Thursday, May 28, 2009

Sekilas Di Konvensyen 'Berakhirnya Agenda Zionis'


Awal bulan 5 aritu, aku dpt pnggilan dr sorng member rapat, Zahier...aku igt die nk bergosip ke hape...tp ttibe die tnye aku, "Weh Lan, ko nk join talk 'Berakhirnya Agenda Zionis' x?? Aku mmg dah lame nk join talk2 cmnih...tp xde member nk g skali..." "Owhh..Alhamdulillah..bagos laa ko dah nk berubah...hahahaha!!!" Aku bergurau ngan nada yg agak annoying ngan die..."Ok..gua layan je...bleh gak tmbah2 ilmu kan..." So, ngan duit simpanan yg masih bersisa, aku bertolak ke KL ngan Zahier...plan memule nk tido Masjid Negara, tp rase2 cm tutup plak mlm2 kan...so, kitorg sewa bilik kt BB...n bertolak ke PWTC pagi 9 Mei tuh...smpai je kt Dewan Merdeka tuh, mmg ramai gile babs aaa org...x sangke aku..memacam jemaah ade...seb baek aku dh register awal2 kt wbsite Pembina..."Seb baek ko ade Zahier...kalau x, mmg jadik cm kera sumbang laa aku..hahahaa!!!" aku ckap kt Zahier...tp, mmg ramai laa audience...adelaa dlm 3000 org kot...sbb penuh Dewan Merdeka tuh...Owh ye, berikut nih merupakan tentatif konvensyen 'Berakhirnya Agenda Zionis' tuh...



Tarikh:9 Mei 2009
Tempat: Dewan Merdeka, PWTC
Speaker: Dr Azzam Tamimi, Dr Roslan Mohd Nor, Dr Mohsen Salleh
Anjuran: Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)

8.00-8.30 pg: Pendaftaran peserta.
8.30-9.30 pg: Pembentangan 1: Dr Roslan Mohd Nor(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Israel)
10.00-10.45 pg: Majlis perasmian oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
11.00-12.00 tgh: Pembentangan 2: Dr Azzam Tamimi (Sejauh manakah kesan kewujudan Zionis terhadap dunia sejagat)
12.00-1.00 ptg: Pembentangan 3: Dr Mohsen Salleh (Hakikat Zionis dan agenda yang dipropagandakan)
2.00-3.00 ptg: Pembentangan 4: Dr Azzam Tamimi(Peranan seorang Muslim dalam menghadapi Zionis)
3.00-4.00 ptg: Pembentangan 5: Dr Mohsen Salleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan status agenda Zionis masa kini)
4.00-5.00 ptg: Majlis penutup


1) Dr Azzam Tamimi

Dr Azzam merupakan ahli akademik dan aktivis politik warga Palestin yg kini menetap di Britain n merupakan pengarah di Institut Pemikiran Politik Islam(IIIT) London. Menurut Dr Azzam, projek 'Zionist Dream' merupakan 1 liabiliti sendirik kpd warga Israel disebabkan terpecahnya kaum Yahudi kpd 2 kelompok besar, iaitu Yang Menyokong dan Yang Menentang projek negara haram Israel. Dlm bangsa Yahudi sendirik, wujudnya 1 movement yg dipanggil 'Neturei Karta', iaitu gerakan ultra-orthodoks anti-zionism yg mula mendapat sokongan padu dr pelbagai gerakan Yahudi laen yg menganggap dasar Israel x ubah mcm dasar Apartheid yg menghenyak kaum asli Afrika Selatan.

Lepas World War II dan terbentuknya negara haram Israel, pendokong gerakan Zionis nih menghadapi 1 masalah besar;Krisis Demografi...majoriti kaum Yahudi refused utk migrate ke Israel disebabkan ajaran Talmud sendirik yg mengharamkan kaum Yahudi memijak bumi Baitulmaqdis sebelum kedatangan Messiah@Penyelamat...so, pelbagai agenda dirancang utk memindahkan kaum Yahudi ke Israel secara sedar@x...antaranya:
1) Pengeboman synagogue di Iraq dan menuduh para nasionalis Arab yg bertanggungjawab.
2) Tragedi Holocaust.
3) 1 juta penduduk Yahudi Soviet tidak dibenarkan berhijrah ke USA, tp hanya dibenarkan pergi ke Israel.

Penubuhan negara haram Israel di tgh2 tanah penduduk Islam Palestin sememangnya 1 vision yg gagal...Theodore Herzl penah berjanji, "Supposing his Majesty the (Ottoman) Sultan were to give us Palestine; we could, in return, undertake to regulate the finances of Turkey. We should there form an outpost of civilization as OPPOSED to barbarism." Tp, sendirik mau igt laa..tgok laa ape yg terjadik kt Palestin skang??? Utk pengetahuan, Knesset, iaitu Parlimen Israel tuh sendirik, merupakan satu-satunya badan pemerintah dkat dunia nih yg menghalalkan seksaan utk mendapatkan pengakuan dr tahanan Palestin...Bukan Barbarism kah itu??? Sejarah mmg dh tertulis, mana2 penjajahan dkat dunia nih xkan bertahan lama...pasti collapse gak suatu hari nnt...mcm yg terjadik kt Vietnam, Afrika Selatan n kebanyakan negara Amerika Latin...insyaAllah penderitaan saudara2 kita di Palestin akan berakhir gak suatu hari nnt...

Aku paling suka bila Dr Azzam ckap dlm 1 part psal sejarah resistance of Israel kt Palestin..bile die cite balek psal sokongan dan perjuangan rakyat Palestin oleh Fatah yg diterajui oleh Allahyarham Yasser Arafat dan skang nih, perjuangan Hamas yg diasaskan oleh Allahyarham Sheikh Ahmed Yassin pd 1987...menurut Dr Azzam, die mintak ubah mindset kebanyakan dr kite yg taksub dan sokong atas nama Hamas..tp die mintak, bukan sokong Hamas, tp sokong idea yg diperjuangkan oleh Hamas...sbb dasar perjuangan sesebuah parti tuh boleh berubah dlm sekelip mata..mcm sejarah perjuangan Fatah...dan x mustahil, satu hari nnt, dasar perjuangan Hamas akan berubah dan ade gerakan laen yg akan sambung idea tersebut...

Tp ade 1 kontroversi dlm talk Dr Azzam...psal isu Imam Mahdi...menurut Dr Azzam, dlm setiap religion, mmg ade disebutkan watak 'penyelamat' spt Messiah dan Imam Mahdi dlm agama Islam...tp, apakah Imam Mahdi itu?? Menurut Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji:

"Hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir."
(Kitab Al-Iza'ah limakan wayakunu baina Yadais-sa'ah, halaman 113)

Tp menurut Dr Azzam, semua antara kita boleh menjadi 'Al-Mahdi'...yg penting, kita mesti buat kerja dan tanggungjawab kita...jgn duduk senyap, berdoa dan tnggu kemunculan Imam Mahdi...dan tym sesi Q&A, byk laa soalan yg pertikaikan statement Dr Azzam...so, dgn nada yg agak emo, die menjawab, "YOU WANT TO WAIT FOR THE MEHDI???YOU WAIT FOR MEHDI...I WILL NOT WAIT FOR MEHDI...I WILL DO MY WORK...I WILL JIHAD FOR PALESTINE!!!"...dan disambut ngan jeritan takbir oleh beberapa org yg teruja..."Woww..stylo seyh!!!" Aku cakap kt Zahier...Tp, overall, dr ketiga-tiga speaker, aku rase Dr Azzam yg paling best dan x mengantuk sbb gaya die yg bersahaja dan die pandai olah ayat...

2) Dr Mohsen Salleh

Dr Mohsen Salleh merupakan pengarah Al-Zaytouna Centre For Studies And Consultations di Beirut, Lebanon since 2004 n pernah menjadik lecturer di Jabatan Sejarah dan Tamadun UIAM(1994-2004)...overall, talk beliau byk sentuh psal resistence movement di Palestin...antaranya:
1) Gerakan penentangan oleh Al-Hajj Amin Al-Husayni dari aspek politik dan menaikkan semangat penentangan rakyat Palestin (1920-1948)
2) "Mausim Prophet Musa" revolt di Baitulmaqdis (4-10 April 1920)
3) "Jaffa" revolt di utara Palestin.
4) "Al Buraq" uprising(15 Ogos-2 Sept 1922) yg berpunca dr serangan Yahudi ke atas Tembok Al-Buraq.
5) Gerakan Al-Jihadiyyah oleh Sheikh Izzudin Al-Qassam(1925) yg popular dgn slogan "Inilah Jihad!!! Berjaya atau gugur syahid!!!"...Pd 20 November 1935, beliau gugur syahid selepas 1 konfrontasi dan digantikan oleh Sheikh Farhan Al-Saidi, dan Gerakan Al-Jihadiyyah ini amat berpengaruh dlm Revolusi Palestin 1936-1939.
6) Gerakan Jihad Al-Muqaddas(diasaskan pd 1934) yg tertumpu di Baitulmaqdis dan Hebron dibawah pimpinan Abd Qadir Al-Husaini.

Revolusi Palestin 1936-1939 ialah 1 gerakan penentangan moden yg amat bersejarah di bumi Palestin, yg berlangsung selama 178 hari(20 April 1936-11 Oktober 1939), dan mencapai kemuncaknya pd summer 1938...kerajaan British hampir runtuh setelah mujahiddin menguasai kawasan2 perkampungan dan beberapa kawasan bandar Palestin..dan British menghantar angkatan yg lebeh besar utk menyerang kampung2 dan mengakibatkan kemusnahan yg sgt besar...ramai tokoh penentang yg syahid spt Farhan Al-Saidi, Yusuf Abu Durrah,Muhammed Salleh Al-Hamad dsb...tekanan yg kuat nih mengakibatkan British mengeluarkan White paper pd Mei 1939 yg menjanjikan penubuhan negara Palestin, memberhentikan penjualan tanah Palestin kpd Yahudi, dan menamatkan penghijrahan bangsa Yahudi selepas 5 taun...tp, British betray perjanjian tu pd 1945 lepas projek Zionis diberi nafas baru oleh kerajaan US.

7) Dlm Perang 1947-1948, bangkit gerakan Ikhwanul Muslimin, Qassamis dan Jihad Al-Muqaddas yg mmbuat pengorbanan hebat..tp tentera2 Arab yg in charge perang tersebut lepas tuh bwat 'slek' dan bertanggungjawab dgn kekalahan pd 1948.
8) Palestinian Liberation Organization(PLO) diasaskan pd 1964 yg bertujuan membebaskan semua tanah rakyat Palestin yg dijajah pd 1948 thru penentangan bersenjata. Dlm taun 1967, Palestinian commando organizations yg diterajui oleh Fatah, join PLO. Dlm taun 1974, kerajaan2 Arab mengesahkan yg PLO merupakan satu-satunya wakil bg rakyat Palestin.
9) Gerakan Intifadah(1987-1993) sgt mengejutkan Zionis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Semua golongan rakyat Palestin(tanpa mengira umur dan fahaman politik) menyertai gerakan ini. 1540 rakyat Palestin syahid, 130 000 cedera dan 116 000 ditahan.
10) Gerakan Hamas diasaskan pd 14 Disember 1987, yg merupakan cabang bg Ikhwanul Muslimin. Menggunakan Islam sebagai ideologi dan sumber visi serta misi. Hamas jugak declare full commitment terhadap pendidikan Islam sepenuhnya, pembebasan sepenuhnya Palestin dan penubuhan negara Islam atas bumi Palestin.
11) Pd 28 Sept 2000, Aqsa Intifadah tercetus atas kesedaran ttg kedhaifan hidop bangsa Palestin dan bencikan penjajahan. Gerakan ini ditentang oleh Zionis dgn senjata yg lengkap spt kereta kebal,peluru berpandu dan gas yg diharamkan(e.g Sulfur).

3) Dr Roslan Mohd Nor

Dr Roslan mendapat ijazah kedoktoran di Scotland, dan byk membuat research atas kepentingan Jerusalem-Islam.Beliau skang bertugas sebagai lecturer kanan di Akademi Islam, UM. Overall, talk beliau menyentuh ttg kejatuhan empayar Uthmaniyyah yg memberi peluang kpd penubuhan negara Israel...Dr aspek sejarah, British dpt peluang amek Palestin thru General Allenby pd 1917 lpas kerajaan Uthmaniyyah kalah dlm World War I. Gerakan Zionis berjaya melobi rakyat Eropah utk mendapatkan 'national home' thru sejarah Eropah pd abad ke 19 iaitu pembebasan Itali, German dan Balkan; yang mana kejayaan negara2 tersebut utk 'membebaskan' diri berjaya mempengaruhi masyarakat Yahudi utk turut mempunyai negara sendiri. Tambahan, kejayaan British mengalahkan angkatan Napoleon Bonaparte dalam 'Battle of Nile' berjaya memalukan kerajaan Uthmaniyyah dan membuktikan yang bukan Uthmaniyyah yg membebaskan Mesir, tp British.

Antara sebab kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah:
1) Menurut Christopher Catherwood dlm 'A Brief History of the Middle East', kejatuhan empayar Uthmaniyyah merupakan titik tolak pembentukan Timur Tengah pd masa kini. Salah 1 sebab kejatuhan Uthmaniyyah adalah kesilapan membuat pinjaman dkat bank2 Eropah yg byk memihak dkat Perancis dan British...dan nih mengakibatkan empayar Uthmaniyyah kehilangan wilayah2 kpd kuasa2 asing td..
2) Gerakan 'nasionalis' oleh negara2 Arab utk bebas dr kekuasaan Uthmaniyyah yg dibantu secara rahsia oleh negara2 barat. Gerakan tersebut dikenali sbagai Arab Revolt 1916. Kerajaan British amek peluang terhadap sentimen anti-Uthmaniyyah@anti-Turki di kalangan bangsa Arab dan menjadikan Saudi sbgai target. Secara rahsia, Husayn Ibn Ali(Sharif of Makkah yg dilantik oleh Uthmaniyyah) membuat perjanjian dgn McMahon(British High Commissioner in Egypt). Dlm perjanjian ini, Husyn berniat utk mendapat absolute power bg keluarga Hashemite ke atas tanah di Hijjaz. Support yg dibagi oleh kerajaan British kpd Husyn memberikan semangat baru kpd bangsa Arab utk bangkit menentang kerajaan Uthmaniyyah.
3)Perjanjian Sykes-Picot 1916. Perjanjian nih merupakan persetujuan rahsia antara kerajaan Perancis n British yg mmg dh expect dr awal kerajaan Uthmaniyyah akan kalah dlm World War I. Perjanjian nih memberi peluang British utk menguasai kawasan Trans-Jordan(Jordan, selatan Iraq dan Haifa). Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lebanon dan Syria. Selain British dan Perancis, Russia jugak terbabit dlm perjanjian nih dan menguasai Constantinople, selat Turki dan Armenia. Palestin diletakkan dlm zon antarabangsa.
4) Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dlm World War I dan kemasukan General Allenby ke Baitulmaqdis pd 1917 menandakan kejatuhan Palestin selepas dominasi Islam selama 1200 taun(interupt sekejap pd 1099-1187 oleh Crusaders). Deklarasi Balfour pd 2 November 1917 menyebutkan:

"His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Gerakan Zionis diasaskan oleh Theodore Herzl(1860-1904) di Basel, Switzerland pd 27-29 Ogos 1897 yg bertujuan utk mewujudkan tempat tinggal bg bangsa Yahudi di Palestin yg dilindungi oleh undang-undang awam. Asalnya, Theodore Herzl bukanlah seorng Yahudi yg 'alim' dan even die dilabel sebagai 'murtad' oleh rabbi2 Yahudi tym tuh...kesedaran die mencarik tmpat tnggal ideal bg bangsa Yahudi adalah bertitik-tolak dr sindrom 'Judeo-Phobia' yg berlaku di Eropah tym tuh...Dilaporkan yg option 1st Herzl bukanlah Palestin, tp di Uganda dan Argentina. Tp direjek oleh Second Zionist Conference. Herzl x impress dlm lawatan ke Palestin taun 1898 sbb Palestin sgt kotor dan tercemar tym tuh..tp dlm usaha lobinya utk mendapat tanah bg bangsa Yahudi, kerajaan British mencadangkan supaya Palestin yg dipilih sbb 'national home' oleh bangsa Yahudi...Initially, aku tertanya-tanya gak apsal kerajaan British boleh support gerakan Zionis nih dan beria-ia nk bg Palestin, dan persoalan aku terjawab bile Dr Azzam Tamimi explain yg keluarga diraja Britain tym tuh menganut pahaman Kristian Protestan...dlm fahaman penganut Protestan, penyelamat@messiah bg penganut Kristian xkan muncul selagi semua bangsa Yahudi masih hidup atas muka bumi. So, kaum2 Yahudi perlu dikumpulkan di Jerusalem dan Palestin, n Messiah diorg akan muncul lepas tuh utk membunuh semua org Yahudi...It sounds funny rite?

Overall, aku puas ati ngan konvensyen nih sbb speaker2 yg bg talk mmg gempak dlm mengolah idea diorg...tp aku sedikit keciwa sbb konvensyen nih tertumpu hampir 100% kpd masalah Palestin..tnpa diulas ttg masalah2 umat Islam yg berlaku di serata dunia(e.g Iraq n Afghanistan) yg aku percaya ada kaitan ngan agenda Zionis...n menurut Presiden Pembina, Dr Kamil Azmi, kesedaran dan sokongan masyarakat Msia ttg isu Palestin smakin meningkat bile konvensyen sblom nih yg dibuat dlm taun 2006 berjaya tarik 200 org je...tp konvensyen kali nih berjaya tarik hampir 3000 org...Rawks!!!

No comments:

Post a Comment