di atas, mereka akan tetap dijatuhkan...hanya masa yg jadi persoalan...

2 comments:

  1. sejarah telah menceritakan segalanya. tidak mustahil negara kita turut berlaku perkara yang sama tidak lama lagi. berhati-hatilah dalam tindakan anda, wahai FLOM. anda sedang diperhatikan.

    ReplyDelete
  2. "Those who forget the history are condemned to repeat it" -George Santayana

    ReplyDelete