Sunday, May 31, 2009

Filem Kita Wajah Kita


Dlm bulan Januari aritu, mmg selalu dengar kt radio2 tempatan 2 lagu nih; Laskar Pelangi(Nidji) ngan Disampingmu(Divine Masters)…bukak2 je radio either Era@Hot FM, mmg dua lagu nih laa yg slalu jadik halwa telinga…dan aku dpt tau yg lagu Laskar Pelangi tuh merupakan OST sebuah filem Indonesia ngan tajuk yg sama, ‘Laskar Pelangi’…Bile tgok je list actor yg brlakon filem nih cm Slamet Rahardjo, Mathias Muchus n Alex Komang, aku mmg dah agak filem nih mmg 1 filem yg hebat pnye…sebenarnye, filem nih diadaptasi dr novel tulisan Andrea Hirata jugak ngan tajuk yg sama…mayb ramai yg xtau, novel ‘Laskar Pelangi’ nih ade sekuel iaitu ‘Sang Pemimpi’, ‘Edensor’ n ‘Maryamah Karpov’ yg menceritakan kesinambungan ape yg terjadik dkat 10 org budak tuh…n novel ‘Laskar Pelangi’ nih tercatat sbagai novel sastera Indonesia yg terlaris dlm sejarah...Eventually, filem ‘Laskar Pelangi’ nih mengisahkan 10 org budak dr family miskin yg bersekolah di SD(Sekolah Dasar) n SMP(Sekolah Menengah Pertama) Muhammadiyah yg terletak dkat Pulau Belitong(sebuah pulau di pantai timur Sumatera)…keadaan yg serba dhaif n kekurangan memaksa sekolah tuh utk ditutup mula-mulanya, tp tym Pak Harfan(pengetua sekolah tuh) nk umumkan penutupan sekolah tuh, Harun n mak die dtg register last minit n dh cukupkan kuota minimum 10 org pelajar kt sekolah tuh…so, sekolah tuh x jadik tutup laa…filem nih mengisahkan susah senang, pahit maung n kecekalan 10 org student kt sekolah tuh yg terdiri dr pelbagai kaum n cekgu2 diorg yg x letih mendidik diorg…antara kedhaifan dlm filem nih digambarkan ngan Lintang yg terpaksa mengayuh basikal sejauh 80 km utk ke sekolah…tp, dlm kedhaifan n kesusahan menuntut ilmu, keberkesanan pendidikan kt SD Muhammadiyah tuh terbukti bile Lintang berjaya mengalahkan Drs Zulfikar, sorng cekgu dr sebuah sekolah kaya dlm 1 pertandingan…n ending cite agak menyedihkan gakle, bile Lintang yg genius terpaksa berhenti sekolah sbb bapak die meninggal, n flashforward 12 tahun kemudin, bile Ikal balek ke pulau Belitong…dlm 1 temubual, Riri Riza, direktor filem nih bgtau yg 10 org budak yg berlakon dlm filem nih mmg anak tempatan Pulau Belitong tuh…sbb tuh, dialek yg digunakan mmg nmpak natural n semula jadi…

Bg sesape yg follow filem2@sinetron2@hasil seni dr tanah seberang(Aku salah sorng), mmg akan sedar yg terlalu byk karya seni diorg yg mendidik jiwa dan kemanusiaan…mmg byk jugak filem2 cinta diorg yg ‘kosong’ cm ‘Heart’ n ‘Love is Cinta’, tp wujud ‘check n balance’ serta keseimbangan ideologi dlm lambakan2 filem diorg…even bg aku personally, filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ tuh bukan 1 kisah cinta yg ‘kosong’ sbb diorg promote sastera Indonesia dlm filem tuh sendiri…mayb nih ade kaitan ngan kata2 akhir Bung Karno selepas digulingkan dlm Gerakan 30 September(Gestapo), “Minta jangan diapa-apakan golongan-golongan seniman dan karyawan ini.




Clip bertajuk ‘Gie’ kt atas adalah nyanyian Okta dan Eross(Gitaris Sheila On 7), n merupakan OST movie dgn tajuk yg sama. Filem ‘Gie’(2005) lakonan Nicholas Saputra(Rangga) nih mengisahkan aktivis politik n pecinta alam Indonesia bangsa Tionghua bernama Soe Hock Gie(1942-1969) yg diangkat dr buku ‘Catatan Seorang Demonstran’ karya Gie sendirik…Filem yg merangkul award ‘Filem Terbaik’ dlm Festival Filem Indonesia 2005 nih mengisahkan perjuangan Soe Hock Gie yg tak toleran kpd ketidakadilan sistem pemerintahan Bung Karno n mengimpikan negara Indonesia yg didasari dgn keadilan n kebenaran yg sejati..Antara kata2 die yg ckup stylo adalah;

Lebih baik diasingkan daripada menyerah terhadap kemunafikan…

Tp semangat die nih acapkali disalah anggap oleh sahabat2 die yg slalu tnye, “Untuk apa semua perlawanan ini?” dan dijawab oleh Gie, “Kemerdekaan sejati dan hak-hak yang dijunjung sebagaimana mestinya, ada harga yang harus dibayar…” Dan part yg paling menarik dlm movie nih bilamana byk ‘interest group’ yg berusaha utk melobi Gie utk support kempen2 diorg, n musuh2 die yg semangat menggunakan setiap ruang yg ada utk menjatuhkan die…

Saranan aku, klau korng ade mase, try usha n tgok filem nih…mmg byk msg psal perjuangan yg terkandung dlm filem nih…x rugi laa tgok…

Berbalik dkat negara kita…adakah industri filem@hiburan negara kita berjaya menghasilkan filem2 yg mendidik jiwa dan kemanusiaan??? Mayb ada…tp x byk…kalau ada pon, filem2 cmtuh mmg x mendapat tmpat dlm carta pecah panggung…silap2 x pulang modal pon…x smpai setaun, dh tayang dlm slot Raya Aidilfitri dkat RTM…sbb tu laa produser2 n sutradara2 lebeh suka hasilkan filem2 yg ‘sampah’ dan xde mesej, tp dpt permintaan yg tnggi di kalangan penonton2 filem tempatan…kategori yg paling popular sudah semestinya cite ‘Jiwang@Cinta’ n ‘Hantu’…latest, ade unsur2 ‘Drift’ n lumba keta…bukan saje filem, tp drama2 yg bersepah dkat RTM, Media Prima n Astro jugak pakai formula nih…kalau drama psal dunia korporat, xsah kalau xde Ahmad Tamimi Siregar@Jalaluddin Hassan…sembang projek paling kurang juta-juta…kalau cite hantu tuh, xsah kalau xde Khatijah Tan…tmbah plak, muka bomoh jahat yg puja hantu mesti x bersih langsung, mata hitam dan pakai baju warna hitam…sgt stereotype…mmg byk debat2 antara golongan karyawan n penggiat seni tempatan yg menyimpulkan; Industri filem kita semakin mundur dan kebelakang…Walaupon byk muka baru yg masuk ke dlm industri seni thru program2 hedonisme cm AF, OIAM, Malaysian Idol n yg terbaru nih, ‘Anak Wayang’, realitinya kualiti industri filem kita semakin merudum walaupun kita penah mencapai status ‘Hollywood’ taun 1960an-1970an dulu…naseb baek ada Upin Dan Ipin =D

Tp adakah negara kita kekurangan karya2 sastera yg berkualiti??? Bg aku personally, NOPE!!! Sbagai seorng peminat sastera dr kecik n tym bwat kajian utk EE Malay, mmg aku akui, karya2 sastera Malaysia sgt gempak n superb…tp just x diangkat ke layar perak n fully exposed to public…byk diangkat kt pentas2 teater je..n paling tnggi pon, pementasan dkat Istana Budaya(IB)…aku amek 1 cth paling senang n kebanyakan org tau; Novel Salina karya A.Samad Said…novel nih mmg dh diakui mencapai tahap ‘cult’ n even disimpan dkat National Library of Australia…tp yg paling mengagumkan, novel nih ditulis oleh A Samad Said tym die baru umur 24 taun…tym kt KMB dlu, aku mmg igt nk bwat novel nih sbgai kajian utk EE Malay, tp dh ade org laen yg buat…so, aku terpaksa revert ke karya beliau yg 1 lg; ‘Di Mana Bulan Selalu Retak’…kpd sesape yg belum membaca novel Salina nih, aku strongly suggest korng supaya baca novel nih…sbb mesej2, pembangunan watak n kritikan sosial@masyarakat yg sgt mengharukan n terkesan dlm ati…overall, novel nih mengisahkan survival penduduk2 Kampung Kambing, Singapore yg berbeza backround pasca Perang Dunia Kedua…dr Hilmy(seorang pelajar) hinggalah ke Salina(seorang pelacur yg berhati mulia)…bilamana kedhaifan n kesusahan hidup mengajar manusia utk saling membantu dan melakukan apa saja utk survival hidup…Dlm 1 wawancara dgn Sahidan Jaafar utk majalah ‘Mastika’, A Samad Said mengakui antara faktor keberkesanan penyampaian die dlm novel ‘Salina’ tuh adalah disebabkan pengalamannya sendiri yg membesar di Singapore dlm kedhaifan perang…n watak ‘Hilmy’ sebenanya merujuk kpd dirinya sendirik(‘Hilmy’ merupakan nama pena A Samad Said dlm karya2 die selain ‘Isa Dahmuri’, ‘Jamil Kelana’, ‘Manja’, ‘Mesra’ n ‘Shamsir’ )…n watak ‘Salina’ tuh sememangnya wujud…menurut A Samad Said, Salina lah yg berjasa besar dlm membantu menyekolahkan die dkat Singapore sbb tym tuh kehidupan die mmg sgt dhaif…n die mmg bersimpati ngan Salina sbb die terpaksa menjadi pelacur atas desakan hidup bertitik-tolak dr masa lepas die sbgai hamba seks tentera Jepun…Bila ditanya oleh Sahidan adakah die malu mengenal Salina?? A. Samad Said jawab yg lebeh kurang mcm ni laa, “Tiada apa yang nak dimalukan dengan Salina…malah saya bersyukur dapat ditemukan dengan seorang wanita yang berhati mulia seperti Salina…disebabkan Salina, saya menjadi orang yang berpendidikan seperti sekarang…walaupun desakan hidup akibat perang, Salina tidak mementingkan diri dan membantu membayar yuran persekolahan saya, walaupun kami tidak mempunyai pertalian kekeluargaan pun… Salina menjadi pelacur bukan atas kehendaknya sendiri, tp disebabkan desakan hidup dan masa lepasnya sebagai hamba seks tentera Jepun…”

Tp papepon, bg aku personally, produser2 filem n penggiat2 seni xleh disalahkan 100% ...sbb diorg pon nk carik makan gak…so, kena laa carik tema filem yg menepati demand pasaran@mainstream....x guna gak kalau hasilkan filem2 yg berkualiti tinggi, tp anak2 n bini dekat umah x cukup makan…masalahnye mungkin mentality kebanyakan masyarakat kita yg sukakan filem2 yg sarat ngan hiburan semata-mata n x perlu pikir panjang ttg mesej yg nk disampaikan…selagi mentality nih x diubah, kemungkinan utk kita tgok lambakan filem yg mendidik jiwa dan kemanusiaan nih dlm industri seni kita xkan dicapai dlm masa yg terdekat nih…Bak kata pepatah;

‘Filem Kita Wajah Kita’

Thursday, May 28, 2009

Sekilas Di Konvensyen 'Berakhirnya Agenda Zionis'


Awal bulan 5 aritu, aku dpt pnggilan dr sorng member rapat, Zahier...aku igt die nk bergosip ke hape...tp ttibe die tnye aku, "Weh Lan, ko nk join talk 'Berakhirnya Agenda Zionis' x?? Aku mmg dah lame nk join talk2 cmnih...tp xde member nk g skali..." "Owhh..Alhamdulillah..bagos laa ko dah nk berubah...hahahaha!!!" Aku bergurau ngan nada yg agak annoying ngan die..."Ok..gua layan je...bleh gak tmbah2 ilmu kan..." So, ngan duit simpanan yg masih bersisa, aku bertolak ke KL ngan Zahier...plan memule nk tido Masjid Negara, tp rase2 cm tutup plak mlm2 kan...so, kitorg sewa bilik kt BB...n bertolak ke PWTC pagi 9 Mei tuh...smpai je kt Dewan Merdeka tuh, mmg ramai gile babs aaa org...x sangke aku..memacam jemaah ade...seb baek aku dh register awal2 kt wbsite Pembina..."Seb baek ko ade Zahier...kalau x, mmg jadik cm kera sumbang laa aku..hahahaa!!!" aku ckap kt Zahier...tp, mmg ramai laa audience...adelaa dlm 3000 org kot...sbb penuh Dewan Merdeka tuh...Owh ye, berikut nih merupakan tentatif konvensyen 'Berakhirnya Agenda Zionis' tuh...



Tarikh:9 Mei 2009
Tempat: Dewan Merdeka, PWTC
Speaker: Dr Azzam Tamimi, Dr Roslan Mohd Nor, Dr Mohsen Salleh
Anjuran: Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)

8.00-8.30 pg: Pendaftaran peserta.
8.30-9.30 pg: Pembentangan 1: Dr Roslan Mohd Nor(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Israel)
10.00-10.45 pg: Majlis perasmian oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
11.00-12.00 tgh: Pembentangan 2: Dr Azzam Tamimi (Sejauh manakah kesan kewujudan Zionis terhadap dunia sejagat)
12.00-1.00 ptg: Pembentangan 3: Dr Mohsen Salleh (Hakikat Zionis dan agenda yang dipropagandakan)
2.00-3.00 ptg: Pembentangan 4: Dr Azzam Tamimi(Peranan seorang Muslim dalam menghadapi Zionis)
3.00-4.00 ptg: Pembentangan 5: Dr Mohsen Salleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan status agenda Zionis masa kini)
4.00-5.00 ptg: Majlis penutup


1) Dr Azzam Tamimi

Dr Azzam merupakan ahli akademik dan aktivis politik warga Palestin yg kini menetap di Britain n merupakan pengarah di Institut Pemikiran Politik Islam(IIIT) London. Menurut Dr Azzam, projek 'Zionist Dream' merupakan 1 liabiliti sendirik kpd warga Israel disebabkan terpecahnya kaum Yahudi kpd 2 kelompok besar, iaitu Yang Menyokong dan Yang Menentang projek negara haram Israel. Dlm bangsa Yahudi sendirik, wujudnya 1 movement yg dipanggil 'Neturei Karta', iaitu gerakan ultra-orthodoks anti-zionism yg mula mendapat sokongan padu dr pelbagai gerakan Yahudi laen yg menganggap dasar Israel x ubah mcm dasar Apartheid yg menghenyak kaum asli Afrika Selatan.

Lepas World War II dan terbentuknya negara haram Israel, pendokong gerakan Zionis nih menghadapi 1 masalah besar;Krisis Demografi...majoriti kaum Yahudi refused utk migrate ke Israel disebabkan ajaran Talmud sendirik yg mengharamkan kaum Yahudi memijak bumi Baitulmaqdis sebelum kedatangan Messiah@Penyelamat...so, pelbagai agenda dirancang utk memindahkan kaum Yahudi ke Israel secara sedar@x...antaranya:
1) Pengeboman synagogue di Iraq dan menuduh para nasionalis Arab yg bertanggungjawab.
2) Tragedi Holocaust.
3) 1 juta penduduk Yahudi Soviet tidak dibenarkan berhijrah ke USA, tp hanya dibenarkan pergi ke Israel.

Penubuhan negara haram Israel di tgh2 tanah penduduk Islam Palestin sememangnya 1 vision yg gagal...Theodore Herzl penah berjanji, "Supposing his Majesty the (Ottoman) Sultan were to give us Palestine; we could, in return, undertake to regulate the finances of Turkey. We should there form an outpost of civilization as OPPOSED to barbarism." Tp, sendirik mau igt laa..tgok laa ape yg terjadik kt Palestin skang??? Utk pengetahuan, Knesset, iaitu Parlimen Israel tuh sendirik, merupakan satu-satunya badan pemerintah dkat dunia nih yg menghalalkan seksaan utk mendapatkan pengakuan dr tahanan Palestin...Bukan Barbarism kah itu??? Sejarah mmg dh tertulis, mana2 penjajahan dkat dunia nih xkan bertahan lama...pasti collapse gak suatu hari nnt...mcm yg terjadik kt Vietnam, Afrika Selatan n kebanyakan negara Amerika Latin...insyaAllah penderitaan saudara2 kita di Palestin akan berakhir gak suatu hari nnt...

Aku paling suka bila Dr Azzam ckap dlm 1 part psal sejarah resistance of Israel kt Palestin..bile die cite balek psal sokongan dan perjuangan rakyat Palestin oleh Fatah yg diterajui oleh Allahyarham Yasser Arafat dan skang nih, perjuangan Hamas yg diasaskan oleh Allahyarham Sheikh Ahmed Yassin pd 1987...menurut Dr Azzam, die mintak ubah mindset kebanyakan dr kite yg taksub dan sokong atas nama Hamas..tp die mintak, bukan sokong Hamas, tp sokong idea yg diperjuangkan oleh Hamas...sbb dasar perjuangan sesebuah parti tuh boleh berubah dlm sekelip mata..mcm sejarah perjuangan Fatah...dan x mustahil, satu hari nnt, dasar perjuangan Hamas akan berubah dan ade gerakan laen yg akan sambung idea tersebut...

Tp ade 1 kontroversi dlm talk Dr Azzam...psal isu Imam Mahdi...menurut Dr Azzam, dlm setiap religion, mmg ade disebutkan watak 'penyelamat' spt Messiah dan Imam Mahdi dlm agama Islam...tp, apakah Imam Mahdi itu?? Menurut Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji:

"Hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir."
(Kitab Al-Iza'ah limakan wayakunu baina Yadais-sa'ah, halaman 113)

Tp menurut Dr Azzam, semua antara kita boleh menjadi 'Al-Mahdi'...yg penting, kita mesti buat kerja dan tanggungjawab kita...jgn duduk senyap, berdoa dan tnggu kemunculan Imam Mahdi...dan tym sesi Q&A, byk laa soalan yg pertikaikan statement Dr Azzam...so, dgn nada yg agak emo, die menjawab, "YOU WANT TO WAIT FOR THE MEHDI???YOU WAIT FOR MEHDI...I WILL NOT WAIT FOR MEHDI...I WILL DO MY WORK...I WILL JIHAD FOR PALESTINE!!!"...dan disambut ngan jeritan takbir oleh beberapa org yg teruja..."Woww..stylo seyh!!!" Aku cakap kt Zahier...Tp, overall, dr ketiga-tiga speaker, aku rase Dr Azzam yg paling best dan x mengantuk sbb gaya die yg bersahaja dan die pandai olah ayat...

2) Dr Mohsen Salleh

Dr Mohsen Salleh merupakan pengarah Al-Zaytouna Centre For Studies And Consultations di Beirut, Lebanon since 2004 n pernah menjadik lecturer di Jabatan Sejarah dan Tamadun UIAM(1994-2004)...overall, talk beliau byk sentuh psal resistence movement di Palestin...antaranya:
1) Gerakan penentangan oleh Al-Hajj Amin Al-Husayni dari aspek politik dan menaikkan semangat penentangan rakyat Palestin (1920-1948)
2) "Mausim Prophet Musa" revolt di Baitulmaqdis (4-10 April 1920)
3) "Jaffa" revolt di utara Palestin.
4) "Al Buraq" uprising(15 Ogos-2 Sept 1922) yg berpunca dr serangan Yahudi ke atas Tembok Al-Buraq.
5) Gerakan Al-Jihadiyyah oleh Sheikh Izzudin Al-Qassam(1925) yg popular dgn slogan "Inilah Jihad!!! Berjaya atau gugur syahid!!!"...Pd 20 November 1935, beliau gugur syahid selepas 1 konfrontasi dan digantikan oleh Sheikh Farhan Al-Saidi, dan Gerakan Al-Jihadiyyah ini amat berpengaruh dlm Revolusi Palestin 1936-1939.
6) Gerakan Jihad Al-Muqaddas(diasaskan pd 1934) yg tertumpu di Baitulmaqdis dan Hebron dibawah pimpinan Abd Qadir Al-Husaini.

Revolusi Palestin 1936-1939 ialah 1 gerakan penentangan moden yg amat bersejarah di bumi Palestin, yg berlangsung selama 178 hari(20 April 1936-11 Oktober 1939), dan mencapai kemuncaknya pd summer 1938...kerajaan British hampir runtuh setelah mujahiddin menguasai kawasan2 perkampungan dan beberapa kawasan bandar Palestin..dan British menghantar angkatan yg lebeh besar utk menyerang kampung2 dan mengakibatkan kemusnahan yg sgt besar...ramai tokoh penentang yg syahid spt Farhan Al-Saidi, Yusuf Abu Durrah,Muhammed Salleh Al-Hamad dsb...tekanan yg kuat nih mengakibatkan British mengeluarkan White paper pd Mei 1939 yg menjanjikan penubuhan negara Palestin, memberhentikan penjualan tanah Palestin kpd Yahudi, dan menamatkan penghijrahan bangsa Yahudi selepas 5 taun...tp, British betray perjanjian tu pd 1945 lepas projek Zionis diberi nafas baru oleh kerajaan US.

7) Dlm Perang 1947-1948, bangkit gerakan Ikhwanul Muslimin, Qassamis dan Jihad Al-Muqaddas yg mmbuat pengorbanan hebat..tp tentera2 Arab yg in charge perang tersebut lepas tuh bwat 'slek' dan bertanggungjawab dgn kekalahan pd 1948.
8) Palestinian Liberation Organization(PLO) diasaskan pd 1964 yg bertujuan membebaskan semua tanah rakyat Palestin yg dijajah pd 1948 thru penentangan bersenjata. Dlm taun 1967, Palestinian commando organizations yg diterajui oleh Fatah, join PLO. Dlm taun 1974, kerajaan2 Arab mengesahkan yg PLO merupakan satu-satunya wakil bg rakyat Palestin.
9) Gerakan Intifadah(1987-1993) sgt mengejutkan Zionis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Semua golongan rakyat Palestin(tanpa mengira umur dan fahaman politik) menyertai gerakan ini. 1540 rakyat Palestin syahid, 130 000 cedera dan 116 000 ditahan.
10) Gerakan Hamas diasaskan pd 14 Disember 1987, yg merupakan cabang bg Ikhwanul Muslimin. Menggunakan Islam sebagai ideologi dan sumber visi serta misi. Hamas jugak declare full commitment terhadap pendidikan Islam sepenuhnya, pembebasan sepenuhnya Palestin dan penubuhan negara Islam atas bumi Palestin.
11) Pd 28 Sept 2000, Aqsa Intifadah tercetus atas kesedaran ttg kedhaifan hidop bangsa Palestin dan bencikan penjajahan. Gerakan ini ditentang oleh Zionis dgn senjata yg lengkap spt kereta kebal,peluru berpandu dan gas yg diharamkan(e.g Sulfur).

3) Dr Roslan Mohd Nor

Dr Roslan mendapat ijazah kedoktoran di Scotland, dan byk membuat research atas kepentingan Jerusalem-Islam.Beliau skang bertugas sebagai lecturer kanan di Akademi Islam, UM. Overall, talk beliau menyentuh ttg kejatuhan empayar Uthmaniyyah yg memberi peluang kpd penubuhan negara Israel...Dr aspek sejarah, British dpt peluang amek Palestin thru General Allenby pd 1917 lpas kerajaan Uthmaniyyah kalah dlm World War I. Gerakan Zionis berjaya melobi rakyat Eropah utk mendapatkan 'national home' thru sejarah Eropah pd abad ke 19 iaitu pembebasan Itali, German dan Balkan; yang mana kejayaan negara2 tersebut utk 'membebaskan' diri berjaya mempengaruhi masyarakat Yahudi utk turut mempunyai negara sendiri. Tambahan, kejayaan British mengalahkan angkatan Napoleon Bonaparte dalam 'Battle of Nile' berjaya memalukan kerajaan Uthmaniyyah dan membuktikan yang bukan Uthmaniyyah yg membebaskan Mesir, tp British.

Antara sebab kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah:
1) Menurut Christopher Catherwood dlm 'A Brief History of the Middle East', kejatuhan empayar Uthmaniyyah merupakan titik tolak pembentukan Timur Tengah pd masa kini. Salah 1 sebab kejatuhan Uthmaniyyah adalah kesilapan membuat pinjaman dkat bank2 Eropah yg byk memihak dkat Perancis dan British...dan nih mengakibatkan empayar Uthmaniyyah kehilangan wilayah2 kpd kuasa2 asing td..
2) Gerakan 'nasionalis' oleh negara2 Arab utk bebas dr kekuasaan Uthmaniyyah yg dibantu secara rahsia oleh negara2 barat. Gerakan tersebut dikenali sbagai Arab Revolt 1916. Kerajaan British amek peluang terhadap sentimen anti-Uthmaniyyah@anti-Turki di kalangan bangsa Arab dan menjadikan Saudi sbgai target. Secara rahsia, Husayn Ibn Ali(Sharif of Makkah yg dilantik oleh Uthmaniyyah) membuat perjanjian dgn McMahon(British High Commissioner in Egypt). Dlm perjanjian ini, Husyn berniat utk mendapat absolute power bg keluarga Hashemite ke atas tanah di Hijjaz. Support yg dibagi oleh kerajaan British kpd Husyn memberikan semangat baru kpd bangsa Arab utk bangkit menentang kerajaan Uthmaniyyah.
3)Perjanjian Sykes-Picot 1916. Perjanjian nih merupakan persetujuan rahsia antara kerajaan Perancis n British yg mmg dh expect dr awal kerajaan Uthmaniyyah akan kalah dlm World War I. Perjanjian nih memberi peluang British utk menguasai kawasan Trans-Jordan(Jordan, selatan Iraq dan Haifa). Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lebanon dan Syria. Selain British dan Perancis, Russia jugak terbabit dlm perjanjian nih dan menguasai Constantinople, selat Turki dan Armenia. Palestin diletakkan dlm zon antarabangsa.
4) Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dlm World War I dan kemasukan General Allenby ke Baitulmaqdis pd 1917 menandakan kejatuhan Palestin selepas dominasi Islam selama 1200 taun(interupt sekejap pd 1099-1187 oleh Crusaders). Deklarasi Balfour pd 2 November 1917 menyebutkan:

"His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Gerakan Zionis diasaskan oleh Theodore Herzl(1860-1904) di Basel, Switzerland pd 27-29 Ogos 1897 yg bertujuan utk mewujudkan tempat tinggal bg bangsa Yahudi di Palestin yg dilindungi oleh undang-undang awam. Asalnya, Theodore Herzl bukanlah seorng Yahudi yg 'alim' dan even die dilabel sebagai 'murtad' oleh rabbi2 Yahudi tym tuh...kesedaran die mencarik tmpat tnggal ideal bg bangsa Yahudi adalah bertitik-tolak dr sindrom 'Judeo-Phobia' yg berlaku di Eropah tym tuh...Dilaporkan yg option 1st Herzl bukanlah Palestin, tp di Uganda dan Argentina. Tp direjek oleh Second Zionist Conference. Herzl x impress dlm lawatan ke Palestin taun 1898 sbb Palestin sgt kotor dan tercemar tym tuh..tp dlm usaha lobinya utk mendapat tanah bg bangsa Yahudi, kerajaan British mencadangkan supaya Palestin yg dipilih sbb 'national home' oleh bangsa Yahudi...Initially, aku tertanya-tanya gak apsal kerajaan British boleh support gerakan Zionis nih dan beria-ia nk bg Palestin, dan persoalan aku terjawab bile Dr Azzam Tamimi explain yg keluarga diraja Britain tym tuh menganut pahaman Kristian Protestan...dlm fahaman penganut Protestan, penyelamat@messiah bg penganut Kristian xkan muncul selagi semua bangsa Yahudi masih hidup atas muka bumi. So, kaum2 Yahudi perlu dikumpulkan di Jerusalem dan Palestin, n Messiah diorg akan muncul lepas tuh utk membunuh semua org Yahudi...It sounds funny rite?

Overall, aku puas ati ngan konvensyen nih sbb speaker2 yg bg talk mmg gempak dlm mengolah idea diorg...tp aku sedikit keciwa sbb konvensyen nih tertumpu hampir 100% kpd masalah Palestin..tnpa diulas ttg masalah2 umat Islam yg berlaku di serata dunia(e.g Iraq n Afghanistan) yg aku percaya ada kaitan ngan agenda Zionis...n menurut Presiden Pembina, Dr Kamil Azmi, kesedaran dan sokongan masyarakat Msia ttg isu Palestin smakin meningkat bile konvensyen sblom nih yg dibuat dlm taun 2006 berjaya tarik 200 org je...tp konvensyen kali nih berjaya tarik hampir 3000 org...Rawks!!!

Tuesday, May 26, 2009

Life In Technicolor II






There's a wild wind blowing
Down the corner of my street
Every night there the headlights are glowing

There's a cold war coming
On the radio I heard
Baby it's a violent world

Oh love don't let me go
Won't you take me where the streetlights glow
I could hear it coming
I could hear the sirens sound
No my feet won't touch the ground

Time came a-creepin'
Oh and time's a loaded gun
Every road is a ray of light
It goes o-o-on
Time only can lead you on
Still it's such a beautiful night

Oh love don't let me go
Won't you take me where the streetlights glow
I could hear it coming
Like a serenade of sound
No my feet won't touch the ground

Gravity release me
And dont ever hold me down
No my feet won't touch the ground.

Sunday, May 17, 2009

Melayu Islam-Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam...
satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan...
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh assabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa
Dialah yang paling mesra bersaudara
Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal
Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal
Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus-terpulang,
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum daripada Allah
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara automatik terbentuklah perpaduan
Inilah firman Tuhan:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itulah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
-jika bangsa terjajah, jiwa terseksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
-jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
...selagi Melayu menguasai pemerintahan
...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan
...selagi itu kedua-duanya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin...
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah
Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!

Islam agamaku,
Quran dan Sunnah panduanku,
Lahirku sebagai Melayu,
Matiku juga sebagai Melayu!

Wednesday, May 6, 2009

Dakaplah Ibumu Sementara Dia Masih Ada...


Sempena Hari Ibu yg akan disambut pd 10 Mei 2009...


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

    Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. 
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 

     Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

 

    Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

 

    Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku,"cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Aku rase mayb ramai yg dh tau cite kt atas nih..cite kt atas nih merupakan analogi@gambaran ttg layanan seorg anak kt ibu...pokok epal dlm cite nih menggambarkan seorang ibu n budak laki tuh adalah seorang anak...Bile kite masih kecik n berhingus, kita suka bermain ngan ibu kita...n bila kita dh meniti usia remaja, kita perlukan bantuan ibu utk teruskan hidop. Kita tinggalkan ibu...tp bila kita terdesak n perlukan bantuan, barulah kita carik ibu kita balek...Tapi, ibu tetap setia membantu kita asalkan kita bahagia dlm hidop...Korng mungkin terpikir, kejam siot budak laki tuh kt pokok epal tuh..mcm "Habis madu sepah dibuang", tp itulah hakikat n realiti bagaimana kebanyakan anak zaman nih treat ibu diorg...


Aku kekadang pelik gak aa kan...sbb aku tgok dlm ramai org..bile dh capai peringkat remaja n awal 20an, masing2 malu nk peluk mak masing2..berdosakah? Lebih sanggup peluk awek dari peluk mak sendiri...kalau jalan kt shopping complex, malu klau nmpak jalan ngan mak sendiri..takut kena cop 'anak mak'...tp jalan berpegang tgn ngan awek x malu plak...hmmm...


Selalunya dlm hidop kite nih, dlm kite sebok mengejar ilmu n menempuhi alam pekerjaan, kita tertinggal n lupa komponen2 penting dlm hidop kite...cube kite renungkan diri kita balek, brape kali kite kol mak n ayah kite dlm seminggu?Compare to kite kol aweks(balaks bg budak pmpuan)...n brape kali penah kite cium n peluk diorg lpas kite masok sekolah menengah?( x termasuk Hari Raya Aidilfitri n tym fly)...Kpd sesape yg kurang concern ttg perkara nih(peringatan kt aku gak), maka x terlambat lg utk kite cium n peluk mak kite sepuas ati sementara dia masih ada...jgn lah bile talkin n yassin dah dibacakan, n bila diorg dh terbujur kaku, barulah kita menangis n menyesal x sudah...jgn le kita tnggu bile diorg dh tua, barulah kite nk concern psal menda nih..sbb ajal menjemput tak menunggu masa....


Aku terigt 1 kes kemalangan jalanraya kt TV3...tp aku x igt bile kes tuh berlaku...tp anak mangsa kemalangan tu menangis tak sudah n ckap,"Saya menyesal sbb x appreciate n peluk ibu saya puas2 waktu dia masih hidup...tp sekarang nih nk menyesal pn dh x guna..." Nak ke perkara nih terjadik dkat kita? Ada jaminan kita@mak kita still bernafas smpai esok? 


Kalau korng perasan dlm cite 'The Last Samurai', ada 1 prinsip Bushido berbunyi "Kehidupan Dalam Setiap Hela Nafas" yg bermaksud; Nyawa seorng manusia tu mmg x pjg..mcm nyalaan lilin...bebila je boleh padam..jd, dlm setiap hela nafas kita, appreciate dan hargailah kehidupan dan org di sekeliling kita...Maka, dlm setiap langkah hidup kita, hargailah dan sayangilah ibu kita...Biarlah tym diorg pergi nnt, xde langsung titik penyesalan dlm diri kita, sbb kita dh jalankan tanggungjawab sbagai anak sebaik mungkin tym diorg masih hidop...


Papepon, enjoy dis video...




Lagu 'Ayah Ibu Anak' nyanyian Baji nih merupakan salah 1 lagu rock feveret aku tym berkaraoke jamban...sbb ade maksud dan pengertian yg sgt bermakna...


Maka, dakaplah ibumu sementara dia masih ada...


Monday, May 4, 2009

Ayat-Ayat Quran Bertentangan???


Kisah dibawah dipetik dr buku DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS tulisan Ustaz K.D Bahaudin Mudhary berdasarkan sebuah kisah benar yg berlaku pd 15 Mac 1970...Semoga kita sama-sama dpt ambik iktibar dan pengajaran...

Pd mlm keenam, Antonius berkata, "Ustaz, saya sudah semak ayat-ayat Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu...Dlm sebuah surah terdapat perselisihan antara 1 ayat dgn ayat yg lain...sehingga timbul dlm fikiran saya, bahawa bukan Bible sahaja berselisih ayat-ayatnya, tetapi Al-Quran juga demikian...iaitu ayat-ayat Quran mengenai asal-usul kejadian manusia."

Antara ayat Quran tersebut:

1) "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku(Allah) hendak menciptakan seorang manusia(Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam berbentuk(berupa)."   (Surah Al-Hijir,ayat 28)

2) "Sesungguhnya aku(Allah) menciptakan manusia dari tanah liat."   (Surah As-Safaat,ayat 11)

3) "...Dia(Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah."   (Surah Ali Imran, ayat 58)

4) "Dia(Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar(tanah yang dibakar)."    (Surah Ar-Rahman, ayat 14)

"Jadi Ustaz, yg manakah yg benar ttg asal-usul kejadian manusia itu? Dari tanah yg dibakarkah, dari tanah kering dan lumpur atau dari tanah biasa, atau dari tanah liat??? Jadi, menurut pendapat saya, ayat-ayat Quran juga terdapat perselisihan antara 1 sama lain.Bukan Bible sahaja..."

Maka, jawab Ustaz Bahaudin; "Dlm Al-Quran ada menyebutkan bahawa asal kejadian manusia terdiri dari 7 macam kejadian. Saya sebutkan susunan ayat-ayatnya 1 demi 1, sebagaimana yg saudara baca terjemahannya td....

1) Dlm surah Ar-Rahman ayat 14, "Dia(Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar(tanah yang dibakar)."  Yang dimaksudkan dgn kata 'sal sal' di ayat ini ialah 'tanah kering' atau 'setengah kering' yakni 'zat pembakar' (Oksigen). Dlm ayat ini juga terdapat kata 'fakhkhar' iaitu 'zat arang' (Carbonium).

2) Dlm surah Al-Hijir, ayat 28, "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya aku(Allah) hendak membuat seorang manusia(Adam) daripada tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk(berupa)."   Dlm ayat itu, disebut juga 'sal sal', sedangkan kata 'hamaain' yg disebutkan bermaksud 'zat lemas' (Nitrogenium).

3) Dlm surah As-Sajadah, ayat 7, "...Dia(Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah."  Yang dimaksudkan dgn kata 'thien'(tanah) dlm ayat ini ialah 'atom zat air' (Hidrogenium).

4) Dlm surah As-Safaat, ayat 11, "Sesungguhnya aku(Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat."  Yang dimaksudkan dgn kata 'lazib'(tanah liat) dlm ayat ini ialah 'zat besi' (Ferum).

5) Dlm surah Ali Imran, ayat 59, "...Allah menciptakan Adam dari tanah...kemudian Allah berfirman kepadanya: Jadilah(seorang manusia), maka jadilah ia."  Yang dimaksudkan dgn kata 'turab'(tanah) dlm ayat ini ialah 'unsur-unsur zat a li' yg terdapat dlm tanah ataupun dipanggil 'zat-zat anorganis'.

6) Dlm surah Al-Hijir, ayat 29, "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh(ciptaan) Ku."

Dlm ayat-ayat Quran yg dinyatakan di atas, Allah telah menunjukkan ttg proses kejadian Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan kepadanya roh sehingga menjadi manusia yg bernyawa. Proses kejadian manusia ini melalui adunan 'zat arang'(Carbonium), 'zat lemas'(Nitrogenium), 'zat air'(Hidrogenium), 'zat besi'(Ferum), Sodium, Kalium, Silicium, dan Mangan, yg disebut sebagai 'laazib'(zat-zat anorganis). Dlm proses persenyawaan, maka terbentuklah zat yg dinamakan Protein

Maka, cukup jelaslah ttg ayat-ayat Quran yg disangkakan berselisih antara 1 sama lain dlm hal kejadian manusia(Adam), pada hakikatnya bukannya berselisih, melainkan menunjukkan proses asal kejadian tubuh jasmani(visible) hingga kpd badan halusnya(invisible) sampai wujud seorang manusia...

Subhanallah.


"Patutkah mereka(bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."   (Surah An-Nisa', ayat 82)

Wednesday, April 29, 2009

"Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan..."



Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (sekalian makhluk), (1)Dia menjadikan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq:1-5)

Aku rasa semua org mmg dh sedia maklum n hafal petikan Surah Al-Alaq yg aku quotekan kt atas...semua org pon dh tau surah Al-Alaq nih laa wahyu 1st yg diturunkan kt Rasulullah S.A.W...n rasanya semua org dh tau ttg tafsiran surah Al-Alaq nih...tp ada 2 perkara yg aku nk bangkitkan kt cni; Salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat n idea2 org bukan Islam??Adakah patut kita terhadkan bacaan kita kpd tulisan scholars Islam semata-mata atas alasan peribadi mereka menjauhi org yg fasiq dan menjamin paradigma berfikir yg berasaskan Quran n Sunnah??

Maka, tersesatkah aku dr manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh semata-mata aku membaca buku2 tulisan Edward De Bono, Tony Buzan dan Sigmund Freud???

Owh ye, sblom aku pegi lebeh jauh, aku nk tegor sikap kebanyakan sahabat aku dlm blog nih...dr byk pattern n pola comment kt cni, 1 masalah yg aku tgok adalah;PREJUDIS...masing2 mmg pandai berselindung di sebalik ayat2 pjg yg berjela-jela, tp sgt mencerminkan sikap PREJUDIS tuh ...mungkin terasa diri ini SUPERIOR sbb ada background dr sekolah agama dan berjaya conduct usrah dkat hampir2 50 anak usrah kot...maka, org yg xde background sekolah agama dianggap 'X LAYAK' memberi komen@pandangan ttg agama...oklaa..sbb dh tercakap, aku bg laa reason sbb ape 'GENG USRAH' nih dibenci@dipandang slek dr kacamata masyarakat luar kelompok klik korng..korng mmg xkan nmpak@tau, sbb korng bergaul sesama korng je...aku mintak maap sbb membuat GENERALIZATION kt cni..mmg ramai Naqib@naqibah yg baek dan sgt disenangi...byk ilmu yg aku dpt dr diorg...tp ramai gak yg 'bwat taik' dlm organisasi tuh...yg aku nk bashing nih adalah golongan yg ‘bwat taik’ tu…salah 1 penyebabnye adalah PREJUDIS nih laa..terigt lg tulisan seorg sahabat di blog beliau(www.acutewriter.blogspot.com) bertajuk 'HablumMinallah HablumMinannas'...beliau menceritakan dr pengalaman beliau sendirik kt KMB..antaranya:

Ada skali tu kwn saya yang jarang pegi surau dan kaki rokok ni pegi azan kt surau (sy kurang ingt waktu ape). Boleh plak bdk2 yang bajet alim ni tgk die semacam je. Habis solat je perli2 mamat ni. Mcm mane die nk slalu dtg surau kalau kene perli je. Lepas tu bila nk buat program berunsur keagamaan je, buat sesama mereka. Pada saya dakwah tu tak mencapai matlamat sebab sepatutnya target audience nye adalah orang yang kureng sket pasal agama ni. Kesudahannye, yang alim bertambah alim, yang buta bertambah buta. When the blind lead the blind, both shall fall into the ditch. Tu lah kisahnye.

Kpd yg terasa dirinya tuh SUPERIOR berbanding org laen(mayb sbb rase amal kebajikan tu dh cukup byk kot), sile renungkan ayat2 berikut:

1)Luqman Al-Hakim penah berpesan kpd anaknya iaitu:

“Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak…”

2) Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud Rasulullah S.A.W. bersabda: Dia yang ada dalam hatinya sombong seberat biji sawi tidak akan masuk syurga. Seorang berkata; Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian yang cantik, dan kasut yang cantik. Baginda bersabda;Sesungguhnya Allah Maha Indah dan sukakan keindahan. Kesombongan ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang. (Sahih Muslim 1:164)

Kpd pembaca blog nih, korng mmg xkan kenal@paham pemikiran aku klau korng hanya judge aku dr 4 menda nih:

1)2-3 entry yg rasa seronok n menarik utk dibaca dan direspon...

2)profile blog aku...

3)Anak2 usrah se 'KMB' ngan aku yg hanya 'kenal-kenal ayam' dan hanya penah bersembang 2-3 kali je ngan aku...

4) Mutu bahasa pasar blog aku...

Sesungguhnya, medium2 di atas bukan lah penanda aras sebenar dlm mengukur level ilmu seseorg...aku tulis nih bukan semata-mata nk defend diri aku, tp aku nk defend sahabat2 yg laen cm saudara Hasta dan Khairi…aku kenal diorg secara personal dan aku tau betapa tingginya tahap ilmu n pemikiran diorg...mmg kami masing2 berbeza pahaman politik, tp langsung x jadik masalah utk berdiskas sama ada bersembang@ thru YM...kpd rakan2 yg ingin bertukar pandangan ngan aku ttg sesuatu isu, silalah add aku kt YM...azlan_fazly

Aku admit mmg dlm perjalanan hidop aku, aku byk melakukan perkara2 jahiliyyah...dan byk sahabat aku yg masih terpalit ngan lumpur2 jahiliyyah nih…tp aku bersyukur dpt kenal jahiliyyah sbb atas perkenalan dan pengalaman inilah yg menjadi guidance dlm hidop aku dan pembekal semangat dlm menarik kembali rakan2 yg masih bergelumang ngan lumpur jahiliyyah…Syed Qutb sendirik tak pernah menyesal walaupun dia mula mendapat kesedaran Islamik tym umur 40 tahun!! Kerana setiap langkah hidupnya dia mengenal jahiliyyah itulah yang dpt digunakan utk sisa hidupnya di kemudian hari...Alhamdulillah, dia berjaya mati sebagai seorg syuhada’...

Oklaa, kita berbalik kpd maudhu’, iaitu soal BACA nihh…perlu diingatkan, yg BACA dan PERCAYA adalah 2 connotation yg berbeza…bila kita baca, x semestinya 100% kita percaya…cthnye, kalau aku baca buku “Serious Mind” tulisan Edward De Bono, x semestinya aku percaya bulat2 ttg teori ‘The mechanism of mind’ yg terkandung dlm buku tuh…utk PERCAYA, kita perlu MENGKAJI dan MENYELIDIK…dan utk mengkaji nih, kita perlu byk sumber rujukan dan bertanya org2 yg lebih arif..dan klau teori tuh selari ngan kajian2 saintifik dan terbukti TIDAK BERTENTANGAN dgn Al Quran dan Sunnah, maka

Harus untuk kita mempercayai teori itu(Harus, bukan Wajib)…oklaa, aku amek cth yg paling senang..TEORI BUMI BERBENTUK SFERA…kepercayaan kuno ckap ‘Bumi Ini Mendatar’…teori nih dikemukakan oleh Nikolaus Copernicus, namun x disenangi oleh pihak gereja dan beliau dihukum bunuh…namun dunia hari ini menerima teori Nikolaus itu…apakah kita nak menolak teori Nikolaus Copernicus semata-mata dia seorang yg berpahaman Kristian dan dikhuatiri keperibadiannya tu?? Dia bukan saja fasiq, malah kafir… Mungkin masih ada yg menganggap “Bumi Ini Mendatar” agaknya =D

Tp, sbgai seorng pelajar jurusan Sains, for sure kita penah denga dan belajar ttg teori “Hukum Dinamik Newton”…Salah 1 hukum ckap, “Daya dipindahkan dari 1 bentuk ke bentuk yg lain…daya itu tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan”…So, ape komen korng?? Mayb ramai yg percaya…tp sebagai sorng yg beragama dan beriman kpd Allah SWT, aku mengambek pendirian utk menolak hukum tu…sbb aku percaya “Daya itu boleh dicipta dan dimusnahkan”…Allah SWT sahaja yg berhak@berupaya melakukan semua tuh…Wallahualam…

Dari Surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'

Dlm surah Hujurat ayat 6, ada dinyatakan 3 part penting, iaitu “Orang yang beriman”, “fasiq” dan “Selidik”….Ibnu Kathir pn amat menitikberatkan psal SELIDIK ni…mmg itulah sikap yg wajib ada dlm diri org2 yg beriman…Maka, utk mencapai mksud SELIDIK tuh, kita WAJIB menggunakan segala sumber yg ada…sama ada dr aspek pembacaan ataupon pertanyaan…sesuai dgn apa yg aku mksudkan dkat atas, BACA dan PERCAYA tuh 2 connotation yg berbeza..utk mencapai maksud PERCAYA tuh, kita bukan bleh sedap2 denga dr 1 sumber je, terus percaya bulat2…tp dlm ayat tuh sendirik, XDE LANGSUNG tertulis; JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ…tp yg dinyatakan, SELIDIK TERLEBIH DAHULU…aku pun dh usha dr byk sumber tulisan scholars Islam, mmg xde yg mention psal JGN PERCAYA DGN BERITA ORANG FASIQ tuh…klau sesiape ade, sila kemukakan…mksudnye, BUKAN SEMUA yg dinyatakan oleh org fasiq tuh salah dan x betul…ada jugak kebenaran dari percakapan diorg tuh..yang penting, kita BERHATI-HATI dan SELIDIK terlebih dahulu…oklaa, aku mintak maap bebanyak sbb drag kan unsur politik sket…mayb dlm pemikiran kebanyakan org terutamanya yg berpahaman pembangkang, segala berita dari media arus perdana dan blog2 penyokong kerajaan wajar utk ditolak mentah2 semata-mata berpegang ngan ayat dr surah Hujurat nih laa…tp, apakah line@garis yg menentukan seorg tuh fasiq atau x??Sile pikir balek dr sabda Nabi S.A.W berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W; “Memaki orang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Perlu diingatkan, dinyatakan di atas ialah “Muslim”(sesiapa sahaja penganut Islam, tak kira berdosa besar@tidak), bukan “Mukmin”(Org yg percaya penuh dgn AQIDAH ISLAM)…maksudnya, x kiralah seseorg tuh berdosa besar@sesat, sebagai seorng MUKMIN, bukanlah hak kita utk memaki die…Kalau hadith Nabi di atas dijadikan indikator@kayu ukur dlm menentukan kefasiqan seseorg, aku rase dlm Pakatan Rakyat(terutamanya PAS dan Keadilan) sendirik, bukan saje ramai, tp bersepah org yg fasiq nih…bukan saje di kalangan ahli, tp kebanyakan penceramah2 jugak…try bukak forum2 pembangkang cm Tranungkite…kutuk2@maki2@jatuhkan maruah org mcm jadik mainan…yg sedehnya, yg bwat keja2 cmni bukan sembarangan org…bg aku, kategori terpelajar laa…sbb bile berhujah keluar nas2 Quran n perkataan2 Arab yg terbelit lidah nak menyebutnya…tp otak letak dkat kepala lutut.. .suka sgt maki org especially Mufti…sedeh betol…klau x setuju pon,xsahlah smpai tahap letak maruah Mufti tuh bwak tapak kasut…klau dr attitude para penceramahnye, masing2 dah tau kot…sendirik mau igt laaa…semata-mata atas dasar mendapatkan “aura” ceramah n xmau pendengar bosan, kutukan2 berapi jugak laa yg jadik pilihan…matlamat menghalalkan carakah?? Lupakah dgn isu “Bapak Setan”???

Sabda Rasulullah S.A.W, “Tidak sempurna Islam seseorang itu melainkan apabila mereka mengambil tahu apa yang mereka patut tahu”…..Kalau diajukan hadith Nabi nih kpd aku, personally, Alhamdulillah…dlm aku membaca@mengkaji tulisan orientalis2 Barat, aku x penah lupa tanggungjawab menceduk ilmu FARDHU AIN…Aku x lupa teras@core aku… Sebagai seorng yg berdiri atas manhaj ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh, mmg aku sentiasa merujuk tulisan2 scholars Islam terlebih dahulu klau ada kemusykilan terutamanya bab Ibadah n Hukum-hakam…tp aku nk membangkitkan persoalan kt cni, APAKAH KAYU UKUR YG MENENTUKAN SAMA ADA KITA MEMENUHI SPESIFIKASI HADITH NABI DI ATAS?? Adakah bila kita dh memenuhi undangan 200 sesi usrah dan selesai membaca 50 kitab ulamak yg muktabar?? Tapi pd masa yg sama, kita x penah tegor@bimbing@amek tau psal rakan2 serumah yg kerap tonggang Arak dan berclubbing??Even penderitaan masyarakat Melayu yg hampir dikristiankan(dlm entry sebelom ni) pon kita x amek tau?? Adakah kita dikira memenuhi spesifikasi hadith Nabi di atas?? Wallahualam….Pakat2 laa kita renungkan diri…

Oklaa…salah ke kalau kita x membaca buku2@jurnal2@hasil penulisan org bukan Islam nih?? Yaa..mmg x salah dr AQIDAH ISLAMIYYAH…tp sila pikirkan dr keterangan2 kt bawah…

1) MEMAHAMI AGENDA ZIONIS

Kemasyhuran dan kejatuhan sesuatu peradaban tuh mcm 1 circle of life…ini mmg janji Allah;

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”

(Ali Imran 3:140)

Dr aspek sejarah, peradaban Islam mencapai kemasyhurannya dr abad ke- 6 Masihi(kelahiran Nabi Muhammad S.A.W) hingga laa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah pd 1924…Sepanjang abad ke 6 hingga 15 masihi, dunia berpaksikan kejayaan Islam dr aspek sosio-politik-ekonomi dunia…tp disebabkan KEBODOHAN dan KEBEBALAN umat Islam sendiri akibat peperangan antara mazhab, perebutan wilayah dan kuasa politik serta kecelaruan peribadi pemimpin, maka Tamadun Kristian Barat yg mendominasi dunia n menjadik paksi pd perkembangan manusia…dan Gerakan Zionis dgn penguasaan ekonomi,politik n teknologi dkat US n Eropah mengamek alih hegemoni tersebut dan digantikan dgn Tamadun Yahudi-Zionis yg menguasai dunia dr pelbagai aspek smpai laa sekarang…

Professor Norman Cantor menegaskan hakikat hegemoni Zionis dalam bukunya The Sacred Chain (hal. 406-407) seperti berikut:

Jews in the four decades after 1940 came home in American Society to suburban comfort, to penetration of academia and the privileged bastions of the learned professions, to corporate business, to politics and government and controlling levels of the media. Jews were over represented in the learned professions by a factor of five or six. Nothing in Jewish history equaled this degree of Jewish accession to power, wealth and prominence. Not in Muslim Spain, not in early 20th century Germany not in Israel itself, because there were no comparable levels of wealth and Power on a world-class scale in that small Country to attain.

Zalim ke Allah tetapkan suratan mcm ni?? Allah x zalim…tp Allah sgt adil..umat Islam dh kuasai dunia selama 14 abad…tp sek2 kuffar nih baru kuasai dunia x smpai 100 tahun…tp x mustahil diorg akan extend penguasaan diorg ke 14 abad gak klau org2 Islam stil x sedar…aku x suke menyalahkan kerajaan Israel, US dan Zionis 100% pasal keadaan umat Islam skang..t.p umat Islam sendrik kena sedar ttg KESALAHAN dan KEBEBALAN DIRI sendirik…

Dlm buku bertajuk “The International Jew”, Henry Ford ada jelaskan ttg maksud 2 line biru dlm bendera Israel…iaitu kewujudan kerajaan “Greater Israel” antara Sungai Nil dan Furat(Euphrates)…Kita perlu sedar, agenda Zionis bukanlah menguasai Baitul Maqdis@Jerusalem semata-mata…tp diorg ada agenda yg lebeh besar n sedang berusaha ke arah itu…berapa byk tanah bangsa Arab dan kerajaan yg akan dirampas nnt klau kite x sedar dr sekarang?? Dan Zionis dah melancarkan agenda tu thru Perang Iraq 2003…Menurut Michael Collin Piper dari bukunya yg bertajuk ‘The Highest Priests of War”(Halaman 5);

The Iraq war was simply part of a plan to establish the age-old Zionist dream of establishing a “Greater Israel” (an area that stretches from the Nile to Euphrates), of dismantling the Arab states and redrawing a new Middle East map of seizing absolute control of Arab oil once and for all.

Tp yg sedehnya, orang2 Islam sendirik bersekongkol ngan Zionis dlm menjayakan plan diorg…Zionis take advantage terhadap peperangan mazhab(antara Ahli sunnah ngan Syiah) di Iraq utk pengaruh puak2 Syiah dlm membantu kempen perang diorg…sentimen kebencian terhadap Ahli sunnah dan Saddam Hussien ditiup hebat…sebab nk dpt nikmat kesenangan yg sementara, rakyat Iraq terpaksa bayar dgn harga yg cukup mahal smpai skang…mmg terbukti Saddam Hussien tuh kejam, tp adakah rakyat Iraq hidup lebeh aman lpas US amek alih Iraq?? TIDAK SAMA SEKALI…keadaan bertambah buruk n disaster…Menurut Al Islam keluaran Mei 2009, rakyat Iraq terutamanya wanita n kanak2 terpaksa merempat n mintak sedekah tepi jalan demi sesuap nasik…bunuh membunuh antara mazhab bertambah teruk dan xde kawalan…

Kalau korng baca buku “The Procotol of Zion” tuh, intipati utama Zionis dlm menghancurkan sesuatu bangsa adalah thru konsep “Divide And Rule@Pecah Dan Perintah”…Apakah Divide And Rule tu?? Oklaa…aku bg 1 cth...terdapat byk teori yg mengatakan Mustapha Kamal Attarturk tuh seorg ejen Zionis yg dihantar khusus utk melaksanakan Divide And Rule dlm kerajaan Turki Uthmaniyyah…klau dr sejarahnya, Mustapha Kamal Attarturk mmg seorng General tentera..tym dlm tentera tuh laa, die gunakan pengaruh die sebagai General tentera utk menyebarkan api kebencian terhadap sistem pemerintahan Uthmaniyyah dan seterusnya bwat rampasan kuasa…bile kerajaan Turki Uthmaniyyah dh jatuh, kerajaan2 Islam terus dipecahkan kpd unit2 yg lebih kecik…ini bg mengelakkan PERPADUAN sesama umat Islam…dan formula tuh terbukti berkesan..bila PERPADUAN umat Islam sgtlaa lemah smpai sekarang…so, itulaa yg dimaksudkan ngan Divide And Rule tuh…Utk difikirkan bersama; Dgn keadaan umat Islam di Malaysia yg SANGATLAH TIDAK BERSATU dan penuh dgn perang politik, adakah kita sudah terkena Divide And Rule tuh?? Wallahualam…

Dlm entry aku sblom nih bertajuk “Teruskan Bergaduh Bangsaku”, aku ada masukkan psal Israel-Palestine tuh…for sure laa ramai yg emo kn??? “Jangan dipersoal perjuangan suci ini!!!” Mayb lebeh kuang cm2 aa kot ayat2 yg dihamburkan…Kpd rakan2 yg hanya menumpukan sepenuh perhatian kpd isu Israel-Palestine SAHAJA, tanpa amek tau isu global yg laen, aku ada peringatan yg nk dibagi… Segalanya bermula dgn AGENDA ZIONIS…Isu Israel-Palestine hanyalah “Tip of iceberg” dlm AGENDA ZIONIS nih...mcm aku bgtau kt atas, tujuan utama Israel bukanlah mendapatkan Jerusalem semata-mata..tp diorg nk tubuhkan “Greater Israel”, dan diorg sedang berusaha kearah itu tanpa kita sedari…Kita kena sedar yg AGENDA ZIONIS melampaui batas dan sempadan geografi…bukan meliputi kawasan Asia Barat tuh aje…selama nih, AGENDA ZIONIS yg kita sedar hanyalah thru budaya2 hedonisme dan francais2 makanan yg perlu diboikot mcm Starbucks, McD, Nestle dsb…tp tuh hanyalah selapis dr pelbagai lapis AGENDA ZIONIS yg dh direncana lebih dr 100 taun yg lepas..Oklaa...aku bg 1 cth;

Sistem pemerintahan demokrasi…spt mana yg kita tau, US mmg melobi negara2 yg masih x mengamalkan sistem demokrasi utk implement sistem nih kt negara masing2…taun 1972, hanya 40 je negara yg implement sistem nih..tp latest nih, dh 123 negara yg mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi…ramai yg ckap, “Sistem demokrasi yg kita amalkan selama nih mmg bertepatan dgn ajaran Islam …Demokrasi itu kesamarataan semua orang…itulah keadilan…”

Tapi, adakah sistem demokrasi ini selari dgn prinsip2 Islam??? Aku xmau ulas pjg...Silalah berkunjung ke laman sesawang Dr Asri dan baca entry beliau bertajuk “Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu”…

Dlm “The Protocol of Zion”:

1) Protokol ke 11 ( The Universal Suffrage@ Hak Mengundi Sejagat….The term Universal Suffrage is associated only with the the right to vote and ignores the other aspect, the frequency that an incumbent government consults the electorate…)

2)Protokol ke 13( Creating the impression of the existence of freedom of speech, freedom of press, human rights and DEMOCRACY, all of which are subsequently undermined and become mere illusions or deceptive smokescreens behind which actual oppression lies…)

So, ape komen korng ttg menda nih??? Sedar@x sedar perkara nih?? Pakat2 laa kita pikirkan reramai k….Byk lg contoh sebenanye…nk tau lebeh lanjut, YM saje aku…

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:

“Sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, seterusnya sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) pun kamu akan mengikutinya.” Lalu kami bertanya:“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu orang Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi sekiranya bukan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298)


2) TEKNOLOGI DAN SAINS

Kita kena terima hakikat, yg teknologi dan sains zaman sekarang nih kebanyakannya dikuasai oleh org bukan Islam…kita jgn jadik BODOH SOMBONG…xmau terima ilmu yg dibawak oleh org Barat semata-mata diorg tuh kafir…kita hanyalah umat PENGGUNA, bukan PERINTIS…cubalah contohi scholars Islam zaman dulukala yg snggup blaja bahasa Yunani semata-mata nk ceduk ilmu tokoh2 Yunani dan ditranslate kn ke bahasa Arab…klau dulu diorg amek pendirian, “Ehh...mane bleh menuntut ilmu dari org kafir…diorg bukan saja fasiq, tp kafir…takut tersesat nanti..” Maka akan wujudkah tokoh2 kegemilangan Islam mcm Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Ghazali dan Al-Biruni??? Al-Ghazali dlm buku beliau “Tahafut Al-Filasifat” sendirik menggunakan teori kaedah penghujahan sains Yunani utk menyokong agama…Menurut Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah(Jabatan Fizik, UM) dlm penulisan bertajuk “Ayat Alam”, “Pemikir Islam bukan shj mempanjangkan ilmu sains Yunani ini kpd Barat, tetapi mereka juga membuat modifikasi-modifikasi yang bermakna.”

Maka, salahkah membaca buku2 tulisan orientalis2 Barat kalau ianya demi kebaikan???

Oklaa..aku bg 1 lg cth...psal TEORI EVOLUSI DARWIN…kita semua sedia maklum yg teori nih WAJIB ditolak…tp, dapatkah kita meyakinkan org laen utk menolak teori nih kalau kita sendirik x penah blaja n paham psal teori nih???…adakah kita nk bg hujah nih semata-mata, “Pikir logik aa kawan...xkan aa manusia berasal dr beruk…”…Mayb hujah nih x sesuai utk meyakinkan org2 yg berpegang teguh pd hujah2 saintifik…Terdapat 6 tonggak bg TEORI EVOLUSI nih iaitu;

  1. Emergence by naturalistic processes of the universe from disordered matter and emergence of life from nonlife;
  2. The sufficiency of mutation and natural selection in bringing about development of present living kinds from simple earlier kinds;
  3. Emergence by mutation and natural selection of present living kinds from simple earlier kinds;
  4. Emergence of man from a common ancestor with apes;
  5. Explanation of the earth's geology and the evolutionary sequence by uniformitarianism; and
  6. An inception several billion years ago of the earth and somewhat later of life.

Kalau Harun Yahya tuh sendirik x penah denga pasal 6 perkara nih, dapatkah dia menyangkal TEORI EVOLUSI DARWIN dan menghasilkan buku “The Collapse of the Theory of Evolution” dan “The Dark Face of Darwinism”??? Itu korng pikir-pikirkan sendirik…Wallahualam…

Tp, aku lucu gak aa kan..klau ilmu dari org2 kafir n diragui keperibadiannye tuh x leh dipakai lngsung, maka rakan2 yg amek Medik kt UK, Ireland, Czech, Aussie,NZ n Russia kena balek Msia laa...xpon kena transfer ke Mesir, Jordan, Yemen n Syria…untung2 bleh bwat double degree...amek medik n kaji wahyu@hadith..jimat pon jimat…tambah ngan kegawatan ekonomi skang..ye x?? Owh ye, bukan ke Ireland tuh sendiri digelar “The land of saints ”?? Lagi kesian dkat sahabat2 yg blaja kt Trinity College(Bukan ke Trinity tuh konsep tauhid agama Kristian??)…Hmmm…


3)TUNTUTAN DAKWAH

Tetibe aku terigt tym join Nadwah Kepimpinan Islam 2003 dkat SMAP Kajang dlu…ade 1 sesi tuh, Encik Shah Kirit bg talk…Tp ttibe die cm emo bila die citekan detik2 pengislaman die iaitu thru perkahwinan…So, die ckap, “Masyarakat kita nih suka sgt pandang negatif dkat mualaf2 yg masuk Islam sbb perkahwinan…tp tanya laa diri kita sendiri; Apa tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah Islam kpd bukan Islam??? Sepanjang hidup saya dr kecil smpai laa saya berkahwin, hampir 90% rakan-rakan saya adalah org Melayu yg beragama Islam…tp xde sorng pn yg penah cerita psal Islam dkat saya…kalau sy x sempat terima Islam dan mati, saya akan tuntut dkat semua rakan saya tuh di akhirat kelak!!!”

Lebeh kurang cm2 aa ayat die..n aku xleh lupa smpai skrang…So, try renung n tnya diri kita balik..adakah kita dh jalankan tanggungjawab tu??? Sanggup ke kita tgok kawan2 kita yg setiap hari bergelak ketawa ngan kita jadik kayu bakar dkat neraka kelak???Sanggup ke kita hadapi tuntutan diorg dkat Pdg Mahsyar nnt???

Dlm konsep berhujah dgn rakan2 yg beragama lain, kita kena persiapkan diri kita dgn ilmu ttg agama diorg gak…bermaksud, kita kena dedahkan diri kita dgn tonggak2 n prinsip2 ajaran dlm agama diorg…barulah hujah2 kita berkesan…kita xleh gunakan hujah2 dr Quran n Hadith semata-mata…sedangkan ahli keluarga n para sahabat Nabi sendirik ramai yg x kenal, apatah lg tokoh2 Islam mcm Ibnu Taimiyyah, Ibnu Baz dan Ibnu Kathir???Sebab tu Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut, ayat 46:

“Jangan kamu berdebat dengan ahli kitab(Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik…”

Aku rase ramai yg kenal dgn Allahyarham Ahmad Deedat…mcm mana beliau gunakan hujah2 n kelemahan2 dr Bible sendirik utk mematahkan hujah2 pendakwah Kristian…tp ramai yg xtau method@approach Allahyarham Ahmad Deedat nih penah digunakan oleh seorng ulamak dr nusantara hampir 40 taun yg lpas…Kalau sesape penah bace buku DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS tulisan Ustaz K.D Bahaudin Mudhary (terbitan Persatuan Ulama’ Malaysia), Ustaz Bahaudin Mudhary sendirik gunakan approach yg sama dlm berdialog ngan sorng penganut Kristian bernama Antonius…Alhamdulillah, dlm masa 9 mlm je Ustaz Bahaudin berjaya meyakinkan Antonius utk memeluk Islam…dlm 1 part ttg ISU PENEBUS DOSA, Antonius mempercayai bahawa kedatangan Jesus utk menebus dosa thru ayat;

“Ia inilah diangkat oleh tangan kanan Allah menjadi raja dan juru selamat akan mengurniakan taubat kepada bani Israil dan jalan keampunan dosa.” (Perbuatan Rasul-rasul, 5:31)

Tp dibidas oleh Ustaz Bahaudin dgn berkata, “Susunan kata itu diucapkan oleh St. Patrick, bukan perkataan Jesus dan bukan wahyu dari Tuhan.”

Dan ini bermaksud, beliau bukan saje menghafal ayat2 dlm Bible tuh sendirik, tp ayat2 dr kitab karangan St. Patrick utk memantapkan lg kefahaman beliau ttg Bible…

Ketika ditanya Antonius, “Bagaimana ustaz boleh hafal ayat-ayat Bible?Keistimewaan ustaz ini saya merasa kagum!”..Dan Ustaz Bahaudin menjawab, “Itu adalah petunjuk Allah. Alhamdulillah saya memang mempelajari bermacam agama. Akhirnya saya bertambah yakin akan kebenaran Islam..”

Inilah beberapa point yg aku nk smpaikan ttg JANGAN TERHADKAN SUMBER BACAAN ANDA…Sesatkah aku semata-mata aku membaca karya2 orientalis2 Barat dan mereka yg diragui keperibadiannya?? Alhamdulillah, dlm membaca n mengkaji penulisan2 diorg, kepercayaan aku akan kebenaran Islam bukan semakin berkurang, tp semakin bertambah…byk contohnye...insyaAllah aku akan letakkan dlm entry2 akan dtg…percayalah, hanya dgn membaca, minda kita akan terbukak, n kita akan memandang sesuatu isu tuh dr pelbagai aspek..kita akan byk memikirkan pro n cons sebelum bertindak… xdela ikot org laen membuta tuli je...bila housem8 ckap ITU HARAM…kite join haramkan itu..bile housem8 ckap INI HARAM…kite join haramkan ini gak...tp sendirik xtau ape yg DIHARAMKAN tu…xtau apakah wujud khilaf@perdebatan ulamak ttg isu tuh…atau ambik kira hukum yg qat’i atau tak….

Sepanjang aku mengkaji, aku langsung x penah jumpa dalil2 naqli yg MENGHARAMKAN pembacaan kitab2@buku2 tulisan org bukan Islam…tp yg penting, dlm mindset mesti ada SELIDIK TERLEBIH DAHULU…dan yg paling penting, dlm baca membaca nih, JANGAN kita lupa priority@core@teras kita sbgai seorng Mukmin iaitu;

Dalam Khutbah Wida’ baginda, Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”


P/S: Tetibe terigt kisah pengharaman buku 'Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri' karya Za'ba pd 1930an semata-mata tak memenuhi selera ulamak2 konservatif tym tuh...n kisah org2 tua dulukala yg mengharamkan anak2 belajar di sekolah aliran Inggeris@Convent atas alasan 'takut murtad'....Hmmm...