Wednesday, May 6, 2009

Dakaplah Ibumu Sementara Dia Masih Ada...


Sempena Hari Ibu yg akan disambut pd 10 Mei 2009...


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

    Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. 
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 

     Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

 

    Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

 

    Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku,"cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Aku rase mayb ramai yg dh tau cite kt atas nih..cite kt atas nih merupakan analogi@gambaran ttg layanan seorg anak kt ibu...pokok epal dlm cite nih menggambarkan seorang ibu n budak laki tuh adalah seorang anak...Bile kite masih kecik n berhingus, kita suka bermain ngan ibu kita...n bila kita dh meniti usia remaja, kita perlukan bantuan ibu utk teruskan hidop. Kita tinggalkan ibu...tp bila kita terdesak n perlukan bantuan, barulah kita carik ibu kita balek...Tapi, ibu tetap setia membantu kita asalkan kita bahagia dlm hidop...Korng mungkin terpikir, kejam siot budak laki tuh kt pokok epal tuh..mcm "Habis madu sepah dibuang", tp itulah hakikat n realiti bagaimana kebanyakan anak zaman nih treat ibu diorg...


Aku kekadang pelik gak aa kan...sbb aku tgok dlm ramai org..bile dh capai peringkat remaja n awal 20an, masing2 malu nk peluk mak masing2..berdosakah? Lebih sanggup peluk awek dari peluk mak sendiri...kalau jalan kt shopping complex, malu klau nmpak jalan ngan mak sendiri..takut kena cop 'anak mak'...tp jalan berpegang tgn ngan awek x malu plak...hmmm...


Selalunya dlm hidop kite nih, dlm kite sebok mengejar ilmu n menempuhi alam pekerjaan, kita tertinggal n lupa komponen2 penting dlm hidop kite...cube kite renungkan diri kita balek, brape kali kite kol mak n ayah kite dlm seminggu?Compare to kite kol aweks(balaks bg budak pmpuan)...n brape kali penah kite cium n peluk diorg lpas kite masok sekolah menengah?( x termasuk Hari Raya Aidilfitri n tym fly)...Kpd sesape yg kurang concern ttg perkara nih(peringatan kt aku gak), maka x terlambat lg utk kite cium n peluk mak kite sepuas ati sementara dia masih ada...jgn lah bile talkin n yassin dah dibacakan, n bila diorg dh terbujur kaku, barulah kita menangis n menyesal x sudah...jgn le kita tnggu bile diorg dh tua, barulah kite nk concern psal menda nih..sbb ajal menjemput tak menunggu masa....


Aku terigt 1 kes kemalangan jalanraya kt TV3...tp aku x igt bile kes tuh berlaku...tp anak mangsa kemalangan tu menangis tak sudah n ckap,"Saya menyesal sbb x appreciate n peluk ibu saya puas2 waktu dia masih hidup...tp sekarang nih nk menyesal pn dh x guna..." Nak ke perkara nih terjadik dkat kita? Ada jaminan kita@mak kita still bernafas smpai esok? 


Kalau korng perasan dlm cite 'The Last Samurai', ada 1 prinsip Bushido berbunyi "Kehidupan Dalam Setiap Hela Nafas" yg bermaksud; Nyawa seorng manusia tu mmg x pjg..mcm nyalaan lilin...bebila je boleh padam..jd, dlm setiap hela nafas kita, appreciate dan hargailah kehidupan dan org di sekeliling kita...Maka, dlm setiap langkah hidup kita, hargailah dan sayangilah ibu kita...Biarlah tym diorg pergi nnt, xde langsung titik penyesalan dlm diri kita, sbb kita dh jalankan tanggungjawab sbagai anak sebaik mungkin tym diorg masih hidop...


Papepon, enjoy dis video...




Lagu 'Ayah Ibu Anak' nyanyian Baji nih merupakan salah 1 lagu rock feveret aku tym berkaraoke jamban...sbb ade maksud dan pengertian yg sgt bermakna...


Maka, dakaplah ibumu sementara dia masih ada...


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nice entry Lan.....anyway, ni ak ade video ntok dikongsi bersame...maybe ko dh penah tgok/taw bout it..tajuk die "Surat Seorang Ibu"....ak rase sgt seswai diletakkn bersame ngn entry ko nih~
    seriously, video nih mmg wat ak sebak giler ar...1st time ak tgok dlu2...perghh...'banjir' tros mate aku...huuhuhu...
    anyway, enjoy d video and diharapkn kte sume dpt ambil iktibar dn pengajaran dr entry nih.. =)

    Surat Seorang Ibu

    ReplyDelete
  4. Wei Lan!!! Nanti balik kite tibai karoake lagu ni jom... kat pantai pon bleh gak... bbq beb!!! yeah~

    ReplyDelete