Thursday, June 25, 2009

Datangkan Dengan Alternatif

Radix Fried Chicken Shahab Perdana


Tym nk g kl utk join konvensyen 'Berakhirnya Agenda Zionis' awal bulan 5 aritu, aku amek bas dr stesen Shahab Perdana, Alor Setar(Tima kasih bebanyak Ustaz Zizan sbb amek effort tukarkan 'Alor Star' ke perkataan asal, 'Alor Setar')...sementara tnggu bas tuh, aku isi laa perut nih dkat restoran Radix Fried Chicken yg terletak dkat je ngan stesen bas tuh...sememangnya, produk 'Radix' mula dikenali ramai bertitik-tolak dr iklan kopi Radix 'Mai Sechawan' tuh...sblom nih pn, aku dh denga byk laa suggestion utk makan kt Radix Fried Chicken tuh...ramai ckap sedap...dgn bertemakan warna oren, mmg kebanyakan menu yg disediakan tuh ala2 KFC laa...menu ayam tuh kite bleh pilih 'Original'@'Spicy'...ade plak 'Weed Potato' ngan 'Coleslaw'...tmbah plak, ayam yg digunakan tuh ayam organik...ape tuh ayam organik??aku malas nk xplain byk2...google sudeh...bile makan je, mmg sedap laa...aku x tipu...mmg kualiti dan rasa ayam tu mmg setanding ngan KFC laa(nih citarasa aku, korng aku xtau laa)...tp 'Weed Potato' ngan 'Coleslaw' tuh agak 'kureng' sket...tp aku percaya, kualiti bleh dipertingkatkan lg...pilihan air tuh ade byk...antaranya Radix Cola ngan Radix Koko...rasa pn bleh tahan...harga pn bg aku reasonable laa..sbb guna ayam organik kan...tp bg aku ayam organik nih 1 pilihan yg bagus laa..memandangkan ayam2 konvensional dlm pasaran kite skang nih mmg byk masalah...suntik sana...suntik sini...sepanjang dkat setengah jam lepak dlm restoran tuh, aku dpt nmpak sambutan yg sgt menggalakkan...mmg x putus org dtg beli...tp ramai yg packing laa...bukan Melayu je yg beli, bangsa lain pn aku tgok ramai yg beli gak...mungkin dlm suasana boikot produk Yahudi dan Amerika nih, Radix Fried Chicken nih dpt merasa 'tempias' sekali...dr sejarahnya, Radix Fried Chicken nih merupakan anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd(milik bumiputera Muslim sepenuhnya) yg mmg terkenal dgn penjualan produk2 herba dan barangan2 kesihatan...setakat nih, Radix Fried Chicken nih beroperasi dkat Alor Setar dan Sg Petani...dan dlm usaha utk menambah cawangan dkat negeri2 yg lain...Maklumat lanjut psal Radix Fried Chicken nih bleh didapati dkat cni:


Terus-terang ckap, aku sgt bangga sbb adanya usaha dr syarikat bumiputera Muslim utk menyediakan alternatif 'fast food'kpd rakyat Malaysia yg sememangnya gila 'fast food' nih...dan kualiti tuh mmg bleh 'celen' francais2 Amerika dkat Malaysia nih...Alternatif nih sememangnya tersangatlah penting...dlm entry2 awal aku pn, aku selalu ckap psal 'Alternatif' nih...bg aku, kita xleh semata-mata ckap 'Boikot Boikot Boikot dan terus Boikot' tanpa sediakan alternatif dan pilihan kpd masyarakat Malaysia yg sememangnya xleh lari dr 'fast food' nih...tym isu boikot nih tgh hangat, aku selalu laa bukak forum2 yg diskas psal boikot nih...mmg masing2 semangat laa suro boikot McD, Starbucks, KFC dsb...ade yg ekstrem, siap maki2 lg pekerja2 francais tuh...ckap lebeh kurang mcm ni laa, 'Korng yg kerja dkat sana samalah mcm membunuh kanak2 Palestin' etc...dan ade gak yg ckap, "Alaa...x makan kt francais2 tu, x mati pon..."

Aku xmau ulas byk psal nih...bg aku personally, mmg laa x mati pon kalau x makan 'fast food' nih...tp skarang nih aku berckap thru logik dan realiti masyarakat Malaysia nih...mmg xleh dinafikan, masyarakat kita especially yg lahir dlm dekad 80an nih mmg dibesarkan ngan francais2 Barat nih...seolah-olah mcm dh jadik darah daging masing2...analoginya mcm ni laa...apa yg kita rasa kalau seminggu x menghadap internet dan Facebook??? X mati pon kalau seminggu x menghadap internet...ye x???Tp rasa janggal x??Samalah dgn kes 'fast food' nih...mula2 tuh mmg laa ok..tp bila dh sebulan dua, pasti meleleh air liur itu...psal pekerja2 dkat francais2 tuh, bg aku bukanlah caranya utk maki2 diorg mcm tu...mungkin org yg maki2 tu pn masih menyedut duit2 biasiswa kerajaan dan memerah duit mak bapak, xpn kalau dh bekerja pn, sek2 nih for sure kerja ngan kerajaan...aku pasti kalau ditanya dkat pekerja2 francais nih, diorg pn akan rasa bersalah...tp kita xleh salahkan diorg nih 100%...dgn kegawatan ekonomi dan lambakan pekerja yg diberhentikan, sapa nk bg makan anak bini dkat umah, bayar sewa rumah dan sekolah anak2 kalau diorg berhenti??Faktor ni pn kita kena consider jugak sebelum maki diorg ikot sedap kita je...kalau yg bising2 maki tuh bleh sediakan kerja dkat pekerja2 nih, bagus laa jugak...nih pakai maki kosong je...ape barang...

Sbb tu laa, masalah2 dkat atas hanya dpt diatasi klau kita umat Islam dpt bina kekuatan ekonomi dan francais sendirik dan berhenti bergantung dkat francais2 Amerika nih...smpai bila kita nk bergantung dkat Starbucks, McD, Dunkin Donuts dsb dlm menyuapkan bangsa kita??Kesedaran kita bangsa Melayu Islam nih kpd jihad ekonomi masih kurang...tp dkat isu politik dan kekuasaan nih bukan main responsive...jgn dikutuk parti aku, mati kau...isu milikan Bumiputera 30% yg x tercapai smpai skang terus dipandang sepi...yg jadik perhatian isu lompat, tukar Menteri Besar dan kutuk parti lawan...masing2 berebut nk jawatan dgn alasan 'Nabi dulupun pemimpin Madinah' walhal Nabi sendirik pn dh bersabda;

"Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya." (Riwayat al-Bukhari)

Tp dlm masa yg sama, x pernah terpikir pn nk smbung legacy Nabi sebagai 'businessman' yg berjaya...walhal perniagaan nih sangatlah digalakkan oleh Nabi dgn bersabda bahawa 9/10 dari punca rezeki adalah perniagaan...

Mayb ramai yg penah denga psal Al-Arqam...walaupun difatwakan 'sesat', tp bg aku, byk kebaikan yg kita boleh ceduk dr perjuangan organisasi nih...selain hubungan persaudaraan yg cukup kuat sesama ahli, Al-Arqam lah organisasi pertama dkat Malaysia nih yg melakukan jihad ekonomi dan mengangkat martabat Islam di bumi Malaysia dlm bidang ekonomi...yg mana sebelum nih, org2 Melayu yg beragama Islam terpaksa bergantung kpd produk2 bangsa lain yg diragui tahap ke'halal'an dan syubhah...dari byk kisah yg aku denga dr perjuangan 'Al-Arqam' nih, no wonder laa tahap ekonomi organisasi nih sgt kukuh sbb jihad ekonomi mmg diletakkan sbgai priority perjuangan diorg...

Owh ye, aku x dpt apa2 kelebihan pn dgn mempromote Radix Fried Chicken nih...xde family member aku yg kerja dkat ctu, ataupun ade kakak cashier cun yg jaga kaunter...tp sebagai seorng Melayu yg beragama Islam, aku sgt bangga dgn kemunculan entiti2 bumiputera Muslim yg cuba menyediakan alternatif 'fast food' kpd rakyat Malaysia bg mengurangkan kebergantungan kpd francais2 Amerika...dan secara x langsung, meningkatkan kekuatan ekonomi Bumiputera...apa peranan kita???Senang. Instead of penuhkan blog kita dgn produk2 yg perlu diboikot, kita listkan jugak produk2 alternatif sebagai ganti kpd produk2 Yahudi tu...nih jugak sbgai 1 cara kita utk mempromosi produk2 bumiputera Muslim...aku percaya kalau sambutan yg menggalakkan dr masyarakat, lebeh byk lg francais2 bumiputera Muslim akan tumbuh selain Radix Fried Chicken nih...kalau Radix Fried Chicken nih dimodelkan drpd KFC, insyaAllah akan wujud francais2 lain yg dimodelkan drpd Starbucks, McD dsb...nih secara x langsung akan menyediakan peluang2 pekerjaan dkat rakyat Malaysia yg masih bekerja dkat Starbucks, McD dsb...

Ini mengingatkan aku dkat kisah yg berlaku pd kaum Al-Asy'ariyin(kaum Abu Musa al-Asy'ariyin) yg sentiasa membantu sesama diorg...Nabi S.A.W ada memuji diorg dan dlm 1 sabda Nabi;

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis nih menerangkan ttg kepentingan sikap bantu-membantu dlm keadaan terdesak yg sgt dituntut oleh Syarak...Demikianlah membeli barangan Muslim dlm keadaan kekuatan ekonomi yg x berpihak kpd umat Islam sama ada di Malaysia ataupn global...Ini bukanlah menggambarkan sikap jumud dan taksub dkat puak...Kata Syeikh Muhammad Al-Mubarak dlm menghuraikan hadis di atas;

Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa`id `ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut).

Sbb tu laa, selagi kita x dpt bina kekuatan ekonomi sendiri, smpai bila-bila pn umat Islam akan ditindas dan lemah...tindakan boikot tuh hanyalah bersifat sementara dan bukanlah segala-galanya...dan kita sendirik pn sedar, kebanyakan umat Islam hanyalah 'hangat-hangat taik ayam' dlm memboikot ni...Maulana Abu Hassan Ali al-Nadwi pernah mengkritik dunia Arab dgn mengatakan;

“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..” (Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah).

Owh ye, aku ade sikit info psal KFC nih...dlm majalah 'i' keluaran April 2009, ada 1 wawancara dgn Tan Sri Ali Hashim(CEO Johor Corporation) bertajuk 'Jihad Ekonomi'...utk pengetahun ramai, KFC Holdings(M) Berhad adalah milik Kulim(M) Berhad...Kulim Berhad nih plak merupakan anak syarikat Johor Corporation...So, menurut Tan Sri Ali Hashim nih, KFC Holdings adalah milik Malaysia sepenuhnya dan tiada sebarang keuntungan yg diberikan dkat Amerika mahupun Israel...KFC just menggunakan nama...dan KFC Malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama...ada diceritakan ttg perjuangan beliau naik turun mahkamah utk memastikan KFC Malaysia x terlepas ke tangan bangsa lain...n setelah KFC menjadik anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya iaitu Tan Sri Ali Hashim nih tgh berusaha utk membeli KFC di US...bg aku, ini merupakan 1 usaha yg sgt murni dan memerlukan usaha menyeluruh dr semua pihak...walaupun jalan nmpak masih pjg, tp x mustahil satu hari nnt Johor Corporation dpt beli keseluruhan saham KFC dkat US...so, apa yg aku nk smpaikan dkat cni??? Terpulanglah dkat masing2 utk menilai balik...nk boikot atau x KFC Malaysia nih, terpulang dkat masing2..aku xde bg share pn dlm KFC Malaysia nih...duit korng,perut korng...tp 1 nasihat aku; Boikotlah dgn berhikmah...ketahui lah dgn mendalam ttg suatu menda yg kita nk boikot tu...jgn jadik pak turut dan mengikut x tentu pasal...

Dlm 'Domino's Theory', ada disebutkan;

"The collapse of 1 factor, will bring the collapse of another factor"

Mksud teori nih, ada 1 faktor penting yg mempengaruhi faktor2 lain...so, cariklaa faktor penting tuh bg mengawal faktor2 yg laen...percaya atau x, faktor 'Ekonomi' lah yg merupakan faktor terpenting tuh...bila 'ekonomi' dh dpt dikawal, maka faktor2 lain mcm politik, kebudayaan, sains teknologi dan ketenteraan akan follow skali....inilah yg direalisasikan oleh golongan Yahudi Zionis zaman sekarang...bilamana dgn mengawal 'ekonomi' global dan US, secara x langsung dasar2 luar US akan dikawal...antaranya ialah 'Serangan 27 Disember 2008' ke atas penduduk Palestin oleh tentera Israel...insyaAllah kalau ada masa, aku akan cerita psal menda nih dlm next entry...


Keusahawanan Kerjaya Pilihan!







7 comments:

  1. Makanan organik ni kalau tgok dari zahirnye mmgla nampak macam bebas dari chemical, hormon dll. Tapi ade jgk disadvantage die.

    1)Sayur dan buah organik ade kemungkinan yang amat tinggi utk dpt salmonella. Nape? sbb die pakai fertilizer asli (taik lembu). So..make sure ko basuh btol2.

    2)Tanaman organik memberi hasil yang kurang bagi setiap hektar bbanding tanaman moden yg pki chemical fertilizer &racun serangga. Ni bermaksud, utk hasilkan produk yang banyak, lebih byk hutan tpaksa ditebang utk penanaman. Ni boleh menjejaskan alam sekitar.

    3) Sesetengah org igt bile die mkn mknn organik die selamatkan dunia (sebab racun serangga,racun rumpai merosakkan tanah). Masalahnye die lupa kadang2 mknn organik ni diimport dari negara yg sgt jauh,mkneny transport utk bwk ke negara korg je dah hasilkan CO2 yg sgt byk,smpi hilang objektif alam sekitar tuh.

    Kahkahkah. Aku blom bace lagi artikel ko sbnrny.Saje mlas stdy..

    ReplyDelete
  2. Oh ye..ade lagi. Ade org igt makan makanan organik boleh elakkan cancer. Maybe. tapi statistik pon menunjukkan kalau ko makan makanan yang pelbagai (sayur2 & buah2), ko bleh dpt manfaat yg sama. Tanaman komersil hasilkan buah& sayur yg byk dari kos yg rendah. So harga pasaran lbih murah dari organik. Jadi ko bleh bli lbih byk jenis makanan dari tanaman komersil bbanding tanaman organik..Thus ko still bleh elak cancer dgn mkn mknn komersil yg pki chemical.

    Ni sume aku bace lame dulu. tak silap aku btolla kot

    ReplyDelete
  3. Ape yg ko ckap kt atas tu betul...ana ma'aka...mmg setiap benda hatta makanan pn, ada pro n con...yg pnting kita pilih the least of the baddest...tp dlm konteks kt atas, aku ckap psal ayam organik...byk artikel dh kuar psal perusahaan ayam organik dkat Msia nih...dipelopori oleh Dr Zainal Abidin yg dulunya seorg medical doktor, tp dia pilih utk fokus sepenuhnya dkat perniagaan ayam organik nih...dlm konsep ayam organik nih,ayam2 tuh diberi makan sumber2 semulajadi dan yg paling bestnya, ayam2 tuh didengarkan dgn bacaan Al-Quran...die tiru konsep ayam organik yg dh popular dkat Jepun lama dah...tp dkat Jepun, ayam2 tuh didengarkan dgn bacaan2 mantra Buddha dan lagu2 klasik cm Beethoven, Johann Sebastian Bach dsb...kalau ikut kajian saintifik, muzik nih bukan saja mempengaruhi pertumbuhan haiwan, tp tumbuhan jugak...

    ReplyDelete
  4. correction:
    i think it's not weed potato,but whipped potato,rite?
    majulah sim ban utk langkawi!!!
    yeah~~~
    :D

    ReplyDelete
  5. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  6. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete