Thursday, June 11, 2009

VAT 69


Bile disebutkan je perkataan 'VAT 69', secara jujurnya, berapa kerat antara kita yg penah denga n amek tau psal VAT 69??? Ape kaitan antara VAT 69 dgn 'Liberation of Palestine'???VAT 69 sememangnya kurang popular berbanding Hamas atau Briged Al-Aqsa, tp jasa VAT 69 tersangatlah besar dlm diri setiap insan yang dilahir dan dibesarkan di bumi bertuah Malaysia...tanpa VAT 69, mungkin kita x dpt kecapi apa yg telah kita kecapi skrang...

VAT 69(Very Able Troopers) merupakan pasukan khas polis hutan yg ditubuhkan pd 23 Oktober 1969, atas idea Allahyarham Tun Dr Ismail bagi menentang kebangkitan pengganas komunis pd era 1960an-1970an...pasukan yg dimodelkan dr team United Kingdom Special Air Service(SAS) Regiment nih ditrain ala komando utk mengekang pergerakan pengganas komunis yg bergerak secara subversif...Hakikatnya, untuk mengekang pergerakan komunis bukannya senang, sbb komunis pn ada spy team sendirik, utk mencarik maklumat ttg pergerakan pasukan2 keselamatan...So, troopers VAT 69 nih diajar utk berfikir sebagai komunis...melalui pendekatan ni lah, VAT 69@Lok Kow nih ada advantage dan lebih bijak mengatur gerak...mmg perkara nih paling ditakuti oleh pengganas komunis sbb gerak langkah n mindset diorg agak mirip ngan VAT 69...dan kisah yg paling tragis dlm episod perjuangan VAT 69 tentulah kematian Allahyarham ASP Mohd Zabri Abd Hamid, seorng pakar taktikal dan digelar 'bos' dlm VAT 69 akibat jerangkap samar dlm 1 operasi membanteras komunis dkat Grik, Perak taun 1975

Kisah lanjut perjuangan wira2 agama dan bangsa ini boleh dibaca di link: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090517090613/Article/

Dlm 1 artikel lain ttg isu kepulangan Chin Peng ke Malaysia, seorng bekas perajurit negara, dgn tegasnya berkata: 'Bawa Balik Chin Peng Menghina Kami!'

Bg Onijing@Christopher Janipol, 52, seorng peribumi Sabah, Chin Peng tak harus dibenarkan pijak bumi Malaysia walau seinci pun...kalau Chin Peng diberi ruang utk balik ke negara Malaysia, seolah-oleh perjuangan dan pengorbanan wira2 dlm pasukan keselamatan negara langsung x dihargai...Onijing jugak kudung kaki kanan akibat jerangkap samar komunis dlm 1 operasi pd 1985 di Gubir, Kedah...

Kisah lanjut boleh dibaca di link: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090531100549/Article/

Sebenanye, ade 2 isu yg aku nk bangkitkan dlm entry VAT 69 nih iaitu:

1) Wajarkah Chin Peng diberi kebenaran utk pulang ke Malaysia semata-mata atas permintaan Pengerusi Gerakan Penang, Datuk Dr Teng Hock Nan yg menggunakan alasan kemanusiaan dan mendakwa Chin Peng bukan lg ancaman kpd negara...tp aku pelik gak...sbb ape isu nih ttibe hangat mcm pisang goreng panas???Adakah wujud hidden agenda di sebalik isu nih??Atau Chin Peng nih bernilai sebagai satu bidak catur utk meraih sokongan politik??Kepulangan Chin Peng nih ade pro n con yg perlu dinilai... dlm perlembagaan mana2 negara pun, pengkhianat@'barua'@tali barut negara mesti dijatuhkan dgn hukuman mati kalau dibicarakan...tambah plak dgn status Chin Peng sbgai ketua tertinggi gerakan yg mengakibatkan huru-hara dan ribuan nyawa x berdosa menjadik korban...tp, kalau dibicarakan di Malaysia sekalipun, pihak2 yg menyebelahi Chin Peng tentu akan berjuang mati-matian supaya hukuman dikurangkan atas faktor usia dan keuzuran...dan aku percaya, Chin Peng hanya akan dikenakan tahanan dlm rumah smpai dia mati...dan ini sekurang-kurangnya, akan dilihat oleh mata masyarakat sbgai 'rest in peace'...dan ini tentunya akan menimbulkan gawat dan ketidakpuasan hati yg lebih parah dlm kebanyakan masyarakat Malaysia yg pernah menjadi mangsa kekejaman rejim Chin Peng suatu masa dlu...tmbahan, klau Chin Peng dibawak pulang, tendency utk riot dan chaos brlaku sgt laa tinggi...bukan saja riot oleh pihak2 yg pernah mnjadik mangsa kekejaman rejim Chin Peng, tp akibat fahaman 'anarchism' yg berkemungkinan disebarkan oleh Chin Peng dlm keadaan politik negara yg sgt x stabil sekarang...xde bukti kukuh yg menunjukkan Chin Peng betul2 dh insaf...mmg laa Chin Peng dh tua dan xleh angkat senjata dh, tp dia masih berbahaya pd keamanan negara sbb 'IDEA' nya yg boleh mencetuskan rusuhan dan menambahkan gelora politik yg sedia ada sekarang...kekadang, aku terpikir jugaklaa kan...ape kurangnya Allahyarham Rashid Maidin (Meninggal dunia 1 Sept 2006), dan ape lebihnya Chin Peng smpai isu kepulangan die pun nk dibesar-besarkan??? Adakah Chin Peng nih bernilai dlm meraih sokongan politik??? Kalau Chin Peng dibenarkan pulang, mmg suatu yg x adil bg Allahyarham Rashid Maidin yg menghabiskan sisa hidupnya mengajar Quran dkat Narathiwat, selatan Thailand

Dr aspek pro nye, aku x nmpak ape kelebihan bawak pulang Chin Peng…melainkan atas dasar perikemanusiaan…tp papepon, sekalipun dia dh tua, dia kena tanggung dosa dan kejahatan yg dia dh lakukan selama nih…biarlah mangsa2 kekejaman Chin Peng yg menilai sama ada die berhak dibawak pulang@x...tp bg aku personally, bile ditimbang pro n con, Chin Peng lebih layak mati dkat selatan Thailand dr possibilities of destruction yg akan die bwak kalau mati dkat Malaysia…

* Sepanjang pemberontakan bersenjata komunis dari 1948-1989, sebanyak 2500 org awam dan 1865 anggota pasukan keselamatan telah terkorban…kita titipkan Al-Fatihah kpd mereka yg gugur dlm mempertahankan kedaulatan agama Islam dan negara kita yg tercinta ini…semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman…aminn


2) Sila jawab secara jujur…berapa dalamkah kita mengenali dan mengambil tahu ttg sejarah perjuangan wira2 bangsa kita dlm menyediakan kita dgn nikmat yg telah kita kecapi sekarang (selain info2 dlm buku Sejarah PMR dan SPM), berbanding perjuangan bangsa Arab Palestin dlm menubuhkan negara Palestin yg merdeka??? Owh ye, sila jgn salah anggap statement aku nih….tolong baca smpai abes ttg apa yg aku nk smpaikan…Sbb norma masyarakat kita mmg suka menghukum terus tnpa berfikir pjg dan x meneliti apa yg org laen nk smpaikan…Dlm mindset masyarakat kita jugak, seolah-olah kita dihadapkan dgn 2 option sahaja; A atau B???Kalau cakap psal keburukan A, dah tentu kita dicop sebagai penyokong B…mcm tu lah sebaliknya…seolah-olah kita x boleh memilih C…padahal kita boleh saja memilih utk ‘tidak memilih’…cthnya;

1)Dlm entry aku sblom ni bertajuk ‘Teruskan Bergaduh Wahai Bangsaku’, bila aku cakap psal penderitaan masyarakat Melayu dan ketiadaan ‘equilibrium’ dlm soal concern kita terhadap isu masyarakat Melayu yg dhaif dan isu Palestin, ttibe aku dituduh x menyokong pembebasan Palestin…padahal hari-hari aku bukak je dan bace palestinkini n ilovepalestine.com…starbucks dan mcD pn dh lame x jejak…

2) Dlm entry2 yg berbaur politik sebelum ni, terus saja aku dilabel sbgai pro-kerajaan semata-mata ade certain part yg menunjukkan aku tibai sikap kebanyakan penyokong PR…dan pendirian aku yg menyokong pndapat Dr Asri berkaitan ‘berdiam itu lebih baik’…mcm seolah-olah aku memandang dingin akan ‘Harakah Islamiyyah’ itu sendirik…

3) Kalau ckap psal Islam, ko PAS…kalau cakap psal Melayu, ko UMNO…


Secara jujurnya, dr bersekolah asrama smpai laa di bumi Czech, dlm mana2 pengisian usrah, kuliah atau ceramah mlm jumaat yg aku follow, amat sukar utk melihat pengisian yg membicarakan untung nasib dan hala tuju bangsa Melayu (dlm skop yg lebih luas…cth: bisnes, jihad ekonomi), serta pengisian yg menyingkap kisah perjuangan wira2 bangsa dlm memastikan agama Islam masih tertegak di bumi Malaysia…seolah-olah, perkataan ‘bangsa’, ‘nasionalis’ dan ‘melayu’ itu sgt taboo dan patut dijauhi…kalau cakap psal bangsa Arab dlm usrah xpe, tp kalau ckap psal bangsa Melayu x boleh…x pasal2 kena cop ‘racist’ nnt…tmbah laa pulak kalau jemaah yg bernaung tu terang2 memegang bendera ‘Harakah Islamiyyah’... nk mati ke kalau cakap psal bangsa Melayu…kene buang jemaah baru tau…

Padahal Islam dan bangsa itu boleh diserasikan…bangsa itu fitrah, dan Islam itu hidayah…berjuang meningkatkan tahap ekonomi bangsa Melayu itu juga 1 jihad…membantu menghulurkan sumbangan dlm tabung ‘TV 3 Bersamamu’ itu juga 1 jihad…perluaskan skop jihad itu…jihad itu bukan semata-mata memberi tumpuan 100% kpd usaha membebaskan Al-Aqsa…tolong jgn salah anggap dkat cni…kita boleh melaburkan usaha dlm isu Palestin, tp dlm masa yg sama, kita laburkan juga usaha dlm memartabatkan bangsa Melayu…perlu ada keseimbangan dkat ctu…Kalau dilihat dr aspek Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu didefinisikan sebagai penutur bahasa Melayu dan beragama Islam…walaupun sebenarnya kurang tepat definisi ni…bangsa Melayu x semestinya Islam…tp kalau dilihat dlm konteks masyarakat Melayu Malaysia, msyarakat Melayu sendiri terpecah dlm beberapa kumpulan mcm Melayu Bugis, Melayu Boyan, Melayu Jawa, Melayu Pahang dsb…dan hampir semuanya beragama Islam…negara kita bukan mcm Indonesia…sbb pengertian Melayu dkat sana x semestinya beragama Islam…dan sebahagian besarnya bukan Islam mcm Melayu Batak dan Madura…so, patutkah kita memandang enteng jihad memartabatkan bangsa Melayu yg majoritinya beragama Islam dan semakin tenat sekarang?

Dlm konsep memartabatkan bangsa ni, kita x boleh simply bwat calculation mcm ni:


1)
Bangsa=Nasionalis

2) Nasionalis=Sekular

3) Islam tolak sekular

Kesimpulan: Pilih Islam, dan tolak bangsa bulat2


Atau menyamakan pilihan Islam dan bangsa nih mcm Math budak sekolah rendah…

1) 2+2=?

  1. 4
  2. 5
  3. 6
  4. 7

Yg sememangnya jawapan adalah 4…dan jawapan lain boleh ditolak sama sekali…

Ataupun bila jmpa sesetengah hadis Nabi yg menolak konsep ‘Assabiyah’ nih, kita terus bwat assumption guna kepala otak kita sendiri dan mengisbatkan perjuangan memartabatkan bangsa ini perlu ditolak bulat2 sbb x selari dgn Islam…Benarkah begitu??Maka, takrifan ‘Assabiyah’ nih perlu dilihat dr kaca mata ulama’, bukan terjemahan dari kamus DBP semata-mata…apakah konsep nasionalis dan cintakan bangsa ini mmg patut ditolak mentah2?? Aku xmau komen byk pasal nih…tp sila baca dan pahamkan betul2 chapter Dakwatuna@Dakwah Kita oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dr link berikut:

http://www.scribd.com/doc/3358019/Dakwatuna-Hasan-AlBanna


Ada perjuangan bangsa yg dibenarkan oleh Syarak, dan ada juga yg ditolak. Perjuangan bangsa yg aku mksudkan bukanlah mcm perjuangan Klu Klax Klan (KKK) di USA yg memegang doktrin ‘The White Supremacy’ dan melakukan siri2 pembunuhan kejam ke atas kaum kulit hitam Amerika…bukan juga fahaman Elijah Muhammad(Pengasas Nation of Islam USA) yg mengatakan Tuhan itu seorang berkulit hitam bg menaikkan semangat kaum Afrika Amerika yg teruk ditindas sekitar 1950an-1960an…bukan juga seperti yg terjadi di Darfur, Sudan di mana bangsa Arab Islam di sana berperang dgn bangsa Afrika Islam…perjuangan bangsa yg aku maksudkan adalah menyemai kecintaan dan rasa bangga dgn bangsa Melayu ini…rasa bangga sbb dilahirkan sbgai Melayu…dan xlaa bwat ayat2 cm, ‘I hope to be born as Arab, Kurdish or Turkish’…tp kecintaan nih bukan menghalalkan kita utk menindas dan menekan bangsa lain di Malaysia…ada hak mereka yg perlu kita tunaikan, dan mereka juga perlu hormati sesetengah ‘hak istimewa’ kita sebagai peribumi di negara ini…bila rasa kecintaan kpd bangsa ini timbul, secara x lngsung akan wujudlah jihad2 spt jihad ekonomi bertitik-tolak dr kesempitan hidup masyarakat Melayu di Malaysia, yg secara x lngsung memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini…cthnya spt yg terjadik pd Tan Sri Ali Hashim(CEO Johor Corporation)…insyaAllah nnt ada masa aku tuliskan psal beliau…

Kpd sesape yg suka melabel org laen sebagai ‘racist’ tak tentu pasal dan retorik berapi-api ckap ‘Islam for all’ dsb…sila tgok dan renung diri kita semula…sudahkah kita keluar dr kepompong jemaah kita yg majoritinya Melayu dan menyampaikan Islam kpd rakan2 non muslim(cina, india etc)…owh ye, penyampaian yg aku maksudkan bukanlah dr formal presentation cm talk@convention etc…tp informal presentation…dlm erti kata lain, sbgai seorng sahabat yg betul2 berharap sahabat non-muslimnya itu akan menerima hidayah suatu hari nnt…kalau xde upaya pn, berdoalah at least mcm ni, ‘Ya Allah, sesungguhnya suatu hari nnt engkau bukakanlah pintu hati sahabat2 ku yg non muslim ya Allah…aku tidak sanggup melihat sahabat2 ku itu menjadi kayu bakar di neraka kelak ya Allah…’ Sile renungkan kembali…kalau x pernah, maka sesungguhnya andalah racist yg paling besar!


Dlm lagu ‘Semangat Yang Hilang’ kat atas, aku paling suka part ‘Dalam kubur manapun jasad aku ditanam, aku akulah jua…’ Tepat sekali…smpai mati pn, aku tetap seorang Melayu…dan aku xkan menjadi seorang Arab,Caucasian, Kurdish, Turkish ataupun Persian…aku xkan sanggup tgok bangsa aku melarat dan mengemis di bumi sendirik…insyaAllah dlm entry2 akan dtg, aku akan ceritakan lebih byk ttg bangsa Melayu dan jihad2 ekonomi yg dilakukan oleh Tan Sri Ali Hashim, Tan Sri Mustapha Kamal(Presiden syarikat hartanah MK Land), Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tun Daim Zainuddin dsb…dan kpd rakan2 sekalian yg membaca tulisan aku nih, sama ada anda bertaraf mad’u atau tak, mungkin aku bukan org yg sesuai utk menasihati atau memberi cadangan kpd korng semua…tp tolonglah banyakkan pengisian2 berkaitan jihad bangsa yg memartabatkan Islam di bumi Malaysia secara tak langsung dlm program2 korng…insyaAllah kita dapatkan balik ‘Semangat Yang Hilang’ itu…


Warisan Darah Perwira!


2 comments:

  1. So..aku tensen betoi arini bila baca Malaysiakini: Anwar cakap benarkan Chin Peng pulang. Chis..!!Ko mesti nak dapat sokongan politik nih!Siot!
    Sekali Anwar kua hujah "Masa pembukaan Mekah dulu Nabi maafkan sume kafir Quraisy yg pnah penaya umat Islam". Betoi jugak tuh..Hm..

    Masalahnya kita ni bukanla orang2 yang penah masuk utan berbulan2 utk tewaskan pengganas komunis nih.Bukan bekas2 mangsa komunis yang kena sembelih idup2 tuh. So cane?Ha..rumit tuh

    ReplyDelete
  2. Tu laa..betol laa mcm ko ckap, kita bukan penah masuk utan n kudung kaki sbb perang ngan komunis tuh..n kita pn xde family member yg mati sbb komunis tuh...so, kita kena paham perasaan diorg yg penah jd mangsa kekejaman komunis..kalau kita jadik diorg, mungkin kita akan berdendam smpai skarang n xkan mudah2 maafkan Chin Peng tuh...

    Psal Anwar Ibrahim tu, aku xtau ape hidden agenda die...mungkin die ikhlas sbb kesiankan Chin Peng tu..Wallahualam...tp, kalau dia keluarkan hujah pasal Fathu Makkah tu, dia kena pikir gak sirah dari Perang Ahzab@Khandak...

    Kita kena paham konsep 'HIKMAH' nih...hikmah x semestinya kita kena berlembut sepanjang masa..ada tym kita kena keras gak...dan Nabi S.A.W lah manusia yg paling berhikmah dlm dunia nih aku rasa...mcm mana Perang Ahzab nih bleh berlaku??kalau ikotkan sirahnya, Perang Ahzab(4 H) nih terjadik setelah Nabi halau Yahudi Bani Nadhir dari Madinah setelah diorg bwat attempt bunuh Nabi...bila dihalau, diorg jmpa puak2 Musyrikin Makkah dan bergabung utk serang Madinah...tentera kuffar yg seramai 10 000 org nih kepung Madinah dan semua org pn tau yg Nabi dan org Islam bwat parit keliling Madinah, utk halang kemaraan tentera kuffar nih...tp, dlm kekalutan nk kekang musuh dr luar, tentera2 Islam jadik kalut gak sbb Yahudi Bani Quraizah tiba2 berpaling tadah dan attack dr dalam...dgn izin Allah, tentera Islam menang dlm perang tu...

    So, ape jadik ngan Bani Quraizah yg khianat nih??Nabi S.A.W sedar yg diorg nih x boleh diusir dr Madinah saja..sbb pengkhianatan diorg nih sgt laa besar dan kemungkinan diorg akan bergabung dgn tentera2 dr luar utk menyerang Madinah pd masa akan dtg...so,Nabi lantik Saad Bin Muaz utk jadik hakim n adili kes nih...bila dibicarakan, keputusannya adalah: "Lelaki bangsa Quraizah dibunuh semua(yang bersalah, harta benda dirampas dan anak2 dan perempuan ditawan"

    Ade 2 point yg penting kt cni:
    1) Sbb apa Nabi halau Bani Nadhir dr Madinah bila diorg attempt bunuh Nabi???Kita mmg tau Nabi seorg yg pemaaf...sbb ape Nabi x maafkan je Bani Nadhir tu?
    2) Sbb apa Bani Quraizah dihukum bunuh??Kalau nk dikirakan pemaaf nya Nabi, sepatutnya Nabi maafkan aje laa diorg nih...ye x??

    Inilah yg dikatakan 'Duri dalam daging perlu dicabut'...sbb Nabi xmau kemaslahatan dan kemungkinan bahana yg lebeh besar puak2 Yahudi nih akan buat...bg aku personally, ada certain occasion kita boleh maafkan seseorg tuh, dan ada jugak occasion yg kita perlu hukum seseorg tuh sebagai pengajaran dkat dia... sbb tu kena timbang pro n con...baru buat decision lpas tu..aku xtaulaa org laen judge isu nih cmne...tp bg aku, aku lebeh nmpak byk keburukan berbanding kebaikan kalau Chin Peng nih balek...xtaulaa ko cmne??huhu...

    ReplyDelete