
Owhh..rase terketar-ketar plak aku nk menaip kt keyboard ni bile dh lame x post entry...aku mintak maap kpd rakan2 atas kesebokan melampau baru2 nih yg membataskan waktu aku utk mencoretkan sesuatu(cewahh..ayat xle blahh)...aku tergerak ati utk postkan entry terbaru nih lepas membaca sebuah artikel kt paper Kosmo, berkaitan sebuah isu yg mmg dah lame diangkat tp still dipandang sepi...artikel mih bertajuk "Takut Mati Di Gereja"...dlm artikel nih, wartawan Jurnal menemuramah 2 org pesakit HIV iaitu Latif Osman(bukan nama sebenar) dan Mashud Jamil(bukan nama sebenar) yg menceritakan dilema diorg ttg keadaan pengurusan mangsa2 HIV kt Msia nih...Menurut Encik Latif nih,
"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja,"
Bagaimanapun, Encik Latif dan 7 org lg member die rase lega dan bersyukur sesangat sbb skrang nih, diorg dah dpt perlindungan kt Baitul Fiqh, Subang dan x perlu tinggal lg kt sebuah rumah perlindungan yg dikendalikan oleh sebuah gereja kt Selangor. Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.
Menurut Encik Latif nih lg, die nekad lari keluar dr rumah perlindungan sebelom nih lepas tgok sendiri mcm mane jenazah seorg sahabat die yg meninggal dunia sbb TB diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan die seorg Muslim...Tambah Encik Latif nih lg;
"Memang ada banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan oleh gereja Katolik sedangkan ramai pesakit ialah orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam."
Menurut Encik Mashud Jamil pulak, beribu-ribu pesakit HIV bakal hilang pedoman klau diorg x dibawak keluar dr rumah2 perlindungan terbabit dgn segera...
"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan."
Tambah die lg, kebanyakan rumah perlindungan tu x memaksa diorg nih tukar agama...tp bile diorg dh nazak, pihak pengurusan akan berdamping ngan pesakit2 sampai akhir hayat diorg...Bg Mashud sendrik, itu la fasa yg paling menggerunkan sbb walau seteruk manapon die, die tetap nak mati dlm agama Islam...
Menurut Yang Dipertua Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, saudara Juhaidi Yean Abdullah, di sekitar Lembah Klang saje, ada kira2 3000 org pesakit HIV yg masih aktif mendapatkan rawatan kat Hospital Sg Buloh, Selangor..
“Saya percaya 65 peratus daripadanya ialah pesakit muslim. Pada masa ini mereka ditempatkan di rumah perlindungan Katolik memandangkan pertubuhan itu saja yang sanggup menerima dan menguruskan pesakit-pesakit ini. Apa yang membimbangkan ialah pengurusan dan pengisian di sana. Menurut penghuni sendiri, ada sesetengah rumah perlindungan memaksa mereka menukar agama jika mahu terus tinggal di situ,”
Artikel penuh boleh dibaca di: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Sekarang aku nk tnye; SBB APE JADIK CMNIH?? X silap aku, aku penah bace artikel2 yg lebeh kurang cmnih dh lame dah..dr zaman sekolah lagik...tuh belom lg sentuh isu murtad dan lompat2 agama nih...rasenye dr zaman sekolah rendah dh jadik isu...tp smpai skang x setel2..jadik lg teruk adala..ape peranan org Melayu dan Muslim khususnya dlm menda nih?? Owh ye, menyebarkan SMS boikot air mineral jenama sekian2..jikalau terminum, nescaya anda tidak dpt mengucap...
Hakikatnya, masyarakat Islam di Malaysia lebih menyayangi saudara2 di Palestin sana berbanding saudara2 seagama dan sebangsa di bumi sendiri...brapa banyak tabung kutipan dan dana yg disalurkan utk membantu saudara2 kita seperti Encik Latif dan Mashud di atas berbanding tabung2 dan dana membantu rakyat Palestin??? Lebih ramai yg snggup join MERCY ke Tebing Barat, Khan Younis, Gaza etc atas nama jihad kononnya tp berapa ramai yg snggup utk masuk ke kampung2 dan setinggan2 di Kuala Kedah umpamanya dlm merawat anak2 bangsa yg ketagihan dadah??? Apakah tidak dikira jihad klau kita membantu saudara sebangsa dan seagama yg ketagihan dadah??? Aku x persoalkan ibadat@niat tulus dlm membantu saudara seagama di Palestin sbb itu pon tanggungjawab kite gak, tp yg aku nk timbulkan kt cni adalah ttg ketidakseimbangan dan ketiadaan equilibrium dlm soal bantu-membantu ni...bile timbul je isu Palestin, suma terbakar dan bersemangat membantu...klau bleh, suma duit dlm account nk bagi...tp bile timbul isu2 yg berkaitan kesusahan dan kesempitan hidup golongan marhaen Melayu cm isu adik Nurul Nasuha(ada dlm entry aku sebelom ni) serta saudara Ahmad Khariri yg x terbela setelah menghidap komplikasi drpd pemindahan hati, berapa ramai pihak yg bangkit memperjuangkan nasib diorg??? Inilah yg dikatakan dlm peribahasa Melayu, "Anak beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...Alangkah bagusnya klau sedikit bantuan dan dana drpd tabung2 Palestin itu dpt disalurkan dkat diorg nih..at least kuranglah sikit beban diorg...
Dlm entry2 aku sebelum ni yg berbaur politik, aku ade menyindir golongan2 tertentu dgn ckap, "Isu2 lain xmau amek tau, tp isu naek berkuasa yg jadik perhatian"..lebeh kurang cm2 aa ayat aku..so, apelagi, byk laa org bidas@kutuk@bashing aku..xpelaa, tu hak korng...tp tu laa hakikatnye..isu2 penting ttg rintihan dan penderitaan anak2 bangsa tak diamek perhatian..cthnye isu dlm artikel ni laa..cm aku ckap kat atas, isu nih mmg dah lame sgt disuarakan, tp xde sebarang tindakan yg diamek...org Melayu lebeh suka respon kt isu2 yg ada kepentingan kt parti politik diorg serta isu2 panas yg terkena batang hidung sendrik...bile terkena batang hidung, amboiii cepat benar respon nk pertahan diri...aku xmau pegi jauh, cukup laa dgn cth2 kt blog aku nih sendiri...bile tgok pattern dan pola ttg respon pembaca2 kt blog aku nih, ramai giler babs yg bg respon kt entry2 berbaur politik serta yg tibai geng2 usrah, tmbah plak bile entry2 tuh kutuk parti politik diorg dan kebetulan diorg nih geng usrah pulak...tp yg sedehnya, x ramai yg baca even pandang entry2 yg bercorak 'lenient' dan perlukan perhatian cm 'A tribute to man who enlightened the world', 'Bantulah adik Nurul Nasuha' dsb...pola dan situasi nih mmg sama ngan ape yg terjadik kt dunia politik Malaysia...retorik masing2 berapi, sama ada dr pihak kerajaan atau pakatan rakyat..masing2 berbuih mulut nk perjuangkan nasib bangsa dan agama...tikam sana tikam sini..baring sana baring sini... tp hakikatnya masing2 bertindak atas kepentingan periuk nasi dan survival parti politik sendiri...amat payah mencari erti keikhlasan..masing2 lebih suka mencarik perbezaan berbanding persamaan...org PAS semayang kt surau PAS, org UMNO semayang kt surau UMNO...kenduri org UMNO xleh pegi...sembelihan org UMNO haram dimakan...org PAS wahabi, bukan ahli sunnah wal jamaah...anak org UMNO xleh kawen ngan anak org PAS...yg jadik mangsa, bangsa dan agama sendirik...x malu ke bila anak2 Melayu sendirik jumpa Datuk Michael Chong, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA sbb nk mintak bantuan...bila ditanya sbb ape x carik pertubuhan2 Melayu dan Islam, jawapan senang; Orang2 Melayu byk sgt birokrasi dan politik kepartian... bangsa dan agama laen bertepuk tangan...yg hanyut terus hanyut, yg alim terus beri`tikaf dlm masjid 24 jam atas alasan nk kekang nafsu lawwamah dan takut terpengaruh dgn maksiat2 yg berlaku...Woww!! bagus..bagus..teruskan laa eh berpikiran cmnih...bangsa dan agama kt luar tembok masjid tu dah hampir hancur korng masih ber'ana' , ber'enta', ber'antum'....senang cite, 'ignorance is bliss' aaa kn???
Teruskan Bergaduh Wahai Bangsaku!!!



