Tuesday, May 31, 2011

LYNAS


Skang nih antara isu yg paling hangat kt Msia selain tarif letrik naek 7.2% adalah isu pasal Lynas...Kalau anda org Kuantan@blaja kt Kuantan tp x penah denga pasal Lynas nih anda mmg dumbshit...sori for the offensive word...kalau korng perasaan, isu Lynas nih ttibe rise to prominence dlm beberapa bulan kebelakangan nih...sbb apa eh???sblom nih x penah denga pon walaupon lesen membina kilang Lynas nih dh dikeluarkan sejak 2008 lg...yes, sebenanye ada hikmah dlm setiap bencana yg Allah turunkan dkat manusia...antara hikmah tragedi Tsunami kt Jepun aritu adalah kesedaran rakyat kita ttg bahaya nuclear plant dh meningkat...utk anda yg xtau, Lynas merupakan sebuah syarikat yg memproses 'rare earth' spt Monazite yg kaya dgn Thorium...Thorium ni merupakan bahan radioaktif tinggi yg bleh menggantikan uranium dlm menghasilkan nuklear...'rare earth' ni bleh digunakan dlm penghasilan komponen2 peralatan elektronik...ckap byk x guna, here are some interesting facts about Lynas:

1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah dan 100% milik Lynas Australia.
2) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (Mac).
3) Peluang Pekerjaan HANYA untuk 350 orang SAHAJA.
4) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun dgn nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
5) BEBAS CUKAI SELAMA 12 TAHUN.
6) ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng, Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!
7) Antara side effects Thorium:
I) Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta!
II) Risiko kanser tekak, tulang dan pankreas.
III) Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
8) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Takde unsur politik kt cni...bukan sbb semata-mata projek nih under kerajaan BN Pahang, kita patut tolak bulat2...nope...kalau projek nih bwah kerajaan PAS Kedah@Kelantan sekalipun, kita patut tentang habis-habisan sbb shortcomings yg sgtlaa byk berbanding advantage yg bleh projek nih bg...tmbah plak aku blaja kt Kuantan...aku x kawen lg yop...yg menyedehkan ada gak 100 org budak GPMS(Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yg entah tiba2 sokong projek nih...sungguh dumbshit...KATAKAN TIDAK KEPADA LYNAS!

1 comment:

  1. huhu.. ntah papa geng 100 org yang sokong tuh!

    mesti ada kepentingan peribadi.. takan la tak terpikir langsung! isk2

    ReplyDelete